tajaan,

DenyutJantung!

Thursday, July 29, 2010

Ular Besar Sg Siput, Propaganda Utusan Lariskan Jualan?



Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak hari ini menyangkal laporan penemuan seekor ular raksasa di hutan Sungai Siput dekat sini baru-baru ini seperti yang disiarkan sebuah akhbar hari ini.

Pengarahnya Shabrina Shariff berkata pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati tiada laporan atau kes penemuan ular raksasa di kawasan berkenaan.

"Kita juga mendapati gambar (yang disiarkan akhbar itu) itu dapat dilihat dalam internet melalui pelbagai laman web...gambar yang berasal dari China itu disebarkan sejak tahun 2009," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut laporan akhbar berkenaan, ular raksasa itu dijumpai oleh sekumpulan pekerja balak di hutan Sungai Siput baru-baru ini dan ular berkenaan kemudiannya dibunuh.

Shabrina berkata Perhilitan juga sebelum ini pernah melihat gambar seperti itu yang disiarkan sebuah akhbar di Sabah selain laporan mengenai dakwaan penduduk di Paloh Inai, Pahang pada Mac lepas mengenai penemuan ular raksasa.

Beliau berkata memang terdapat ular besar di Malaysia seperti ular sawa tetapi belum pernah dijumpai sebesar itu.

--Bernama

ape la utusan ni.. cerite je lebih.. haihhhh
mengade kan bende yang takde,
asal laku barang dier,
semua pun iye.
tak takut, jadi takut orang sungai siput.
-_-

8 comments:

darkbatman said...

yer2 jer ingatkan ular betul..hehe

Phantom said...

auta je lebih =D

Buat orang takut je

peaNut said...

eyh..nape jutusan ni wat cmtu ah...naya org kena tipu dia org ni..hurmmm

Hanisham Ab Halim said...

Alahai Utusan... Nampak sgt kuat menipu....

Chilabaey's Spot 2 said...

Macam2 betullah sekarang ni... Esok lusa orang boikot akhbar tu baru tau... :)

sepst said...

awat kalut kalut.
yg menipu tu bukan utusan. tapi org yg sampaikan berita tu.
lembu punya susu, sapi dapat nama.

Falinda said...

goreng pun sodap ular tu...hehe

Falinda said...

goreng pun sodap ular tu...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails