tajaan,

DenyutJantung!

Tuesday, April 13, 2010

[UPDATE] kenal pelajar UiTM buang Bayi?? Kes Gempar!

PELAJAR UITM MENGAKU BUANG BAYI?
memalukan betul kalau betul terjadi.
tapi dier dah menagku, cam ne?

akan update lagi nanti, tunggu laporan penuh jap. sabar, nanti datang lagi ye.

%&%#@^&%*( punya budak, memalukan UiTM. kerana nila setitik rosak susu sebelanga!!

ok, dah tau kisah sebenar, Bekas pelajar UiTM. maknanya bukan la student lagi, terkejut tau tadi dengar berita di TV3. ish, sakit rusuk.

KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dakwaan membuang bayi, lebih dua tahun lalu.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 21, dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut fakta kes, Zarina dituduh secara rahsia membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada sudah mati sebelum, ketika, atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu.

Dia dituduh melakukan melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial tertuduh dan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mampu membayar wang ikat jamin tersebut dan di hantar ke Penjara Pengkalan Chepa.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Marzita Subaker.

Dalam kejadian itu, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan separuh terbakar di celah timbunan sampah di tempat pembuangan sampah di kawasan asrama berkenaan oleh seorang tukang sapu. - Bernama

sumber ; Berita Harian Online


apa lagi nak cakap pasal kes buang bayi ni? Nak marah, mencarut marut dalam blog? pun tak gune jugak, bende dah jadi. marah marah pun kes tetap berleluasa. tu la yang peliknya manusia, bila mencarut sebut name BABI, padahal,BABi pun tak pernah buang anak, kalau babi tau selepas ni mereke plak mencarut sebut Manusia. apa merepek ni, macam perempuan gila dah. eh, tapikan ada buat kajian tau kenape manusia mencarut sebut BABI.

ok, ini hasil kajian yang telah diringkas kan.

cuba lihat ;

sebelum tu, anda kene click tau baru kasi besar sebab ianya padat dan ringkas. click la, lepas ni dah ada jawapan untuk soalan " kenape mencarut cakap Babi?"


HAHA ;)

jangan marah kerane cerita buang bayi sikit sahaja, sebab sedih untuk buat ulasan memandang yang pathetic bangsa kita sendiri,rakyat negara kita sendiri.
bak kata Nabil 'Lu Pikir La Sendiri'

ok, dah boleh bersurai, saya nak baca buku Public Sector Accounting ( Malaysian Context) cover page warna Biru, Chapter 8,9,10. esok test pukul 10.30. ish, ngeriiiii

ok, semalam malam, tengah malam,pagi dan imsak.

Bye ;)


7 comments:

Luffy said...

harap dia insaf ler. mak bapak dia pun dah malu. kesian mak bapak. kesian anak yg x berdosa


tppp... cerita BABI tu best giler

kazmyra afkar said...

alamak, budak ganu ke???
camno ni ha... malu guwe, kampung aku tu... isk2..

Nur -al- Ain said...

luffy,

betul tu, sian mak ayah kan.
;(

cite BABI gak best ;) HAHA

Nur -al- Ain said...

xpe2, tak sume GANU gitu.. huhuhuhu.. kami cayo mung tak gituu

Rashid said...

salam

ishhhhhhhhh.. masyaAllah.. Naper le boleh jadi begitu sekali. Mana perginya keintelektualan..

Mana perginya solat..
Mana perginya iman ..

Nur -al- Ain said...

cikgu rashid.
dunia akhir zaman ;(

FyZa said...

hish..mcm2 la..kes 2 taun lepas ek..moga dia insaf ats perbuatannya 2..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails