tajaan,

DenyutJantung!

Showing posts with label cadangan. Show all posts
Showing posts with label cadangan. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Sudah Sudah La Menghine Orang, Awak Sendiri Masih Cacat Cela - Isu Bertudung

dose tak menutup aurat, itu dose antara umat dengan pencipta, dan ye masyarakat sekeliling, sedare sesame islam memang wajib saling nasihat-menasihati.. tapi dengan care yang berhemah.. rasenye bukan dengan mencaci, menghine, membuke aib seseorang.. dan kene ingat, dose awak menyakiti hati sesame saudara islam awak, hanya orang yang awak sakiti je boleh maafkan. remember? tak perlu kau nak bukak aib orang, komen sane sini artis bertudung nak taknak, komen yang menjatuhkan, bukan membine, tapi diri sendiri masih terumbang ambing. kesian golongan macam ni, mungkin niat sangat baik, nak menyedarkan, nak berdakwah, membimbing yang lain ke arah yang benar, tapi again, bukan la dengan care memalukan macam tu, kalau orang buat entry plak pasal awak, copy paste gambar awak dengan bertudung tapi berseluar skinny, berbaju pendek, berselendang dengan bersanggul tinggi, kemudian comment style tu dengan bahase yang kesat dan memalukan, ape awak rase? nak saye bagi contoh?
ohh, korang tengok ni style cik** berpesen, dengan skinny biru yang kemain ketattt, menampakkn susuk kaki yang mengliurkan, fuhh, mungkin cik** tak mampun nk beli size di department dewase, terpakse beli di kids department.. halololo.
ha ape awak akan rase kalau ade umat buat cm ni? feel good ka?

semue orang akan melalui satu fasa mencari identiti diri, bersyukur awak memang dah berhijab, dan mendapat kesedaran dari mude, Alhamdulillah. tapi menutup aurat bukan sekadar berhijab sayang, hijab itu sendiri definisi nye bukn sekadar menutup helaian rambut, tapi buah dade harus tertutup sekali,

dipetik dari satu sumber-


Pakaian tersebut bukanlah berfungsi sebagai perhiasan, ini berdasarkan firman Allah SWT yang ayatnya iaitu: "...Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan).." (An-Nur: 31)

Secara umum kandungan ayat ini juga mencakupi pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum lelaki melirikkan pandangan kepadanya.

Perintah mengenakan pakaian menutup aurat bermaksud untuk menutupi perhiasan wanita. Maka tidaklah masuk akal jika pakaian itu akhirnya berfungsi sebagai hiasan. Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.

Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakinrancak . Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian." 



awak masih rase lagi ke awak terbaik? lebih mulie dari mereke yang tak berhijab barang kali? tapi mereke yang tak berhijab, yes termasuk saye, berdose kerane meninggalkan satu suruhan nye, tapi yang berhijab, bukan dengan cara dan niat yang sebenar, awak tak rase awak berdose memainkn hukum yang ade? mungkin awak lebih baik berblog, berdakwah dengan berhemah dari memalukan dan membuke aib orang. kerane satu hari, bile awak sibuk buke aib orang, aib awak sendiri akan terbuke.

sorry untuk entry yang agak emosi. oh, saya bukan die hard fan siti nur haliza

kalaupun saya berhijab, entry awak masih tetap keterlaluan.

tahniah Irine utk entry berhijab yang nice, tak offence mane2 pihak, ini contoh entry yang sepatutnye ;)

Wednesday, August 25, 2010

Paderi Melayu Di Seremban, Awas Mineral Holy water





PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI Subject: FW: PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS..
SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU
YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA

P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL.

SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

sape yang nak copy paste silakan juge..
kalau ade yang dapat sahihkan hal ini pun, sile la comment ye..



Monday, August 23, 2010

Betul Ke Roh Pulang Masa Bulan Ramadhan?

salam Ramdhan semua ;)

hari ini Ain nak mintak tolong pakar pakar semua, diharap ade la yang sudi mengungkai persoalan kat hati Ain ni ye..

cam ni, Ain nak tanye betul ke pada bulan Ramadhan ni, nanti Roh akan balik ke bumi, tengok jasad mereka dan ahli keluarga mereke.pastu, abis Ramadhan, mereke pulang balik ke tempat asal..? ade yang mengiye kan perkara ni, ade yang menidakkan. so Ain nak tau betul atau tidak fakta ni..

comment anda ain dulukan dengan ucapan ribuann, jutaann terima kasih ;)

mari kite same same hadiahkan fatihah kepada sanak saudara, muslimin muslimat yang lebih dulu pergi tinggalkan kita, al-fatihah~


Saturday, August 14, 2010

[GAMBAR][VIDEO] Ribut Taufan Melanda Bazar Ramadhan Jasin

salam Ramdhan semua ;)

tadi ain jalan jalan pegi blog orang, terkejut bile jumpe cite bazar ramadhan jasin diserang ribut taufan. 3 terbunuh. Ya Allah, semoga roh mangsa ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. terfikir macam mane la kalau depan mate sendiri ain tengok ribut tu, mau agaknye menangis kat situ.. takutt woooo.. kalau tengok video ribut taufan yang melanda bazar ramadhan, jasin ni, memang teruk.. memang ribut yang berskala tinggi ni..

[ribut jasin[5].jpg]



sumber ; utusan

JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut.

Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.

Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.

"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.

"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.

Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.

Anak salah seorang peniaga yang maut, Latip Abdul, 49, berkata, dia mendapat panggilan daripada seorang rakan tentang kejadian itu di tempat bapanya berniaga.

"Saya seperti hendak pengsan apabila diberitahu kejadian ribut itu telah mengorbankan bapa dan terkejut melihat keadaan bazar Ramadan yang seperti dilanda taufan," katanya.

Sementara itu, tinjauan juga mendapati, kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan.

Selain itu, pelbagai peralatan niaga seperti, payung, kerusi, meja, periuk, bekas-bekas makanan, wang siling dan wang kertas juga bertaburan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini mengesahkan dua kematian manakala 18 lagi cedera dalam kejadian tersebut


ada hikmah Allah turunkan bencana ni, di bulan mulia pulak tu, kite sebagai masyarakat prihatin wajib membantu sedara seagama kita kan .. mungkin Allah nak uji ukhwah kita sesame Islam, mungkin Allah nak sedarkan kite yang lupa kat Dia. yang penting, bulan ramadhan ni kena lah banyak bersabar..

ok, ain nak siap siap, nak pegi kelas jap lagi..

tatataaaaaaa

Wednesday, August 4, 2010

Jangan Melulu Buat Andaian Buruk Mengenai Kes Kematian Datuk Abdul Aziz Mohd Noh Dan Bekas Pembantu Peribadi (Siti Rohana Ismat

hari ni gempar kan pasal kes kematian Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Bekas Pembantu Peribadi Arwah, Siti Rohana Ismat. memang gempar sebab kes ini lain dari yang lain, bukan kes langgar lari, eksiden atau yang biasa biasa dengar, tapi macam kes pelik tapi benar.

tapi kite patut la jaga sensitiviti beberapa pihak, macam keluarga mangsa, rakan rakan mereke, tak patut kita buat andaian yang bukan bukan, biar la polis jalankan kerja mereka,

kita sama sama la sedekahkan Al-Fatihah buat kedua jenazah.

nasib kita, kita tak tau lagi kan. ini bahagian mereka, entah bahagian kita lagi pilu, mintak dijauhkan..







  POLIS memeriksa kereta  dinaiki Abdul  Aziz  selepas terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran  Sungai Buloh, semalam.

sumber : berita harian online,

TANJONG KARANG: Ibu Siti Rohana Ismat yang ditemui mati dalam keretanya bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh semalam, berkata beliau menjadi lemah dan tidak bermaya sejurus mengetahui kejadian itu pada tengah hari semalam. TANJONG KARANG: Ibu Siti Rohana Ismat yang ditemui mati dalam keretanya bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh semalam, berkata beliau menjadi lemah dan tidak bermaya sejurus mengetahui kejadian itu pada tengah hari semalam.

“Sebelum ini biasa saja, tidak ada perubahan. Pagi tadi (semalam) dia keluar untuk ke program UMNO dan memakai baju kurung seragam UMNO. Dia keluar rumah jam 8.30 pagi. Jam 9 pagi, kali terakhir menelefon saya untuk minta saya ke rumahnya kerana penggera yang berbunyi dan saya dapati pembantu rumahnya masih ada di rumah itu,” katanya.

Siti Badariah berkata, mereka tinggal berasingan tetapi sering menemankan Siti Rohana, 43, dan tiga anaknya, seorang lelaki dan dua perempuan di rumah mangsa yang terletak selang dua rumah dari rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang, berdekatan Masjid Baru Kampung Sungai Gulang-Gulang.

Ditanya mengenai hubungan Siti Rohana dengan Abdul Aziz, beliau hanya memaklumkan anak perempuannya itu menjadi pegawai khas kepada bekas ADUN itu tetapi enggan mengulas lanjut. Difahamkan, Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, menjadi pegawai khas Abdul Aziz sejak bekas ADUN itu masih berkhidmat.

Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, Habibah Yusof terkejut dengan kejadian itu kerana sepatutnya beliau berjumpa dengan mangsa petang semalam untuk menghadiri program anjuran UMNO bahagian itu di hotel de Palma Kuala Selangor yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
"Minggu lalu saya berjumpanya dan beliau diam saja. Beliau ucapkan terima kasih kepada semua, sedangkan kebiasaan beliau banyak cakap. Sepanjang mengenalinya, beliau tidak mempunyai musuh, mudah mesra, peramah dan sangat komited serta menjadi orang kuat Wanita Umno di sini," katanya.

Noh yang ditemui pada Majlis Sambutan Hari Guru di Hotel de Palma Kuala Selangor, mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

Sementara itu, Abdul Aziz sepatutnya berkumpul bersama tiga beradiknya untuk makan bersama malam tadi yang menjadi amalan mereka setiap tahun seminggu sebelum Ramadan.

Adik perempuannya, Rasiah Mohd Noor, 63, berkata beliau bersama abang dan adik lelakinya tiba di Kuala Lumpur pagi kelmarin untuk berkumpul dan makan bersama dengan Allahyarham seperti selalu.

“Kami empat beradik setiap tahun berkumpul seminggu sebelum menyambut Ramadan dan memanfaatkan masa dengan makan bersama-sama kerana masing-masing terikat dengan kerjaya. Sebaik tiba pagi semalam (kelmarin), saya tinggal di rumah anak dan tidak berjumpa Allahyarham kerana kesibukan bekerja dan berjanji berkumpul malam ini (semalam).

“Namun, hajat itu tidak kesampaian apabila kami dimaklumkan Allahyarham terbabit dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Rasiah berkata, walaupun terkejut dengan berita itu, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan Allahyarham buat selama-lamanya.

Bekas suami Siti Rohana, Abdul Aziz Hamim, 43, ketika ditemui berkata beliau berpisah dengan isterinya sejak empat tahun lalu dan mempunyai tiga cahaya mata, iaitu Izati Natasha, 19, seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM); Iliani Nazira, 14; dan Mohd Izat Emir, 9, yang semuanya tinggal bersama ibu mereka.

Abdul Aziz turut memaklumkan tidak mengetahui hubungan bekas isterinya dengan Abdul Aziz kerana sudah lama terputus hubungan dan meminta media mendapat pengesahan daripada pihak lain.

Tuesday, August 3, 2010

Tolong Bagi Opinion Korang Jugak!

dah lame sebenarnye nak tanye bende ni,
ape korang rase bile tengok dashboard blogspot tu, asyik orang yang same update?
sejam sampai 5 update, plus berderet semua!
rase menyampah tak?
rase tak patut unfollow je dier ni la.
kalau isi butir kau bernas, fine..
sejam berkali kalai update pun teruja ok nak tengok!
ni setakat copy paste tah mana mana,
cakap pun nak riak dan takbur, sudah la..
kot kau nak cerita pasal kehidupan yang menggembirakan,
kucing beranak operate hari ni,
takpe la,.
masih menterujakan nak dibaca,
ni update tip nak kawin la,
tip dapat cucu la,
10 tips-copy-paste-tah-mana-mana baru nak cerita hari ni makan nasi goreng,
tapi tak sedap. WTF kan?
nampak sangat mengejar traffic la dei!
nak cakap banyak kang ramai yang marah kat sini balik,
tak cakap hati sakit..
nk tengok orang lain punye update pun jadi menyampah sebab asyik update kau je!

cube jujur sekarang,
korang suke ke orang update banyak kali sejam ni?




Thursday, July 22, 2010

Cara Mudah Nak Tau Tahap iQ

tadi jalan jalan ke belog KF, tengok almari awrd dier yang cantik menarik tu, lepastu terjumpe satu fakta menarik tentang manusia.. ;

Saintis kata semakin tinggi IQ seseorang, semakin kerap ia bermimpi.

source : http://www.kelanafana.blogspot.com/

ehemmmm ehemmm..
i likeee this fact ;)
heheheeee..
tau tak ain selalu bermimpi..
adakah ini bermaksud ain ber-iQ tinggi..
yeeeaaaaa.. pandai saintis ni la..
memang tepat la tu kajian tu..
huhuuuu..
En. Fairul, lepas ni sila jangan gelakkan mimpi mimpi merepek tu ok,
kerane itu tande iQ Nurul Ain tinggi tau.
ngeeeee~

dulu mase kecik kecik,
paling takut kalau mimpi dinasour..
sampai sekarang woo ingat mimpi tu,
sebab kerap gile mimpi dinasour datang pijak semua orang,
gile takut..
pastu tak dapat tido dah..
sekarang ni kalau mimpi gitu lagi, i kick u mr.dinasour..
hahahahaaaaa..
ain dah kuat tau ;p

mimpi best ape..
kalau mimpi yang seronok tu, rase tak nka bangun je,.
tapi kalau mimpi yang menyakitkan hati tu, rase menyesal tido..
pastu boleh badmood ok sepanjang hari..

orang kate mimpi mainan tido,
tak boleh percaye sangat la kan..
so kite enjoy je la mimpi mimpi tu..
hahhaaaa..
ade gak yang kate terbalik kan mimpi tu..
boleh percaye ke ha?

meh la share mimpi korang.. ;)

ok, nak pergi menjana mimpi ;p

byeeeee~



Sunday, July 18, 2010

Keyword Hangat Masa kini, Main Dengan SEO?



keyword yang paling terbaik pernah didapati dan ditengokti.
ap yang kamu cari haaaaaa?
hadoiiii.. blog ain macam blog mak hayam mempromosikan anak ayam plak dah..
segale yang lucah lucah merepek repek sesat kat sini..
heheeee,redha saja lah ;)
sape search pampers dewasa tu?
nak beli second hand punye tak?
wahahahaaa

orang kate nak jana traffic, kene pandai maik dengan SEO.
Ain tak expert lagi tu sume, tu la traffic suam suam suku je tu..
heheee ;)
nanti kalau kite dh pandai SEO kite share kat sini ok ;p
jangan risau, tak baik tamak kan..
orang tamak kan selalu rugi -_-
nk tdo la ok,
esok kelas pagi..
tataaaaa semua ;)

Thursday, July 15, 2010

Awak Ke Blogger Yang Bergaduh Tu?

waktu tgh hari ialah waktu ain buat blog berjalan. hoihhh, pelik sangat bunyi nya, buat blogwalking la.. heheeee ;) merayau ke sane sini, waktu malam waktu membuat entry. chewahhh, macam gaya penulis skrip, penulis novel tu, kene la mase hening, suasana sepi baru mood sampai. heheeee ;p waktu tgh pagi pulak bersamaan 2,3 pagi akan pergi melawat blog lagi. heheee, macam warden plak kan. ;p

mase berjalan ni macammacam ragam orang dalam blog kite akan jumpe. ade mase tersengih, kadangkadang menitis air mate, tak boleh nak tipu kadangkadang memang ade rase menyampah, terutama kalau bace blog orang yang cakap besar, tapi sekarang ni banyak sangat blogger bergaduh sesame sendiri dalam blog ni.

bila baca link ni, sesi kutuk mengutuk, kejap lagi terbaca entry orang ni yang seakan related. dari situ buat csi sikit nanti tau la ape yang gaduh dan mengape bergaduh.

serius, comel la kamu semua, teringat zaman sekolah mase belum matang, main tulis surat bagitau tak suka orang ni, jangan kawan orang ni, cume bezenya dulu tulis surat, sekarang dah besar guna blog, tapi niat nye same la kan. dulu tulis surat, orang tertentu je bace, sekarang satu dunie baca., awak, tak baik tau aibkan orang, nanti tuhan bagi balasan awak diaibkan lagi teruk. cm ne?

tapi zaman belum matang tu bile dikenang memang tersenyum, tapi sekarang dah matang, dah besar dah jadi tak comel dah la.

sapa yang patut disalahkan?

orang yang mengutuk ke orang yang dikutuk?

kadangkadang kite kutuk orang bukan sebab dengki, sebab kite terpakse kutuk, macam entry macam tak payah ade pun takpe, entry macam budakbudak,entry tiade input, dan sebagainya la kan,. tapi kalau dipikirkan lagi, itu blog dier, takpe la dier nak catat tu semua. mane la tau, dier sengaje cerita biar nanti dah tua boleh baca semuanya, macam baca diary sendiri di internet, kan? kalau awak tak suke awak pangkah je la, tak payah la bace kan?

tapi rasenye blog untuk jadikan catatan diary maybe dah tak relevant la. sebab sekarang ramai jadikan blog medium untuk bagi pendapat, share informasi yang menarik, orang pun banyak gunakan blog tempat merujuk sesuatu. lagipun kalau blog bersifat peribadi sangat baik diprivatekan saje, takut orang gunekan semua tu untuk manipulasi tuan punya blog nanti.
macam contoh, si-cantik-yang-kaya-raya nak bercuti satu keluarga ke luar negara, bagitau nanti kesian kucing-gebu-mahal tinggal sorang kat umah-banglo-juta-juta. ni dah bagi informasi kat perompak kan? perompak sekarang tak buta IT tau. hohooohoo, ade kemungkinan ape kan malam tu mereke buat operasi terancang mengclearkan rumah si-cantik-yang-kaya-raya?

**sengih**

yang mengutuk pun beragak la, tapis la ayat tu, tak baik nak sakitkan hati orang, kalau niat anda suci nak menegur, tegur la cara berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. tau? tak baik la awak kutuk gilegile, nanti bila awak buat cm tu, orang pun jadi kurang respect kat awak, awak kene la profesional kan dalam menangani masalah emosi ni, jangan la menulis ikut emosi sangat,

jangan la kutuk fizikal seseorang, tak baik la kate orang tu hidung besar ke, telinga capang ke, pendek ke, tu kan pemberian ilahi, awak kutuk fizikal sama macam kutuk pencipta-Nya kan? tapi yang ni selalu kite terlepas pandang, saye pun sendiri selalu terkutuk orang dalam percakapan, tapi cakap dan tulis lain. kalau cakap kadang kadang memang kite tak pikir pun ape kite cakap, kalau dah type kite boleh preview dulu sebelum publish kan? kan kan kan?

mari buat kesimpulan yang senang,

kalau kita rase suke nak baca, kita baca, kalau rase tak suke kite tekan pangkah.
tak payah la kutuk mengutuk ni.
senang kan?


notabawahentry : perasan tak ain banyak letak peribahasa dalam post? HAHA, terase diri macam orang lama plak ;p




Monday, July 12, 2010

[GAMBAR] Kejadian Berbelit Tom MyStar LG









PETALING JAYA: Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.

Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.

Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.

Pihak keluarga wanita itu bersama wartawan kemudian pergi ke Balai Polis Damansara tetapi Tom enggan bertemu, sebaliknya mahu berjumpa seorang demi seorang ahli keluarga berkenaan di sebuah restoran berdekatan.

Ketika ditemui di lokasi itu, Tom sempat menyatakan dia tidak menyangka ahli keluarga wanita berkenaan sanggup berkasar kerana dia menjaga anak perempuan mereka yang sarat mengandung dengan baik.


Pada awal pertemuan itu, suasana tenang apabila kedua-dua pihak berbincang dengan baik namun tanpa diduga, tiba-tiba Tom yang kelihatan sedang duduk berbual dengan seorang ahli keluarga isteri rakan lelakinya diserang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu, Tom jatuh terbaring di atas jalan raya, namun lelaki terbabit masih cuba menyerangnya manakala rakan lelaki penyanyi itu bersama seorang lagi kawannya turut bergaduh dengan anggota keluarga lain sehingga menggemparkan orang ramai yang berada di situ.

Bagaimanapun, pergaduhan itu dapat dileraikan apabila beberapa ahli keluarga lain menenangkan keadaan manakala Tom bersama dua rakan lelakinya bergegas ke Balai Polis Damansara yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Susulan kejadian, kedua-dua pihak membuat laporan di Balai Polis Damansara, manakala Tom yang ditemui sejurus selesai membuat laporan enggan mengulas insiden berkenaan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

“Mungkin saya akan membuat kenyataan media secara rasmi tapi tidak tahu bila. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan dulu,” katanya yang cedera di pipi kanan, perut dan paha kiri.

Terdahulu pada sidang media, bapa angkat kepada isteri rakan lelaki Tom yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka sudah lama mengetahui ‘hubungan sulit’ penyanyi itu dengan suami anak angkatnya sejak berada di Taiping, Perak lagi.

“Kami hanya mendiamkan diri kerana sedar kami hanya keluarga angkat tapi siapa mampu menahan sabar apabila kami mendapat tahu anak perempuan yang kami jaga umpama anak sendiri sejak berusia setahun didera suami dan teman wanitanya.

“Kami cuba mengesan tempat tinggal mereka di sini tapi gagal sehinggalah mendapat tahu anak angkat saya itu melahirkan anak sulung di Hospital Sungai Buloh pada 29 Jun lalu.

“Pelbagai cerita tidak elok kami dengar mengenai apa yang berlaku antara penyanyi itu dengan suami anak angkat saya, malah anak angkat saya itu sendiri menceritakan segala-galanya mengenai dia dipukul menerusi SMS dan panggilan telefon, namun disebabkan takutkan suami, dia enggan membuat laporan polis,” dakwanya.

Ibu angkat wanita itu, Norliza Shamsuddin, 53, pula berkata hatinya terguris apabila menonton program televisyen mengenai kenyataan Tom dan suami anak angkatnya.

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Suraya Roslan
am@hmetro.com.my
sumber ; Metro,
...................................................................................................................................................

ade sesape yang paham ?
cube terangkan skit..
kemain berbelit lagi..
sumpah tak ngerti!

nape kalau hal artis semua nak tau?
alaaa, biase la manusia gak diorang ni,
diorang nak gak rase rampas dan dirampas..
tumbuk dan menumbuk..
dera dan didera, kannnn
muahahahaaaa


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjhQ9DCoR9xae5nMgguCsWyWj8xFz_p9u3CUzM7unqkLgjeED0c8mNVwv1AWtDGexu8IMejdw8tDvYBRd7vzBJDX3KeeO-EZ-SKVgQChc2igOMk-acaC_p4Rp8iMm5bDXGcUNbwqZH1BjQ/s320/Tom+Mentor.jpg

ini la TOM
bukan TOM AND JERRY okk

http://cdn2.ioffer.com/img/item/144/344/693/BUu70yn60ORNaLR.jpg


ni gak yang comel dan best!



Saturday, July 10, 2010

Limit MengFollow di Blogspot. Patutkah?

hai anda yang cergas di hari sabtu..
cergas la tu, kalau tak cergas tengah terbaring, mentidurkan diri je kan..
boring la blogspot ni, kenape plak la kan ade limit nk follow orang..
dah la beribu blog best n gempak, tapi takpat nk follow..
zalim tau blogspot..
kalau credit card pun boleh tambah limit..
ni tak leh ke ha?
hehheeee

gambar ni kurang zat kerane pemilik nye malas nk menambah zat

hari Sabtu tak payah entry panjang panjang la..
hari santai kan ;)
happy weekend semua

oohh, yang follow ain tu nanti bagi url di blog list blogger ain k,
nanti ain tepek update korang di situ ;
click sahajo di sini
BloglistBloggerTerhebat



Friday, July 2, 2010

Check List kembali ke jalan yang lurus

hai sayang sayang semua ;) kejap je dah hari Ahad kan.. macam baru semalam check earning nuffnang, macamm baru semalam gelakkan ayu yang masuk UiTM Lendu.. nak berorientasi.. haiiii, kejap nye mase berlalu..nanti nanti tak sedar dah kawin, beranak pinak, tau tau blog dah berusia 10 tahun.. HAHAHAAA.. tua nya aku nanti.. tak sabar nak tua sebab nanti boleh marah orang muda.. wtf?? ngeeee

esok sabtu, lepas tu dah ahad........ malasnya nak balik Melaka!! nak meneruskan rutin hidup sebagai pelajar balik selama 4 bulan lebih.. malasss la.. dah la sem ni ade bulan puase.. nanti sape nak masakkan time sahur.. waaaa~ rumah i tingkat 5, takde lift u! merangkak la naik nanti bulan puase.. HAHAHAHAHAAAA padan muka kau Ain! eh takpee, positive! mane la tau berkat kesabaran, badan mampu kurus dan sehot jessica alba nanti.. huhhuhuhuhu

nanti dah start kuliah takde chance dah la nak mengadap je laptop, buat blogwalking bagai ni.. malam sajo la boleh.. tapi tu pun kalau tak busy.. takde temujanji.. eheemm, student life kan waktu berfoyafoya.. ;)) jangan marah arr.. tapi selagi keje semua siap, takde hal punyo!

ok, jom check barang yang patut dibeli. sila jangan lupa.
1) TEST PAD bukan TEST PEN. kahkahkah..beli sebundle yang banyak terus tu. tapi rasenye baik beli buku la.. sem depan ada 8 kot subjek, maka beli buku 8 buah. gune buku lagi senang la.. gune kertas terbang terbang anak i buat kapal terbang.. heeeee,berangan la kau ber-anak..

2) PEN, pasal apa nak bukak sem je kene beli pen? bukan ke mase exam hari tu baru beli? cancel sekarang. tak payah beli pen. pastu sile nanti buang pen yang dah abis ink, tak payah simpan buat tukun dalam pencil case tu..buat semak je.. --> ini monolog dalaman ok. boleh abaikan

3) BELI BAJU SEKOLAH CAP CANGGIH, kahkahkah.. teringat zaman sekolah dulu, ni la yang dikejar tiap kali nak bukak sekolah.. lambat sikit size 14 1/2 dah abis. ape la kau canggih, size 14 1/2 tu selalu tak cukup. emosi tul kalau kene pakai size 15. mesti kene repeat beli baju sekolah lagi nanti. hehehheee.. ini saje melalut sebab tak tau nak beli ape lagi.

4) ha dah tau, beli DETERGENT AND SOFTLAND (betul ke eje ni ha?) detergent mungkin breeze colour tu, tapi softland peveret i yang colour peach.. hehehee.. letak lebih kasi wangi sikit ;) beli refill je la sebab botol yang hari tu ade kan, buat ape nak membazir beli botol berat2 tu..

5)beli TOILETRIES.. ni pun macam tah pape, setiap kali bukak sem nak beli set baru. cehh gedik. beli syampoo je ain, yang lain banyak lagi. sedar sikit JPA masuk lambat. nanti kalau takde duit kau makan la colgate berulam conditioner. maun?

ini sahaja yang mampu difikirkan buat masa ini. boring la entry ni kan, seboring Ain hari ni. dah la. byeeeeeee




Thursday, July 1, 2010

Perlu Ke Saling Mengutuk,Menghina dan Mengeji Sesame Blogger?

waktu tgh hari ialah waktu ain buat blog berjalan. hoihhh, pelik sangat bunyi nya, buat blogwalking la.. heheeee ;) merayau ke sane sini, waktu malam waktu membuat entry. chewahhh, macam gaya penulis skrip, penulis novel tu, kene la mase hening, suasana sepi baru mood sampai. heheeee ;p waktu tgh pagi pulak bersamaan 2,3 pagi akan pergi melawat blog lagi. heheee, macam warden plak kan. ;p

mase berjalan ni macammacam ragam orang dalam blog kite akan jumpe. ade mase tersengih, kadangkadang menitis air mate, tak boleh nak tipu kadangkadang memang ade rase menyampah, terutama kalau bace blog orang yang cakap besar, tapi sekarang ni banyak sangat blogger bergaduh sesame sendiri dalam blog ni.

bila baca link ni, sesi kutuk mengutuk, kejap lagi terbaca entry orang ni yang seakan related. dari situ buat csi sikit nanti tau la ape yang gaduh dan mengape bergaduh.

serius, comel la kamu semua, teringat zaman sekolah mase belum matang, main tulis surat bagitau tak suka orang ni, jangan kawan orang ni, cume bezenya dulu tulis surat, sekarang dah besar guna blog, tapi niat nye same la kan. dulu tulis surat, orang tertentu je bace, sekarang satu dunie baca., awak, tak baik tau aibkan orang, nanti tuhan bagi balasan awak diaibkan lagi teruk. cm ne?

tapi zaman belum matang tu bile dikenang memang tersenyum, tapi sekarang dah matang, dah besar dah jadi tak comel dah la.

sapa yang patut disalahkan?

orang yang mengutuk ke orang yang dikutuk?

kadangkadang kite kutuk orang bukan sebab dengki, sebab kite terpakse kutuk, macam entry macam tak payah ade pun takpe, entry macam budakbudak,entry tiade input, dan sebagainya la kan,. tapi kalau dipikirkan lagi, itu blog dier, takpe la dier nak catat tu semua. mane la tau, dier sengaje cerita biar nanti dah tua boleh baca semuanya, macam baca diary sendiri di internet, kan? kalau awak tak suke awak pangkah je la, tak payah la bace kan?

tapi rasenye blog untuk jadikan catatan diary maybe dah tak relevant la. sebab sekarang ramai jadikan blog medium untuk bagi pendapat, share informasi yang menarik, orang pun banyak gunakan blog tempat merujuk sesuatu. lagipun kalau blog bersifat peribadi sangat baik diprivatekan saje, takut orang gunekan semua tu untuk manipulasi tuan punya blog nanti.
macam contoh, si-cantik-yang-kaya-raya nak bercuti satu keluarga ke luar negara, bagitau nanti kesian kucing-gebu-mahal tinggal sorang kat umah-banglo-juta-juta. ni dah bagi informasi kat perompak kan? perompak sekarang tak buta IT tau. hohooohoo, ade kemungkinan ape kan malam tu mereke buat operasi terancang mengclearkan rumah si-cantik-yang-kaya-raya?

**sengih**

yang mengutuk pun beragak la, tapis la ayat tu, tak baik nak sakitkan hati orang, kalau niat anda suci nak menegur, tegur la cara berhemah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. tau? tak baik la awak kutuk gilegile, nanti bila awak buat cm tu, orang pun jadi kurang respect kat awak, awak kene la profesional kan dalam menangani masalah emosi ni, jangan la menulis ikut emosi sangat,

jangan la kutuk fizikal seseorang, tak baik la kate orang tu hidung besar ke, telinga capang ke, pendek ke, tu kan pemberian ilahi, awak kutuk fizikal sama macam kutuk pencipta-Nya kan? tapi yang ni selalu kite terlepas pandang, saye pun sendiri selalu terkutuk orang dalam percakapan, tapi cakap dan tulis lain. kalau cakap kadang kadang memang kite tak pikir pun ape kite cakap, kalau dah type kite boleh preview dulu sebelum publish kan? kan kan kan?

mari buat kesimpulan yang senang,

kalau kita rase suke nak baca, kita baca, kalau rase tak suke kite tekan pangkah.
tak payah la kutuk mengutuk ni.
senang kan?


notabawahentry : perasan tak ain banyak letak peribahasa dalam post? HAHA, terase diri macam orang lama plak ;p






Monday, June 28, 2010

Lagi, Orang Islam Diperbodohkan Yahudi

fakta Benar..

Lagi agenda Yahudi memperbodohkan kite!

bace dan kongsi konsi kan la..


1. Kita diajar dalam buku biologi,

buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.

Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan.

so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam.

makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu.

Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck.

Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol,

namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad.

Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita.

Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus,

namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat,

contohnya coke dan maggi.

Coke tu sangatlah beracun,

pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

6. Untuk pengetahuan,

para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya

(sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar),

namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki

dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.

selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,

kanser ovari,

kanser prostat,

serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium,

magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia!

Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik,

dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan,

kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

Al-Quran

Surah Al-Baqarah

Ayat 168

Firman Allah:

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu,

iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

Al-Quran

Surah Al-Maidah

Ayat 88

Firman Allah:

Oleh itu,

makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik,

dan bersyukurlah akan nikmat Allah,

jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

Al-Quran

Surah An-Nahlu

Ayat 114



sumber, : http://www.dinar-emas.com/vatican.html

Thursday, June 24, 2010

Perempuan, Isteri. Sedarlah.,

" ramai suami setia kepada seorang isteri. Isteri itu jantung hati, ratu dalam hidup mereka. Namun apabila terlalu dipuja, sebilangan isteri mengamalkan sikap sambil lewa melayan suami. Lalu, suami mencari alternatif, mengahwini perempuan lain dengan harapan dia dilayan secara lebih sempurna. "

Credit,
Bersama Mazidul


terkedu baca ayat ini di blog En.Mazidul tadi. Rasenye ape yang saudara Mazidul cakapkan ni ada betul jugak. tambahan pulak, kebanyakkan isteri sekarang ramai yang dah bekerja, sibuk mencari nafkah, balik dengan kerje rumah lagi. tapi si suami sepatutnya bertimbang rasa la ye, isteri bantu anda, jangan la ambik kesempatan atas keterpaksaan sibuk bekerja.

Pendapat kamu?


Wednesday, June 23, 2010

Warkah Amarah Buat TM Net (nama sebenar)

salam sayang buat warga TM Net, walau dimana kalian berada,

ketika warkah ini dicoretkan, saya sudah tidak mampu bertahan.. hati ini meronta ronta pedih nak berkongsi penderitaan.. tiada tempat saya nak mengadu kerane semua orang memenangkan TM Net dan begitu juga kakak yang menyambut panggilan saya, sunyi tanpa berita.. saya putuskan meluahkan isi hati saya disini memandangkan ini belog saya dan dier saje yang akan memenangkan saya..

kalian di TM Net, di suatu hari yang cerah tapi sikit mendung, puas saye memujuk iba bapa saya untuk memasang streamyx di rumah memandangkan berukband, errrr broadband sedikit cacat di sini, kawasan bukit memang beruk gayat sikit, mungkin kawasan tinggi tak sesuai untuk mereka,. puas saya yakin kan ibu dan ayah bahawa adik saya takkan mengalami gangguan belajar mahupun melayari laman web porno, puas dah ketandusan idea saya, keringnya tekak dan air liur jangan cerita,bersumpah bagai mereke, jangan nanti mereke disambar petir sudah la..

sesudah saya berjaya mendapatkan restu ayah bonda, saya terpakse pule bergegas ke melake, nak dapatkan cop uitm di hatiku, berdesup ke sane, berderai wangggg. prosedur yang hanye mengambil masa tidak lebih dari 5 minit selesai dengan senyuman dan harapan dapat melayari internet tanpe kerutan di dahi, owhhhh.. bahagia dalam anganku..

kurang setengah jam dari pukul 5 saya sampai ke pejabat TM Net dan menghantar borang yang dikehendaki bersame segala butir peribadi dengan senyuman palinggg menawan dengan harapan proses dapat dibuat dengan lebih segera, saye pulang dengan semangat dan iltizam serte harapan yang tinggi untuk mengadap laptop dengan lebih tenang selepas ini... tiada kerutan dan muncungan bibir sedepa..

seminggu kemudian, abang pempasang wayar dari TM Net datang untuk pasang ape yang patut dipasang, kemudian kami jangka kurang seminggu, router atau modem akan dihantar.. tapi hari berganti hari, detik berganti detik, malam bertukar siang, harapan saya kian punah... di mana janji mu TM sayang? perlukah saya berkobolorasi dengan Abang Mazidul untuk mensoal siasat kamu? saya taknak itu semua terjadi.. saya taknak besarkan hal kecil ni, tapi hak saya sebagai pengguna telah ditindas.. cuti semester saye pun dah nak habis, tak dapat la saya berlagak dengan streamyx. mujur berukband saya setia walaupun masih gayat sebab kami di tempat tinggi, sabarlah berukband, kau masih tiada pengganti.

saya harap coretan ini mampu meleraikan segale kekecewaan di hati saye, agar lege hati ini dari memendam rase, kalau kalian di TM Net terbace, kesian kan la saya, hantar la modem saye, kalau susah sangat, letih kalian nak mendaki bukit everest ni, saye sanggup pergi ke tempat kalian.. biarlahhh, saya sanggup mengalah.. tak sanggup saya melihat ayah saya hanye bermain chess di laptop nye, tak dapat melayari facebook kerane saye sibuk berblogging.. hati anak mane yang sanggup melihat hal sedemikian rupe.

saye nak mengalah, saye nak bagi ayah melayari facebook nye sekejap.

kalian di TM Net, kerane kalian la hubungan kami anak beranak kucar kacir.. hhhuuuhhhuuu


Tuesday, June 22, 2010

first edit abang jelir di sunway, awww

hai hai hai....
hari ini ada satu lagi dalam sejarah,
hihiiii..
first time Ain mengedit gambar menggunakan photoshop..
peewiittt, clap la sikit..
saje gatal tangan try tadi,
gambar ni ain ambik mase kat sunway hari tu,,
nama abang ni abang wan kot kalau tak silap,
dier buat Haka tu..
tau tak Haka? macam cheer untuk naik kan semangat..
sape main or minat rugby mesti tau punye la..
yang lidah terjelir ni last sekali dalam cheer tu..
panjang sangat la mentera dier, ain tak hafal..
teeeheee
(+.+)




: ini yang diedit :

:ini yang original:

ok tak first edit punye hasil tangan?
puas tunggu abang ni terjelir and lucky mase jelir dier pandang arah ain,
and ain dapat capture it ;p
suke tengok expression muke tu,
macam bersungguh sungguh kan ;)

ok, semua boleh tekan comment dan bagitau apekah hasil kerja ini di mata anda, semua comment di dahului dengan ribuan terima kasihh..
sape baik hati, offer nak ajar ain gune Photoshop pun lagi juta pound sterling terima kasih
heheheheeeee


Saturday, June 19, 2010

"i follow u, follow me back okk" ---> Perlu Ke Kite Ramai Follower?

hai semua... rindu nak merepek kat belog sendiri.. kesempitan mase je.. ade je keje tah pape nak kene buat, baru nak type blog, anak menjerit plak. -_- , anak jiran la.. ain mane ade anak lagi.. hihiii.. menggangu konsentrasi tuuuu..

topic yang Ain nak mintak pendapat korang semua ialah, Perlu Ke Kite Ramai Follower?

ape awak rase bile orang follow awak and lepastu cakap, "i follow u, follow me back ok" LOL! bile ade yang cm tu, terus rase minah/mamat/mimat ni tak ikhlas nak follow.. follow kite supaye nanti follow dier balik and dier akan dapat ramai follower.. ada ka patut?

kite follow orang yang kite rasekan kite taknak terlepas cerite best dari dier, yang kite betul betul suke nak bace entry dier, then kite follow la kan.. ni awak main suruh je orang follow blog awak mane boleh.. nanti tak follow awak kate ape pulak kan, nanti awak kecik hati pulak.. dah follow nanti orang tak bace blog awak.. ha cm ne tu nanti? awak lagi kecik hati kan..

alaa, lagi pun ape la sangat follower beratus, beribu, berjuta sekalipun, bukan mereke bace semua yang awak tulis, entah entah pergi pun tidak ke belog awak,. saje nak suke suke.. yang akan singgah bace dari 1000 follower agaknye paling tinggi 400 follower.. kot la..

lagi baik awak biarkan semua tu jadi neutrally, nanti awak akan jumpe la sape loyal reader awak.. tak follow tak bermakne jugak orang tak bace blog awak.. bile blogwalking tu macammm macammm blog best yang Ain jumpe, kadang kadang sampai stuck bace je entry dier.. ain ni ade masalah suke khatamkan blog orang yang ain rase, dier best ;) eheheee.. tapi nak follow dah lebih limit, so kite ingat je la url blog dier ;( bookmark kan ke terus. sonang!

Ain rase awak terpengaruh dengan myspace la, friendster la, nak carik friend beribu beribu, awak salah concept ni, kat blog tak payah la, kepopularitian awak tak diukur dengan followers pun, awak jangan risau ok ;p

awak semua rase cam ne? perlu ke tidak follower beribu, pastu suruh orang follow kite?



Monday, June 14, 2010

awak buat saye rimas dengan perangai awak.

dalam dunie ni ade macam macam jenis manusia kan, macam macam ragam, macam macam perangai, ade perangai yang buat orang menyampah, benci dengan kite, yang buat orang rase tak senang dengan kite, kite mungkin tak perasan perangai annoying kite tu, sebab tu la bile ade yang menegur, terime teguran tu dengan hati yang terbuka, bukan berdendam, canang orang lain lagi hina dari awak. bukan begitu carenye,

pokok takkan bergoyang kalau takde angin meniup kan, memang kite tak dapat nak puaskan hati semua orang, tapi semoleknye, kite biarlah merendah diri, bukan ape, hari ni kite mungkin senang, kaya raye, tercantik, tapi satu hari kalau tuhan tarik nikmat tu semua, awak tak larat nanti dengar orang mengutuk, mengeji sana sini.


tak perlu pun awak nak berlagak, jelas manusia ni ade kekuatan dan kelemahan, dari awak berlagak tak tentu pasal, baik awak gune kekuatan tu untuk bantu yang lain, dan nanti kelemahan awak tu akan dibantu dengan kekuatan dari yang lain.

saye punye lagi ramai sahabat yang kaya raya, bijak pandai, tapi merendah diri, sampai orang tak tau pun dier orang berada, and you know what, semua orang respect and love her. pakaian, gadget semua sempoi je. awak tak perlu bagi tau semua orang, harte bende, pangkat awak, pangkat ayah, ibu awak kat semua orang, orang akan tau jugak. lagipun itu bukan harte awak, harte mak bapak awak. awak pulak nak kecoh. hahaaa


saye tak cemburu pun dengan awak, sebab saye tau saya lebih bahagie dan punye ramai yang ikhlas sayangkan saya. bukan duit saya, sebab saya tak de duit pun. T__T


when he say he loves me, it worth more than 1 million.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails