tajaan,

DenyutJantung!

Monday, May 17, 2010

Hadiah Hari Guru Sekitar Tahun 90an. Sajak Indah Dari Usman Awang. ;)

Salam Hari Guru Satu Malaysia ;)) Guru ni bukan saje guru yang mengajar di sekolah, tapi yang mengajar waima satu bende pun ialah guru kan. maka, saya pun guru, kamu pun guru, semua guru. cume ade yang diiktiraf, ade yang tidak (+.+)

Saya sangat percaye akan berkat ataupun restu dari Guru. maybe ramai kate kalau kite usaha, mesti dapat, tapi pada saya, macam mana usaha, tanpe restu guruguru kita mesti macam tak berkat. macam saya terkurang hajar dengan cikgu sejarah, maka sejarah hanya layak dapat B. tapi sebenarnya, cikgu tu yang takde point suke pukulpukul sampai saya hilang sabar..

jom kita singkap ape yang kite bagi dekat Cikgu masa Hari Guru. comel ok kalau dikenang.

1. Bunga
ni memang yang paling senang la, koperasi sekolah pun ade jual. dulu famous yang bunga ros dalam tu ade perfume busuk tu.. dah la busuk, mahal plak tu. HAHA ;)) untuk cikgu yang special nanti belikan yang siap ade bear kecik ;) korang pernah belikan tak?

2. Bear
ni jarang kot dibuat orang. kalau bagi bear pun yang kecik molek je, nak mengangkut ke sekolah lagi, kot yang besar, buat kene drop je. Heeeeheeee, ni selalu sapa mak bapak kaya je baik hati nak belikan bear sempena hari guru ni, tu pun anak paksa sebab nak jadi yang paling best, konon nanti cikgu sayang lebih, tak ikhlas okkkk. eheeeh

3. Coklat
paling mudah dan terringkas. tak membazir plak tu, cikgu tu pun boleh ngappp, bagi yang lain tu buat berhabuk je kat meje guru tu. bagi coklat kan bagus. boleh ngapp dan kenyang. duludulu coklat cadburry je sudah, HAHA ;)) tu pun penat nak kumpul duit tau, ye la bukan sorang dua cikgu, ramaiiiii, tapi cikgu yang tak peveret selalu taknak bagi hadiah. HAHAAAA. kanakkanak yang comel, T.T

4. Pen
tu untuk cikgu lelaki, beli pen yang duduk dalam kotak cantik tu, pastu lekatkan kad kecik atas kotak tu, kalau nasib tak baik nanti tak lame lepas tu nampak cikgu tu gune sangkut kat telinge. HAHAAA ;) tapi hoih dah kau bagi pen memang dah kau bagi pen, memang la untuk digunakan, takkan nak simpan sampai dakwat kering. ngeeehhh, ok la, dimaafkan ketika tu budak masih mumaiyiz. hiiihiii. tapi dulu pernah ade budak bagi pen parker kat ustaz, tapi tak tau la parker ori ke dier tibai ayah dier punya.. HAaahAA.


5. Mug
mug ni kalau nak stylo, siap tulis Selamat Hari Guru, dulu kan glamour main tulis tulis atas mug ni, tulis kat mug la, tulis nama kat keychain tu la. kalau hari guru nanti tengok bersusun mug atas meje guru, mesti senang kan cikgu tu, tak payah beli cawan dah. hehee, tapi tak satu set la. haaa, *think* kalau kita berkongi dan ramairamai pakat beli cawan yang same mesti bagus kan, cikgu dapat satu set, nanti orang databg boleh digunakan. ni kire idea bernas ni ;))

ok, ni aje la. hadiah ni sebenarnya bukan harga yang penting, yang penting keikhlasan hati, kita bagi hadiah kepada guru nak tunjuk betape mereke dihargai :) so lagi best kalau kite gune duit sendiri kan, yang buat card sendiri lagi comel. tapi kalau kene pakse dengan cikgu macam adik saya kate, cikgu dier pakse buat card ok, Hahahaaa, tak ikhlas dah.

tapi yang penting kite mesti hormat guru kite, tak berkat ilmu kita kalau kite tak hormat mereke. tak perlu takut dekat cikgu, yang penting hormat dekat cikgu.

ok,ucapan saya yang terakhir ialah, Selamat Hari Guru kepada guru tadika,guru sekolah rendah Taman Tuanku Jaafar, guru sekolah menengah King George V, Guru Matrikulasi, Guru Memandu, Pensayarah di UiTM, DatukNenek,Ibu Bapa,Sanak Saudara,SahabatHandai, MusuhKetat,PengalamanPahitDanIndah.

terima kasih atas penglibatan kalian dalam membantu saya meneruskan hidup di dunia yang penuh cabaran ni. tanpa kalian siapalah saya. T....T

lagu ni, masa hari guru mesti akan diputarkan, cikgu ciku diri, murudmurid duduk. HAHA





Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama
Membantu, membi
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad


Sajak Hari Guru, by Usman Awang.


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Selamat Hari Guru,
Terima Kasih Sebesar MilkyWay ;)




2 comments:

Amy said...

rindu lagu ney:)

Sha Wbunny said...

mak sy cekgu.dia garang sgttt.tp sy syg!hee.cmat hari guru jgk!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails