tajaan,

DenyutJantung!

Friday, April 23, 2010

Adamaya 2 alam? ademaye ape pulak?



korang layan tak Adamaya? best kan cite ni. comel je. suke tengok.
argghh, pehal macam gedik bile camni. ok, jom cakap macam gagah - weh, kau layan adamaya? pergh, layan dohh cite tu. ha, sekarang pilih nak versi yang mane. HAHA ;) dah tak boleh complaint aku gedik, (memang tak gedik punnnn) saya dilahirkan gagah dari lahir. wowwww.

orang kelantan sebut ademaye ke?

Sinopsis Adamaya

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran. Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik. Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya? Adam menurut kehendak ibubapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka. Maya pada mulanya membantah kerana telah mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi setelah dipujuk oleh ibubapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju.. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka. Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya? Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.


eleh marah plak, baru nak terhegeh cite pasal Adamaya. orang lain dah cite pasal 2 Alam.

tau tak cite 2 Alam? filem Dr-kurus tu.

tengok triller macam best, tapi macam beli cd je pun ok kot, takyah tengok kat wayang, sebab miskin ni sekarang. HEHEH



tengok la.. tengok laaaaa.. tengok ni free je punnn, jangan la kedekut sangatt.. hiiii

:ini Dr Rozmey, saya adore rambut beliau. comel kan? :

“Filem ini mengajak penonton untuk mengambil iktibar dan pengajaran yang dipaparkan iaitu nilai murni seorang ibu yang memelihara anak sejak dari kandungan untuk menjadi anak yang berguna,”

Filem 2 Alam menampilkan Rosnah Johari yang melakonkan watak ibu kepada Amy yang dikatakan terkilan dengan perbuatan anaknya sehingga menghadapi kesukaran untuk meninggal dunia. Filem 2 Alam akan mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mei.

ok, Bye. nak study FAR400 ;p





2 comments:

ChiLaBaey's said...

Boleh pulak terlayan adamaya petang tadi... Ok juga cerita tu... Ni yang susah lepas ni kalau dah layan cerita2 gini.... :)

Legasi Piston Pecah said...

memang best layan AdaMaya nih..
dah masuk episod 11 kan?tinggal 12 episod lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails