tajaan,

DenyutJantung!

Friday, December 3, 2010

Sudah Sudah La Menghine Orang, Awak Sendiri Masih Cacat Cela - Isu Bertudung

dose tak menutup aurat, itu dose antara umat dengan pencipta, dan ye masyarakat sekeliling, sedare sesame islam memang wajib saling nasihat-menasihati.. tapi dengan care yang berhemah.. rasenye bukan dengan mencaci, menghine, membuke aib seseorang.. dan kene ingat, dose awak menyakiti hati sesame saudara islam awak, hanya orang yang awak sakiti je boleh maafkan. remember? tak perlu kau nak bukak aib orang, komen sane sini artis bertudung nak taknak, komen yang menjatuhkan, bukan membine, tapi diri sendiri masih terumbang ambing. kesian golongan macam ni, mungkin niat sangat baik, nak menyedarkan, nak berdakwah, membimbing yang lain ke arah yang benar, tapi again, bukan la dengan care memalukan macam tu, kalau orang buat entry plak pasal awak, copy paste gambar awak dengan bertudung tapi berseluar skinny, berbaju pendek, berselendang dengan bersanggul tinggi, kemudian comment style tu dengan bahase yang kesat dan memalukan, ape awak rase? nak saye bagi contoh?
ohh, korang tengok ni style cik** berpesen, dengan skinny biru yang kemain ketattt, menampakkn susuk kaki yang mengliurkan, fuhh, mungkin cik** tak mampun nk beli size di department dewase, terpakse beli di kids department.. halololo.
ha ape awak akan rase kalau ade umat buat cm ni? feel good ka?

semue orang akan melalui satu fasa mencari identiti diri, bersyukur awak memang dah berhijab, dan mendapat kesedaran dari mude, Alhamdulillah. tapi menutup aurat bukan sekadar berhijab sayang, hijab itu sendiri definisi nye bukn sekadar menutup helaian rambut, tapi buah dade harus tertutup sekali,

dipetik dari satu sumber-


Pakaian tersebut bukanlah berfungsi sebagai perhiasan, ini berdasarkan firman Allah SWT yang ayatnya iaitu: "...Dan janganlah kaum wanita itu menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terdedah (muka dan tapak tangan).." (An-Nur: 31)

Secara umum kandungan ayat ini juga mencakupi pakaian biasa jika dihiasi dengan sesuatu, yang menyebabkan kaum lelaki melirikkan pandangan kepadanya.

Perintah mengenakan pakaian menutup aurat bermaksud untuk menutupi perhiasan wanita. Maka tidaklah masuk akal jika pakaian itu akhirnya berfungsi sebagai hiasan. Kini banyak kaum muslimah yang memakai pakaian dengan tidak memanjangkan kain tudungnya untuk menutupi dada mereka tetapi dibentuk sedemikian rupa dengan cara dililitkan di leher sehingga terkadang lehernya terbuka tidaak tertutup sempurna atau membiarkan bahagian rambutnnya dilihat.

Kecenderungan para muslimah untuk memakai pakaian menutup aurat kini didukung penuh oleh berbagai jenis model yang banyak terdapat di pasaran sehingga perkembangan model-model busana muslimah semakinrancak . Mereka berlumba-lumba merancang busana muslimah sehingga fungsinya yang asal berubah. Ditambah berbagai aksesori dan hiasan membuat busana muslimah berubah fungsi sebagai perhiasan dan menambah kecantikan wanita sehingga wanita yang memakainya dapat menjadi pusat perhatian.Dan ini ditegah oleh Islam.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w riwayat Muslim : "Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mirip ekor sapi untuk memukuli orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak bonggol unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian." 



awak masih rase lagi ke awak terbaik? lebih mulie dari mereke yang tak berhijab barang kali? tapi mereke yang tak berhijab, yes termasuk saye, berdose kerane meninggalkan satu suruhan nye, tapi yang berhijab, bukan dengan cara dan niat yang sebenar, awak tak rase awak berdose memainkn hukum yang ade? mungkin awak lebih baik berblog, berdakwah dengan berhemah dari memalukan dan membuke aib orang. kerane satu hari, bile awak sibuk buke aib orang, aib awak sendiri akan terbuke.

sorry untuk entry yang agak emosi. oh, saya bukan die hard fan siti nur haliza

kalaupun saya berhijab, entry awak masih tetap keterlaluan.

tahniah Irine utk entry berhijab yang nice, tak offence mane2 pihak, ini contoh entry yang sepatutnye ;)

5 comments:

terokai seni said...

moga kita diberikan hidayah oleh Allah

kalau kita sukakan sesuatu, jangan suka sangat-sangat
kalau kita bencikan sesuatu jangan benci sesangat

takut kelak yang kita suka itu akhirnya mendatang kebencian kepada kita dan begitu le sebaliknya. jadik bersederhanalah dalam semua perkara

The lady said...

aku pun suka baca entry irine tu, cool je takde nak kutuk lelebih pun,,

Gen Fujita said...

Sabar ya. Pada saya, kalau cara nak tegur tu mungkin mengaibkan orang atau berunsur menghina secara direct, tak berapa elok kalau dibuat di ruangan umum di mana semua orang boleh baca. Kalau budi bahasa tak reti nak jaga, elok hantar mesej secara personal, one on one, man to man. Of course, thing like this is subjective. Kadang-kadang tegur cara baik pun ada yang rasa terhina. Tegur cara hina pun ada yang tak terasa langsung. Jadi semua berbalik kepada diri sendiri. The best way is, tak yah la hina-menghina ni, buruk perangai. :)

Queen M said...

whoaaaa ain :))))

Anonymous said...

Hei, aku mencoba ke email Anda berkaitan dengan posting ini tapi aren t mampu menjangkau Anda?. Silakan e-mail saya ketika mendapatkan beberapa saat. Terima kasih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails