jom kita lihat apa itu adat perpatih.
N.Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem adat perpatih atau dikenali juga sebagai sistem matrilineal, di mana keturunan seseorang itu disusurgalurkan mengikut sebelah ibu(nisab ibu). Adat perpatih dapat dianggap sebagai satu kawalan sosial dan merupakan satu sistem kekerabatan yang amat liberal dan menyeluruh. Justeru itu, terdapat beberapa konsep dalam adat ini yang menunjukkan hubungan kekrabatan seperti jurai, perut, suku dan sebagainya.
macam saya, saya dari suku Biduanda ;)), suku yang boleh menjadi Waris.eh eh,bukan Liyana Waris, itu housemate saya, dan dier keturunan JAWA? hihi..
Dalam sistem adat perpatih penduduk-penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang paling asas ialh kumpulan yang dinamakan PERUT.Anggota kumpulan ini terdiri dari keturunan nenek yang satu. Ketua perut ialah seorang lelaki yang dinamakan ibu bapa.Kumpulan yang besar daripada perut dinamakan suku iaitu terdiri daripada perut-perut yang ada tali persaudaraannya. Kedudukan suku adalah di bawah lembaga yang dipilih daripada ahli perut. Pemilihannya adalah mengikut giliran yang telah ditentukan. Di atas lembaga ialah undang, dipanggil Datuk Undang.
Datuk Undang ni kire terror la di Negeri Sembilan. contoh macam kalau ade kenduri kawin pastu jemput undang, memang lain la layanan untuk diorang ni. pinggan lain, kerusi lain, kene baca baca apa tah lagi, memang tinggi darjat Undang. tu pasal pernah ade sengkete nak jadi Undang ni.
Keturunan dalam adat perpatih adalah menerusi pihak perempuan.Menurut adat seseorang anak adalah masuk pihak ibunya dan dia dianggap tidak ada pertalian dengan suku bapanya. Adat ini amat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat yang berkenaan. Menurut hukum syarak seseorang itu boleh berkahwin dengan anak perempuan kakak atau adik ibunya. Tetapi perkahwinan semacam ini adalah dianggap sumbang pada sisi adat perpatih. Bagi mereka,anggota-anggota dalam satu suku semuanya dikira sangat rapat persaudaraannya iaitu disifatkan sebagai suatu keluarga besar. Sehubungan dengan ini masyarakat adat perpatih di anak lebih rapat lagi perhubungannya dengan bapa saudara sebelah ibu daripada bapa saudara sebelah bapanya.
tengok, simple je kan. ape yang kau takutkan sangat. come on man.
HAHA ;)
jom tengok prinsip nye pulak ;
adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
- Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
- Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
- Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
- Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
- Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.
ala, lagi pun yang di takutkan prinsip ke 3 kan?
jom kita dalami lagi prinsip ini, (prinsip ke-3)
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
ha, tengok. inilah yang sebenarnya. sekarang cakap dengan saya, kenape nak takut kawin dengan perempuan dari Negeri Sembilan. oh, damn. sangat bias. sakit tau bila lagi sehari dua nak bertunang, dibatalkan dengan alasan gadis dari Negeri Sembilan. come on la. hina sangat ke?
cun ape. HAHA ;)
tapi jika dilihat adat itu, memang logik. cuba tengok, kalau kita aplikasikan adat ni, takkan ada pelacur yang patut come out dengan alasan " saya dah tak tau ape saya boleh buat, ni je saya mampu (melacur)". see, kalau u follow the real adat perpatih, u still got bendang or dusun or whatsoever kan. itulah main point dier, bukan macam yang sesetengah orang kate, bila bercerai, keluar tinggalkan rumah sehelai sepinggan. oh, maybe it happen long time a go, but today, memang rarely la dengar pasal bende ni. and my family sendiri memang tak aplikasi kan pun adat ni. dan rasanya, memang adat ni semakin tidak dapat sambutan, eh tadi kt PC Fair, MITC Malacca, ramai gila orang kat sana, dapat sambutan meriah. Ha, ok lari tajuk jap, kalau tak lari nanti terlupa la. belog ini kan tempat saya rekodkan aktiviti hidup saya juga.
ok, sambung, makanya, adalah tidak relevent la nakmenghakimi seseorang itu, perempuan terutamanye, berdasarkan negeri kelahiran. their action may influence by the environment, but not 100%, right?
berdasarkan kisah benar yang sepupu saya sendiri hadapi,
sepupu saya berkenalan dengan seorang jejake dan menyulam cinta bertahun lamanye. 6 tahun lebih kurang, dalam tempoh tu, sepupu saya ade ke rumah untuk jumpa mak si lelaki, si lelaki kalau tak silap orang Kedah, keluarga lelaki sambut baik, takde tande tande benci.tapi bile cinta semakin dalam,bila si lelaki minta keluarga hantar rombongan meminang, his mum said " no" why? " She's from Negeri Sembilan." hanya itu saja alasan. patut ke?
ok, rasanya dah panjang entry ni sebab perut saya yang tadi kenyang pun dah lapa.
bye bye semua.
cun ape. HAHA ;)
tapi jika dilihat adat itu, memang logik. cuba tengok, kalau kita aplikasikan adat ni, takkan ada pelacur yang patut come out dengan alasan " saya dah tak tau ape saya boleh buat, ni je saya mampu (melacur)". see, kalau u follow the real adat perpatih, u still got bendang or dusun or whatsoever kan. itulah main point dier, bukan macam yang sesetengah orang kate, bila bercerai, keluar tinggalkan rumah sehelai sepinggan. oh, maybe it happen long time a go, but today, memang rarely la dengar pasal bende ni. and my family sendiri memang tak aplikasi kan pun adat ni. dan rasanya, memang adat ni semakin tidak dapat sambutan, eh tadi kt PC Fair, MITC Malacca, ramai gila orang kat sana, dapat sambutan meriah. Ha, ok lari tajuk jap, kalau tak lari nanti terlupa la. belog ini kan tempat saya rekodkan aktiviti hidup saya juga.
ok, sambung, makanya, adalah tidak relevent la nakmenghakimi seseorang itu, perempuan terutamanye, berdasarkan negeri kelahiran. their action may influence by the environment, but not 100%, right?
berdasarkan kisah benar yang sepupu saya sendiri hadapi,
sepupu saya berkenalan dengan seorang jejake dan menyulam cinta bertahun lamanye. 6 tahun lebih kurang, dalam tempoh tu, sepupu saya ade ke rumah untuk jumpa mak si lelaki, si lelaki kalau tak silap orang Kedah, keluarga lelaki sambut baik, takde tande tande benci.tapi bile cinta semakin dalam,bila si lelaki minta keluarga hantar rombongan meminang, his mum said " no" why? " She's from Negeri Sembilan." hanya itu saja alasan. patut ke?
ok, rasanya dah panjang entry ni sebab perut saya yang tadi kenyang pun dah lapa.
bye bye semua.
notabawahentry :jom kawin dengan orang Nogori, nanti lahirkan anak di Hosp Negeri Sembilan, maka anak akan berbangga bila Bola Negeri Sembilan menang.
HAHA ;) ok, dah boleh tekan [pangkah]. itupun lepas dah click nuffnang!
ok tak entry ni En Rashid? anda semakin jelas tak? * cikgu minta saya terangkan, nah berjelar penerangan. boleh dapat A dalam essay ni ;)
nak buat mata comel macam Toyo , @@,
ok , byeeeeee yang terakhir.
credit to, wikipedia dan http://www.jejakkeluarga.dkays.com


21 inspiration:
yeah kebanyakan ramai orang2 tua takut anak mereka kahwin adat pepatih apa kes kan?
naz, btul ape kes kan. grow up ok. huhuhuhuhuh
emmm....jika dilihat dengan mata kepala mmg ia menakutkan ...namun jika dilihat dengan mata hati ia adalah logik untuk difikirkan...namun kini adat ini tidak la telalu kuat diamalkan...bukan ingin menafikan adat namun tuntutan kemanusiaan dan hati perut mampu memacu akal fikiran...hehehehe
mata cute ehh..hehehe..
nk komen sket ttg adat pepatih..
well ada pro dan kontra nya..melindungi kaum wanita dari teraniaya..tp kdg2 menganiaya kaum laki gak..byk cite hapen gak dlm famili aku sebab aku pun asal-usul org nogori..
walaubagaimanapun, adat itu tetap perlu dipelihara sebab itu jd jatiditi sesuatu kaum..cuma jgn terlalu ikut2 smpi keterlaluan smpi menyusahkan semua..
@@,..panjang bebel aku ehh..hehehe
cikgu padi,
yes, logik kan tu.. bukan memacu akalfikiran je, malah pacu pacuan 4 roda ;))
yes toyo, anda di lorong yang benar. tahniah2 ;;))
salam
ermmm.. panjang lebar penerangan yang diberi.. Terima kasih ain. Bukan apa saya ni saja nak tau dari orang nogori sendiri.. Perkembangan semasa dan terkini tentang adat tu. Selama ini asyik dengar suara.. baca buku je... hehe
Yup! orang nogori memang cantik apa. hehe. so.. jom kita cari orang nogori..
Dulu masa saya kat sabah, pernah dengar cerita. Nak kawen dengan orang kadazan bukan mudah. Hantaran kawen bukan main banyak lagi. Siap kena bilang tiang rumah. Kalau tiang rumah orang pompuan tu ada 30 batang.. alamak RM30,000.00 ribu le wang hantarannya. Tapi itu dulu punya kisah. Sekarang dah takde lagi amalan tu.
p/s- sedang bayangkan ain buat mata comel.. TOYO.. haha!! dan.. sayapun cuba buat mata comel jua.. tapi masih nampak tenang..damai.. ishh susah rupanya buat mata comel toyo.. ain tentu pakar ni..
cikgu rashid,
yes, pasal tiang di Sabah tu pernah dengar jugak.mesti yang tinggal di umah byk tiang jadi andary kan. HAHA.
mate tu si TOYO je reti buat..
haha.
mata SHErk dier kate..
ko offer satu awek negeri sembilan blh???
salam.....moga apa yg dijelaskan memberi gambaran betul..
terima kasih atas entri ini..
mohon izin follow..
rashidah nie kalo baco, msti banggo..
luffy,
ok, tinggalkan butiran bersama duit muka. hehe ;)
sekamrindu,
betul2. ambil dari sumber yang boleh dipercayai... sila la follow, tiada bantahan atau paksaan ;))
anon,
rashidah mano lak?
alaaa ainpun boleh buat muka comel toyo tuu.. kan kan ain..
Jgn lupa, send kat saya satu k.. nak buat kenangan ain buat mata comel toyo .. haha!!
part yang kalo kawen ngn pompuan n9 nanti cerai laki balik sehelai sepinggang tu pada pandangan saye sbbnye mase diorg masih laki-bini, laki tu xde harte sendiri.die duk tanah, umah pusaka bini die je.so logik la kalo lepas cerai die balik sehelai sepinggang kan?
Good entry. semoga sume org jelas. thanks!
Orang nogori, maybe gk tu.. Ade kemungkinan jugak ;) takde org yg suke susahkn org lain kn, dlm drama je kot? Hehe
Thanks ;) idup nogorii
rashidah omak ko yg aja sejarah tuuhh..hhahaha
elok bonar entri ni ditulih. den pon suku biduando jugak ha...=)
@K.O.A.L.A
samo la kito.. tah2 sedaro.. hahaa
slgi ia xmlanggar hukum syarak itu ok..tp hukum Allah lebih sempurna berbanding hukum manusia..jd ikut lah kalam Allah untuk dijadikan rujukan..samada hak suami atau isteri,dari adat prkhwainan sampailah pmbahagian harta smua..smuanya sudah tertulis sejak azali lg,xperlulah kita mngubhnya..
Post a Comment