tajaan,

DenyutJantung!

Saturday, July 31, 2010

Berpeluh dengan juara hati saya..

Mengeluarkan peluh dengan cara yang betul.. Heheheee ;)





















Kalah takpe asalkan menang gaya ;) heheheee..

Kalah ke menang, awak tetap raja hati saya, si kasut biru!

Camera iphone memang tak canggih. -_- tak dapat rakamkan detik mendebarkan tanpa gegar.. Grrrr

Oh, ain tak main.. Mkn twisties tepi ni, berpeluh jugak sebab dewan panasssss!

P/s : nape bile bole tak lepas, tak pun out nanti tengok racket?ko nak salahkan racker eh? Heeee

Live dari dewan badminton (;

- Posted using BlogPress from my iPhone

palan palan gustan?





menangis la cikgu budak ni, boleh migrain,,
teehee,,
tapi saving duit tak payah beli majalah ujang ke apo ke ;p
haisssh, budak budak ni,,

baik layan gambar kelaka gini dari layan video hangat ariel dengan luna maya.
hahahhahahaaaaamppeeehhh


errrr, gustan ke gostan haa?

Friday, July 30, 2010

Kali Pertama Menang Contest ;)

ehemmm ehemmm,
hati tengah gembira bangat ni,
first time ni masuk contest pastu menang..
HAHAHAAA..
walaupun tak menang tempat pertama, tapi menang jugak ok,
kire hadiah saguhati la..



Tempat pertama, Joe yang dapat,
suggestion kami sama, tapi mungkin cara joe sampaikan lagi best
dier siap komik bagai.. huhuuu..
dier buat entry tu sejam, ain buat sepluh minit, tu la pasal tak jadi Juara.
tak pun Joe kuat minum milo, pasal tu dier jadi juara. huuu ;)
takpe, rezeki dier,
lagi pun masuk contest saje suke suke, menang lagi sukeeeeee ;p
Alisya pun comellll sangat!
otai eyriqazz pun tak sombong! i like ;p

nak tengok apa yang dimenangi dan mengapa memenangi, jom lawat page otai peveret saya ni ;p

ni pulak entry, "hadiah-birthday-untuk-alisya." yang saya pertaruhkan, mungkin berkat keikhlasan hati membantu otai cari hadiah yang memenangkan saya, cehh. perasan.. tapi memang ikhlas ok, kerana Alisya layak mendapatkan nya.. woooahhhh.. alisya sayang kakak kan? heheheeee ;p

tenkiu otai GTO! terima kasih untuk tips yang berguna dan hadiah yang otai bagi. nanti buat contest nak join lagi ! tahniah kepada yang menang jugak ;))

kepade kesayangan ramai, Alisya, kakak doakan Alisya membesar jadi anak yang baik, bijak pandai dan sentiase ingat ibu ayah Alisya yang sayangkan Alisya ye. jangan lupa mereke yang menjaga Alisya bagai menatang minyak yang penuh ni ;) Membesar dengan bijak dengan milo ye sayang.. err, milo boleh abaikan. budak kecik minum milo nanti najis mugallazah mereke keras.. heheeeeee.. kate wan saya la ;)

sebelum tercerita mengenai najis dengan lebih panjang, izinkan saya mengundur diri.

wassalam dan terima kasih lagi sifu eyriqazz!


Thursday, July 29, 2010

Ular Besar Sg Siput, Propaganda Utusan Lariskan Jualan?



Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini menyangkal laporan penemuan seekor ular raksasa di hutan Sungai Siput dekat sini baru-baru ini seperti yang disiarkan sebuah akhbar hari ini.

Pengarahnya Shabrina Shariff berkata pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati tiada laporan atau kes penemuan ular raksasa di kawasan berkenaan.

"Kita juga mendapati gambar (yang disiarkan akhbar itu) itu dapat dilihat dalam internet melalui pelbagai laman web...gambar yang berasal dari China itu disebarkan sejak tahun 2009," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut laporan akhbar berkenaan, ular raksasa itu dijumpai oleh sekumpulan pekerja balak di hutan Sungai Siput baru-baru ini dan ular berkenaan kemudiannya dibunuh.

Shabrina berkata Perhilitan juga sebelum ini pernah melihat gambar seperti itu yang disiarkan sebuah akhbar di Sabah selain laporan mengenai dakwaan penduduk di Paloh Inai, Pahang pada Mac lepas mengenai penemuan ular raksasa.

Beliau berkata memang terdapat ular besar di Malaysia seperti ular sawa tetapi belum pernah dijumpai sebesar itu.

--Bernama

ape la utusan ni.. cerite je lebih.. haihhhh
mengade kan bende yang takde,
asal laku barang dier,
semua pun iye.
tak takut, jadi takut orang sungai siput.
-_-

Wednesday, July 28, 2010

Peribahasa Pilihan

Peribahasa Pilihan ;

Ukur Baju Badan Sendiri

ngerti ngak?

korang ade tak pengalaman orang yang tak reti nak ukur baju kat badan sendiri?
meh share!
;)

Tuesday, July 27, 2010

[VIDEO] Sebelah Jantan, Sebelah Betina

layan video ni, memang terbaik la ;)



pasai apa kat malaysia takde yang berani gini?
hiiihiii..

Monday, July 26, 2010

[ GAMBAR] Mia Sara Nasuha (AMANI) dalam Epilog Syurga Cinta bersama Hero dan Heroin nya

Mia Sara Nasuha akan kembali beraksi ;))
feeeewwwiitttt..
tak sabar ni nak layan cerite baru! nak tengok Mia comel ;)
abisla plan nk berjogging camni..
haishhh..
tadi dah start tengok iklan, Epilog Syurga Cinta,,
ade Mia..
olololoooo,
comelnye dier!
dengar nye cerite ni ala ala cerita syurga cinta..
tak perah tengok pun, tapi disebabkan ade Mia,
akan dilayankan jugak cerite baru ni..
jangan hampekan akak ye dik..
heehehehehee




mia sara nasuha

kite tengok cerite ni sebab awak tauuu.. heheheee..
sumber : google

http://2.bp.blogspot.com/_e99dUe79Tg0/TCRQh3wEyDI/AAAAAAAABbI/Ma8tCxksWu4/s1600/2.jpg

ni la heroin nye nanti,
gadis pantene yang macam siti nur haliza tu ;)
fida
dalam cerita ni watak fida ialah - cikgu siti syuhada

mia sara nasuha

sape lagi comel?
kanan ke kiri?
ke yang letih menggoogle ni?
ehehehehe



geramm nyeeeee....

mia sara nasuha

ini hero nye,
muke zizan dalam gambar ni macam mama juwie pulak
hahahaaa..
ye tak korang rase?
ngeeeeee



haa, better ;p
hihii..
mia tetap comellll

ni sedikit sinopsis cerite ni
kami peminat adik mia sara@ amani Dalam epg, Mia memegang watak sebagai Mia. Dia adik tiri Zizan Nin. Ada sikit twist pada cerita tu. Saksikan nanti yer. Oh ya... memang adaptasi dari cerita syurga cinta
akan ditayangkan pada,


source : Facebook | epilog syurga cinta

ok, tunggu ok cerite ni.. nanti kite update nur kasih the movie plak.. mia ade gak tau ;)


Sunday, July 25, 2010

Random picture

Disebabkan hari ini bosan, marilah kite berkongsi gambar tak pelik tapi benar, koleksi benar album di iphoneburukdahcalar ain ni -_-


Kalau buat pattern rambut gini, agak agak comel tak? Heheee :)




Ape logiknye kalau tunjuk pelangi nanti jari kudung? Apsal datuk, nenek, moyang berkate begitu?




Jom teka : sise apekah ini? Hint: bulat bulat, padat padat
Hahahahhaaa..




Muhammad Eddriey Ashraff
Ade sesape bleh kalahkn kepanjangan name si comel ni? Grrrr.. Ashraff cute sgt! Cium pipi satu.. Muaahhhx!




Sape kenal si comel yang comel ni? Hehee ;p




Kesayangan :)




Kedirian ;)) yeke macam alien? Hahahaa.. Masih confius bentuk muke sendiri.. Bentuk apakah ini? Gambat ini juge bukti camera iphone sgt bagus hingge turut mengcapture jerawat tanpe tertinggal waima sebutir pun.. Well done iphoneburukdahcalar! Grrrrr



Kekeluargaan, sayang mereke! Small family with huge love :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

ain diterjah wartawan melodi Nas Ahmad


sile lihat gambar di bawah dengan teliti dan penuh khusyuk. sila jenguk.

:lihat dengan hati yang tenang ye :

woooooooo...ain nak eksen sikit ni, Nas Ahmad follow ain ;)
huhuuuu.. ape yang abang terjah cari di sini?
hiihiii ;p
banggo i ;)

kepade abang terjah, jemput la singgah makan cekodok dangan tea o..
nanti dropdrop la comment..
hehehee ;p

pssttt,bang kalau nak gune wartawan terjah part time, saye sudi ;)


Saturday, July 24, 2010

UPDATE [ REVIEW ] Movie Best - Sorcerer's Apprentice

psstttt,..
ain nak buat review movie Sorcerer’s Apprentice ni,
tapi nak siapkan assignment sikit..
jap g ain sambung review ok ;)


http://theflickcast.com/wp-content/uploads//SorcerersApprentice.jpg

ok.. baru berkesempatan nak menyambung review ni;p
keseluruhannya cerita ni BEST ;) ain suke la cerite ni,, jalan cerite yang best, tak la berat sangat sampai nk pening pening paham.. pastu ade lawak jenake skit.. tak la mendatar je, tak la nak kenekerut kening je.. heheeee.. cerite ni kire mesti tonton gak la.. seronok, kalau bawak budak2 pun ok kot.. tapi ade la sceneciumcium skit, tapi sikit je, boleh tutup je mate diorang, tapi pastikan mereke dah terkencing sebelummasuk wayang ok.. gangguan kalau tengah tengok wayang, nak kene g toilet plak.. hehehee

rate ain bagi 4.5 / 5

kurang 0.5 sebab, kang bagi banyak banyak, mereke riak plak..
ohh, lain orang lain rase, ade gak yang kate cite ni tak best.. tapi kite kan pegi tengok wayang, nak relax.. so just enjoy je la movie, takyang la sibuk nak ambiktau pencahayaan la, effect api tak menjadi la.. alaaaa, awak bayar rm 10 je pun!

naktau jalan cerite,pelakon sume awak just google je k..heheee ;p hari ni simptom malas melande. maaf -_-

Thursday, July 22, 2010

Cara Mudah Nak Tau Tahap iQ

tadi jalan jalan ke belog KF, tengok almari awrd dier yang cantik menarik tu, lepastu terjumpe satu fakta menarik tentang manusia.. ;

Saintis kata semakin tinggi IQ seseorang, semakin kerap ia bermimpi.

source : http://www.kelanafana.blogspot.com/

ehemmmm ehemmm..
i likeee this fact ;)
heheheeee..
tau tak ain selalu bermimpi..
adakah ini bermaksud ain ber-iQ tinggi..
yeeeaaaaa.. pandai saintis ni la..
memang tepat la tu kajian tu..
huhuuuu..
En. Fairul, lepas ni sila jangan gelakkan mimpi mimpi merepek tu ok,
kerane itu tande iQ Nurul Ain tinggi tau.
ngeeeee~

dulu mase kecik kecik,
paling takut kalau mimpi dinasour..
sampai sekarang woo ingat mimpi tu,
sebab kerap gile mimpi dinasour datang pijak semua orang,
gile takut..
pastu tak dapat tido dah..
sekarang ni kalau mimpi gitu lagi, i kick u mr.dinasour..
hahahahaaaaa..
ain dah kuat tau ;p

mimpi best ape..
kalau mimpi yang seronok tu, rase tak nka bangun je,.
tapi kalau mimpi yang menyakitkan hati tu, rase menyesal tido..
pastu boleh badmood ok sepanjang hari..

orang kate mimpi mainan tido,
tak boleh percaye sangat la kan..
so kite enjoy je la mimpi mimpi tu..
hahhaaaa..
ade gak yang kate terbalik kan mimpi tu..
boleh percaye ke ha?

meh la share mimpi korang.. ;)

ok, nak pergi menjana mimpi ;p

byeeeee~



Wednesday, July 21, 2010

Kalau Ye Ape Yang Kau Kata, Aku Patut Dah Kaya Dah....

kalau la benar seperti apa yang di-emailkan,
mesti sekarang ni Ain dah kaye,
tengah goyang kaki usap perut yang kenyang..
gemuk bukan masalah..
boleh buat liposuction..
wawaaaaa..
alaaaa, mesti korang pun ade dpt jugak ni bende ni..
buat orang panas hati je nak delete email, spam melambak..
chehhh, ingat aku takdo kojo lain ko ha?
kot ye best la jugak ni, ni palsu, dusta semua nya..
haishhhh,, tu la,
bukan senang nak senang, bukan susah nak susah jugak tau..
sabar, mulakan dari bawah..
haaa, ni la ain ngomelkan tu ha,

********************************************************************

Congratulations *File Your Claim*
...
From:
British National Lottery
...
Add to Contacts
To:


Your email address has won,£1,000,000Pounds,in the on going UK promo.
provide us your

Names___
Tele___
Age___
Address___
occupation___
country___
Mr.Greg Peterson
Tel:+44 704-571-0545
Email:britishlottery01@bnlonline.co.cc

****************************************************************************

banyak lagi.. bukan ni je..berpuluh, berjenis jenis ade..

*****************************************************************************

Re: Seeking Executor of Last Will and Testament.
...
From:
"fgagacapital@aim.com"
...
Add to Contacts
To:


Greetings,

Re: Seeking Executor of Last Will and Testament.

My name is Barrister Mr.Neito Sanchez, an Attorney at Law in Madrid-Spain.
I am writing to notify you of the TESTAMENT of our late client Mr.Yaroslav Zojniuk, Ukrainian who
unfortunately lost his life in the Madrid Bomb Blast on March 11, 2004.

The deceased was a prominent business man who traveled to Spain on business survay/holiday with his
wife and their only daughter when they met their tragic death.
My client before his death made a deposit of Thirty Seven Million, Three Hundred Thousand United States
Dollars (US$37,300,000.00) in Madrid, Spain in his effort to set up a business empire in Europe.

However, I was mandated by our team of professionals to search for a trust worthy person or the relatives
of the deceased regarding his deposit as the holding financial institution wants him to come forward for
the endorsement of the reinvestment documents or have the funds liquidated and made unserviceable in accordance with existing laws.
This transaction is very confidential as I can re-draft his LAST WILL AND TESTAMENT to bear your name
as the TRUSTEE & EXECUTOR. This transaction shall be executed under legitimate and legal procedures
that will protect you from any breach of the Law.

It is in this regard that I decided to solicit your assistance, by presenting you as the Executor and Trustee
to the deceased. I can guarantee that if you are willing and interested I will put in place all necessary
modality in accordance with the Law to legally present you as the true Next of Kin and true beneficiary.
Although, I have agreed on the following sharing ratios: 40% for your assistance and 60% for me but
this is still open for negotiation

Kindly revert back to me urgently on your kind interest to lay claim of the deposit with your telephone
and fax numbers for more information on how to release the said inheritance sum,procedure and legality
of this claim via this email address:sanchezsec@aim.com

Regards,

Barr.Neito Sanchez
Attorney At Law

********************************************************************************

haisshhhhhh..
korang mesti dapat jugak kan?
ade care tak nak stop kan email, spam ngongek ni?
tension tau!




Tuesday, July 20, 2010

[GAMBAR] Hos Jalan Jalan Cari Makan Yang Baru

hyeeeee ;) rindu nye kat belog kat rakan rakan blogeer sume..heheee.. 2 hari berpergian.. rase bersalah kat belog kat nuffnang.. nuffnang setie bagi BE, tapi ain mengabaikan traffic.. ampunkan saye nuffnang.. nanti bile ade mase ain siapkan entry untuk sebulan.. wowwww ;) mampu ker? heheee

sabtu lepas kami 3 sahabat pergi meronda kota raya Malaysia, Kuala Lumpur. menarik destinasi percutian kali ini, heheeee (bajet pelancong) pastu jumpe sahabat busuk masam matrix dulu, Nor Haniza, kami pun menginap percume di UKM.. eheheee. saving di situ ;)

bile diimbau kenangan, melihat album di laptop, baru ain sedar, percutian ini ibarat bercuti sambil makan.. di mane kami makan umpama orang yang hidup untuk makan,, sungguh takde wawasan.. cehhh, konon nak diet! maka, dende diri sendiri, tiada nasi untuk minggu ini. padan muke diri sendiri..

gambar gambar makan yang ade :

: RACUN yang SEDAP :

: MADU yang TAWAR :

: SATE Hj. Samuri, tak la sedap mane pun.. apsal semua orang kate sedap? :

: 4 Pemakan :
satu lokasi, 3 jenis makanan,
wowwwww ;)
mujur krispy Kreme tak letak tande "no outside food allowed"
hhehehehee ;p

ini hanya yang sempat diambil ok. ade yang tak sempat bergambar, habis begitu sahaja. ajaib kan ;p ini jugak sebab musabab belog terbiar berhabuk 2 hari.. takpe la blog biar tuan blog gemuk, kamu maintain kurus okk ;)

bye semua ;p


Monday, July 19, 2010

hutang emas dila terbayar 3

ain nak bayar hutang tagged lagi ni..
ni dari Dila ;p
sorry sangat dila ain lambat siapkan..
sorry ye -_-



ini la award nye..
disertakan bersame,
tagged nye ;)

1. Thank and link the person that tagged you
terime kasih bangat dila ;p

2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
fuhhhhh..
ni la part yang paling susah,
ain rase semua pun fantastic,
semua pun layak ambik..
ambil ok semua ;)

3. Contact that blogs and let them know they've been tagged
okkk.. kang ain blogwalking akan ain suruh semua ambik ;p

4. State 7 things bout yourself
@suke makan
@sedang diet
@gile shopping
@sayang papa
@sayang nenek
@sayang mama
@sayang ayah
@sayang adik adik
@sayang keluarge
@sayang kawan kawan

ok settle.
gembireeeee nye ;p


Sunday, July 18, 2010

Keyword Hangat Masa kini, Main Dengan SEO?



keyword yang paling terbaik pernah didapati dan ditengokti.
ap yang kamu cari haaaaaa?
hadoiiii.. blog ain macam blog mak hayam mempromosikan anak ayam plak dah..
segale yang lucah lucah merepek repek sesat kat sini..
heheeee,redha saja lah ;)
sape search pampers dewasa tu?
nak beli second hand punye tak?
wahahahaaa

orang kate nak jana traffic, kene pandai maik dengan SEO.
Ain tak expert lagi tu sume, tu la traffic suam suam suku je tu..
heheee ;)
nanti kalau kite dh pandai SEO kite share kat sini ok ;p
jangan risau, tak baik tamak kan..
orang tamak kan selalu rugi -_-
nk tdo la ok,
esok kelas pagi..
tataaaaa semua ;)

Thursday, July 15, 2010

Awak Ke Blogger Yang Bergaduh Tu?

