diambil dari BuletinOnline
KUALA TERENGGANU - Seorang bekas siswi Universiti Tekonologi Mara Cawangan Cendering dekat sini, dijatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu hari ini selepas mengaku bersalah membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya, dua tahun lalu.
(Gambar - kiri, Zarina, selepas dijatuhkan hukuman, manakala gambar kanan adalah keratan akhbar dua tahun lalu)
Zarina Sulaiman, 22, didakwa melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam 29 Januari 2008.
Beliau kelihatan menangis ketika hukuman dijatuhkan oleh Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.
Zarina didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sebelum hukuman dijatuhkan, Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan ia satu kesalahan yang serius walaupun tertuduh berusia 19 tahun ketika kejadian itu.
Katanya, dengan hukuman itu ia diharap dapat memberi pengajaran kepada masyarakat sekeliling agar tidak melakukan perbuatan yang sama.
Bagaimanapun, peguam tertuduh Mohd Hayyatuddin Muhammad merayu agar tertuduh yang berasal dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, dijatuhkan hukman ringan memandangkan tertuduh telah menyesal dan ia merupakan kesalahan pertama.
"Semasa kejadian juga dia masih di bawah umur dan merupakan gadis kampung yang menjadi mangsa kerana terlalu percaya terhadap kata-kata manis seorang lelaki," katanya.
Menurutnya, mayat bayi yang ditemui dalam keadaan terbakar separuh badan di kawasan pembuangan sampah di asrama itu oleh seorang tukang sapu juga bukan dibakar oleh tertuduh.
Selain itu Mohd Hayyatuddin berkata, Zarina yang berjaya menamatkan pengajiannya dalam jurusan Diploma Sains Fizik tahun lalu, telah menerima
tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama.
Katanya, hukuman penjara akan memburukkan lagi keaadaan dan ia akan menjejaskan masa depan tertuduh, selain berhadapan dengan cemuhan masyarakat sekeliling.
Majistret kemudian mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini dan ayah tertuduh telah membayar denda itu.- Sumbar Bernama
dier mungkin dah dihukum dengan hukuman yang "setimpal" mungkin pada pandangan dunia, tapi hakikatnya, dier sendiri pasti tak boleh maafkan diri sendiri atas ape yang dier dah lakukan.
mencegah lebih baik dari mengubati.
yang pelik mana si lelaki?? kenape kesalahan hanya terletak pada bahu si perempuan???
20 comments:
ish sungguh kasihan. lelaki tu sungguh kejam tidak dihukum. apadaaa
camna ngan si LELAKI??
Doa2 kan kita jauh dari semua musibah tu,,,,
setuju.mne si lelaki yg tukng bt anak tu.
juga nak tau mana tukang tabur benih tu? sial punya jantan!!!!!
haihhh tak adil gila
aipp...aipp.
haishh..kejam gile si lelaki..time seronok je ko timbul..hmm..yang sayangnye..budak IPTA..sepatutnya budak IPTA tahu buruk dan baik..
camne ngn zarina skrg ni?
smbung study x..lelaki..lelaki..
x abis2 ko wat perangai..
aipp..aipp..adioz
itulah ..apa2 perempuan jugak yang tanggung semua..yg rugi perempuan ..yg termengandung perempuan .lelakinya dpt..sedap je...
ops sorry ain teremosi lak
setauhun penjara jerksssss....patut hukum gantung je...baru orng lain tak berani buat...geram tul la ngan peasalah maksiat nih..kerajaan pun satu patut gubal undang baru..
salam ziarah anda..
moga sihat selalu
moga kita mendapat
iktibar dari peristiwa ini
جزاك اللهُ خيراً
@aina
tu la.. mmg kuang ajaq kn!
@LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN
yang laki tak tau la.. tak adil kan?
bunny, tu la, yang lelaki tak tau la cm ne
eryati, mmg. setujuu. cabut gitu je
naz, tau takpe. hishhhh
firdaus.. tu la..apo nk dikato.. tak tau la die smbg study ke tak.. tp harus la maluuu kan
aty, tu la.. ppuan gk yg malang kn.. nasib2..
zulkbo, mudahmudahan dijauhkn ;)
dyea, tu la kn.. kasi hukuman berat skit la patutnye
kenapa di hukum 7k... kenapa tak diberi pendidikan kat perempuan ni..
gejalani tak di bendung... macam satu cara tambahan pulak untuk dapat duit...
hiburan melampau kat malaysia ni... kemudian kesanya kita marah pada remaja...arghhhh
memalukan name UiTM...
mmg marah dgn case ni sbb BERLELUASA SGT SGT !!!!
Post a Comment