cube tengok bola, pastu bile contoh- Negeri Sembilan yang hebat menang, haaaa, ramai ramai ucap tahniah sambil belaja skill yang hebat tu, bukan pi kasi calar balar keta, terbalikkan kete, campak ayaq kumbahan hang sana sini, ape ke jadahnye ini semua?
cehhh, segala lorat ade hari ini, untuk membuktikan satu Malaysia. kehkehkeh.
tapi rasenye doctor dah sahkan, fan Kelatan yang meninggal tu bukan sebab dibelasah tapi sebab sesak nafas. tapi secare logic pun mesti la bile dah gaduh tu la termengah mengah jadi sesak nafas kan.. dah ajal kan, nak buat cm ne.. kalau semua sayangkan diri sendiri, mesti tak jadi cm ni..
ini pengajaran ni, jangan la kasar kasar sangat.. orang lain yang kalah bola, berpeluh peluh dalam padang kejar bola, korang luar padang, berpeluh peluh menumbuk plak.. tak patutt hokehhh..
Mintak maaf tanye, nape fan kelantan macam obses sangat dengan kemenangan bola ni, dan kenape anda semua aggresif sangat? sebab anda aggresif sangat la, ain tak dapat pergi menonton bola secara live masa NS laman Kelantan tempoh hari, kerane bapa bapa risaukan keselamatan anak nye yang comel ini. kahkahkah. haaaaa, ore kelate cube jawab sikit soalan den ni ha.
tapi dengar nye, yang kali ni, Kelantan baik skit, tapi Selangor yang mule dulu.. hepp,Selangor tak baik begitu. berpegang la kepade pepatah buat baik berpada pada. buat jahat jangan sekali
ha ni lagi satu, kan dah jelas dan nyata facebook ni tempat menkantoikan segale bende, apsal la hang boleh plak buat pengakuan jujur kat sini? i dong understeng la. ni memang tunggu mase kene panggil soal siasat la nanti ni. hishhhh,
yang tak bla, pempuan ni komen pastu terus emosi macam nak putus kawan. ehehehhee
si comel yang keliru, ecehhh.
UPDATE : Arwah Che Karma Sulaiman, 39 bukan meninggal akibat bergaduh macam ape yang orang kate, tapi disebabkan sesak nafas. arwah langsung tak terlibat dalam pergaduhan tu. semoga roh arwah ditempatkan bersama orang orang beriman. Al-Fatihah
jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya |
SHAH ALAM 12 Okt. – Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.
Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.“Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.“Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.
“Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,” katanya.Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.
errrr, tau ain lambat update. tapi takpelah, sekadar nak melaporkan di dalam diary internet ku ini, -__- cehhh ayat mengharap-simpati-tak-boleh-bla
No comments:
Post a Comment