waktu tgh hari ialah waktu ain buat blog berjalan. hoihhh, pelik sangat bunyi nya, buat blogwalking la.. heheeee ;) merayau ke sane sini, waktu malam waktu membuat entry. chewahhh, macam gaya penulis skrip, penulis novel tu, kene la mase hening, suasana sepi baru mood sampai. heheeee ;p waktu tgh pagi pulak bersamaan 2,3 pagi akan pergi melawat blog lagi. heheee, macam warden plak kan. ;p

mase berjalan ni macammacam ragam orang dalam blog kite akan jumpe. ade mase tersengih, kadangkadang menitis air mate, tak boleh nak tipu kadangkadang memang ade rase menyampah, terutama kalau bace blog orang yang cakap besar, tapi sekarang ni banyak sangat blogger bergaduh sesame sendiri dalam blog ni.

bila baca link ni, sesi kutuk mengutuk, kejap lagi terbaca entry orang ni yang seakan related. dari situ buat csi sikit nanti tau la ape yang gaduh dan mengape bergaduh.

serius, comel la kamu semua, teringat zaman sekolah mase belum matang, main tulis surat bagitau tak suka orang ni, jangan kawan orang ni, cume bezenya dulu tulis surat, sekarang dah besar guna blog, tapi niat nye same la kan. dulu tulis surat, orang tertentu je bace, sekarang satu dunie baca., awak, tak baik tau aibkan orang, nanti tuhan bagi balasan awak diaibkan lagi teruk. cm ne?

tapi zaman belum matang tu bile dikenang memang tersenyum, tapi sekarang dah matang, dah besar dah jadi tak comel dah la.

sapa yang patut disalahkan?

orang yang mengutuk ke orang yang dikutuk?

kadangkadang kite kutuk orang bukan sebab dengki, sebab kite terpakse kutuk, macam entry macam tak payah ade pun takpe, entry macam budakbudak,entry tiade input, dan sebagainya la kan,. tapi kalau dipikirkan lagi, itu blog dier, takpe la dier nak catat tu semua. mane la tau, dier sengaje cerita biar nanti dah tua boleh baca semuanya, macam baca diary sendiri di internet, kan? kalau awak tak suke awak pangkah je la, tak payah la bace kan?

tapi rasenye blog untuk jadikan catatan diary maybe dah tak relevant la. sebab sekarang ramai jadikan blog medium untuk bagi pendapat, share informasi yang menarik, orang pun banyak gunakan blog tempat merujuk sesuatu. lagipun kalau blog bersifat peribadi sangat baik diprivatekan saje, takut orang gunekan semua tu untuk manipulasi tuan punya blog nanti.
macam contoh, si-cantik-yang-kaya-raya nak bercuti satu keluarga ke luar negara, bagitau nanti kesian kucing-gebu-mahal tinggal sorang kat umah-banglo-juta-juta. ni dah bagi informasi kat perompak kan? perompak sekarang tak buta IT tau. hohooohoo, ade kemungkinan ape kan malam tu mereke buat operasi terancang mengclearkan rumah si-cantik-yang-kaya-raya?

**sengih**

yang mengutuk pun beragak la, tapis la ayat tu, tak baik nak sakitkan hati orang, kalau niat anda suci nak menegur, tegur la cara berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. tau? tak baik la awak kutuk gilegile, nanti bila awak buat cm tu, orang pun jadi kurang respect kat awak, awak kene la profesional kan dalam menangani masalah emosi ni, jangan la menulis ikut emosi sangat,

jangan la kutuk fizikal seseorang, tak baik la kate orang tu hidung besar ke, telinga capang ke, pendek ke, tu kan pemberian ilahi, awak kutuk fizikal sama macam kutuk pencipta-Nya kan? tapi yang ni selalu kite terlepas pandang, saye pun sendiri selalu terkutuk orang dalam percakapan, tapi cakap dan tulis lain. kalau cakap kadang kadang memang kite tak pikir pun ape kite cakap, kalau dah type kite boleh preview dulu sebelum publish kan? kan kan kan?

mari buat kesimpulan yang senang,

kalau kita rase suke nak baca, kita baca, kalau rase tak suke kite tekan pangkah.
tak payah la kutuk mengutuk ni.
senang kan?


notabawahentry : perasan tak ain banyak letak peribahasa dalam post? HAHA, terase diri macam orang lama plak ;p




Monday, July 12, 2010

[GAMBAR] Kejadian Berbelit Tom MyStar LG









PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.

Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.

Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.

Pihak keluarga wanita itu bersama wartawan kemudian pergi ke Balai Polis Damansara tetapi Tom enggan bertemu, sebaliknya mahu berjumpa seorang demi seorang ahli keluarga berkenaan di sebuah restoran berdekatan.

Ketika ditemui di lokasi itu, Tom sempat menyatakan dia tidak menyangka ahli keluarga wanita berkenaan sanggup berkasar kerana dia menjaga anak perempuan mereka yang sarat mengandung dengan baik.


Pada awal pertemuan itu, suasana tenang apabila kedua-dua pihak berbincang dengan baik namun tanpa diduga, tiba-tiba Tom yang kelihatan sedang duduk berbual dengan seorang ahli keluarga isteri rakan lelakinya diserang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu, Tom jatuh terbaring di atas jalan raya, namun lelaki terbabit masih cuba menyerangnya manakala rakan lelaki penyanyi itu bersama seorang lagi kawannya turut bergaduh dengan anggota keluarga lain sehingga menggemparkan orang ramai yang berada di situ.

Bagaimanapun, pergaduhan itu dapat dileraikan apabila beberapa ahli keluarga lain menenangkan keadaan manakala Tom bersama dua rakan lelakinya bergegas ke Balai Polis Damansara yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Susulan kejadian, kedua-dua pihak membuat laporan di Balai Polis Damansara, manakala Tom yang ditemui sejurus selesai membuat laporan enggan mengulas insiden berkenaan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

“Mungkin saya akan membuat kenyataan media secara rasmi tapi tidak tahu bila. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan dulu,” katanya yang cedera di pipi kanan, perut dan paha kiri.

Terdahulu pada sidang media, bapa angkat kepada isteri rakan lelaki Tom yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka sudah lama mengetahui ‘hubungan sulit’ penyanyi itu dengan suami anak angkatnya sejak berada di Taiping, Perak lagi.

“Kami hanya mendiamkan diri kerana sedar kami hanya keluarga angkat tapi siapa mampu menahan sabar apabila kami mendapat tahu anak perempuan yang kami jaga umpama anak sendiri sejak berusia setahun didera suami dan teman wanitanya.

“Kami cuba mengesan tempat tinggal mereka di sini tapi gagal sehinggalah mendapat tahu anak angkat saya itu melahirkan anak sulung di Hospital Sungai Buloh pada 29 Jun lalu.

“Pelbagai cerita tidak elok kami dengar mengenai apa yang berlaku antara penyanyi itu dengan suami anak angkat saya, malah anak angkat saya itu sendiri menceritakan segala-galanya mengenai dia dipukul menerusi SMS dan panggilan telefon, namun disebabkan takutkan suami, dia enggan membuat laporan polis,” dakwanya.

Ibu angkat wanita itu, Norliza Shamsuddin, 53, pula berkata hatinya terguris apabila menonton program televisyen mengenai kenyataan Tom dan suami anak angkatnya.

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my
sumber ; Metro,
...................................................................................................................................................

ade sesape yang paham ?
cube terangkan skit..
kemain berbelit lagi..
sumpah tak ngerti!

nape kalau hal artis semua nak tau?
alaaa, biase la manusia gak diorang ni,
diorang nak gak rase rampas dan dirampas..
tumbuk dan menumbuk..
dera dan didera, kannnn
muahahahaaaa


http://3.bp.blogspot.com/_cWM4wx1OovY/S5kYQm2J70I/AAAAAAAAFNA/ceHSFV4Df2Y/s320/Tom+Mentor.jpg

ini la TOM
bukan TOM AND JERRY okk

http://cdn2.ioffer.com/img/item/144/344/693/BUu70yn60ORNaLR.jpg


ni gak yang comel dan best!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails