tadi ain jalan jalan pegi blog orang, terkejut bile jumpe cite bazar ramadhan jasin diserang ribut taufan. 3 terbunuh. Ya Allah, semoga roh mangsa ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.. terfikir macam mane la kalau depan mate sendiri ain tengok ribut tu, mau agaknye menangis kat situ.. takutt woooo.. kalau tengok video ribut taufan yang melanda bazar ramadhan, jasin ni, memang teruk.. memang ribut yang berskala tinggi ni..
sumber ; utusan
JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.
Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.
Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut.
Sementara itu, seorang pengunjung yang terbunuh ialah Muhamad Wahab, 49, dari Kampung Rim.
Saksi kejadian yang juga peniaga tebu, Izil Mazan, 61, berkata, sebelum kejadian langit gelap dengan disertai hujan renyai-renyai.
"Ketika itu kira-kira 50 peniaga di situ sedang sibuk dengan persiapan untuk memulakan perniagaan.
"Tiba-tiba sahaja kami dilanda ribut sekuat-kuatnya sehingga payung, khemah dan meja diterbangkan angin dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambahnya, dalam keadaan cemas itu, dia sempat melihat sebuah khemah terbang setinggi tiang lampu dah hanya mampu melaungkan Allah berkali-kali.
Menurutnya, ribut yang berlarutan kira-kira tiga minit itu menerbangkan semua peralatan berniaga miliknya dalam sekelip mata.
Anak salah seorang peniaga yang maut, Latip Abdul, 49, berkata, dia mendapat panggilan daripada seorang rakan tentang kejadian itu di tempat bapanya berniaga.
"Saya seperti hendak pengsan apabila diberitahu kejadian ribut itu telah mengorbankan bapa dan terkejut melihat keadaan bazar Ramadan yang seperti dilanda taufan," katanya.
Sementara itu, tinjauan juga mendapati, kawasan bazar Ramadan itu musnah sama sekali dengan pelbagai makanan bertaburan di atas jalan seperti baru dilanda taufan.
Selain itu, pelbagai peralatan niaga seperti, payung, kerusi, meja, periuk, bekas-bekas makanan, wang siling dan wang kertas juga bertaburan.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi hari ini mengesahkan dua kematian manakala 18 lagi cedera dalam kejadian tersebut
ada hikmah Allah turunkan bencana ni, di bulan mulia pulak tu, kite sebagai masyarakat prihatin wajib membantu sedara seagama kita kan .. mungkin Allah nak uji ukhwah kita sesame Islam, mungkin Allah nak sedarkan kite yang lupa kat Dia. yang penting, bulan ramadhan ni kena lah banyak bersabar..
ok, ain nak siap siap, nak pegi kelas jap lagi..
tatataaaaaaa
18 comments:
subbahanallah..
dugaan ALLAH dalam bulan pose..
takziah ke atas keluarga arwah..
semoga rohnya dicucuri rahmat..
amin..
apa nak buat rezeki ada lagi nanti tu
thanks ain =)
if x baca entry nih kiter x tau pon
sgt kesian.. al-fatihah
dulu kita sekolah kat MRSM Jasin.. sedih nya ..
mesti ada hikmahnya .. moga Allah berikan ketabahan dan kesabaran kpd keluarga mangsa2..
MY LATEST ENTRY: Tagged- I am a Muslim!
tak bley layan la pulok
innalillah dan takziah moga dorang redha atas ketentuan Ilahi
takut kn ain....al fatihah buat keluarga mangsa...
dugaan di bulan puasa mmg sgt mnguji iman
masyaAllah
dasat nyeee
kesiannn T____T
Ya..saya setuju ngn Ain..Allah nak uji persaudaraan kita mungkin~
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to read?:) Latest entry,Tajuk :"pesona si Tudung labuh"
fadxieza, mudah mudahan ;)
naz, ;) doakn yg terbaik utk mereke..
faza, alfatihah~
hidayah.. tu la.. sedih kn.. lagi2 bln ramadhan ni..
cemomoi, semoga mereka sentiasa redha..
cikgu padi.. mmg tkt kn.. sedih pun ye jgk ;(
jane, btul tu.. semoga mereka tabah kn..
fateha, -_-.. kesian mereke kn;{
iqbal, semoga kite tak lokek membantu kn...
Post a Comment