tajaan,

DenyutJantung!

Wednesday, September 22, 2010

Mohd Fazli Azri Jamil, Pembunuh kejam Syafiah Humaira Sahari Dihukum Gantung Sampai Mati

senang hati bila mahkamah dah jatuhkan hukuman kepade Mohd Fazli Azri Jamil pembunuh kejam adik Syafiah Humaira Sahari, mahkamah dah jatuhkan hukuman gantung sampai mati. tapi yang pasti hukuman ni pun belum tentu dapat kembalikan kegembiraan kepade keluarge yang kehilangan mangsa..

kepade anda yang panas baran, fikir la sebelum buat sesuatu, jangan pikir ikut sedap hati perut korang aje.. ingat setiap ape yang kau buat tu akan bagi kesan bukan kat kau sorang je, tapi banyak pihak akan terlibat nanti.. agaknye patut tak kita hukum gantung si kejam ( Mohd Fazli Azri Jamil ) di khayalak ramai atau pun kepade umum supaye yang lain tu bile nak buat berpikir sikit.. patut tak agaknye?






rentetan kes Adik Syafiah Humaira Sahari:

Pemandu Teksi Mohd Fazli Azri Jamil, Pembunuh Kejam,

Pemandu Teksi ( Mohd Fazli Azri Jamil ) Tak mengaku bunuh Syafiah Humaira Sahari.





semoge Syafiah Humaira sayang, lebih tenang dan bahagia di sana,
al-fatihah


SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun pada Februari lalu.

Hakim Datuk Moktaruddin Baki, ketika menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Ibu tertuduh yang terlalu sedih dengan keputusan itu terus menerpa ke arah tertuduh selepas mahkamah ditangguhkan dan meraung sebelum pengsan kerana terlalu sedih. Mohd Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira Sahari di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 6.30 petang 25 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.

Syafiah Humaira anak kedua Siti Nurhanim, 25, seorang bekas pelayan kelab malam hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul


8 comments:

AJ said...

buat jahat dibalas jahat..

dijemput join my latest contest,RM1K untuk dimenangi

MOMMY CGG said...

TAKZIAH TUK MAMA MANGSA..DA LA NAMA MAMA MANGSA NURHANIM..SEJIBIK NAMA AKAK..

MMG KEJAM:)
JGN ISAU DIK..KAMI DI PENDAKWAAN AKAN PASTIKAN KES NI JADI IKTIBAR..
PADAN MUKA GANTUNG MANDATORY:)

Hidayah Ismawi said...

Such a waste of human lives.. yg adik tu ..kesian dan sedih sbb meninggal pd umur yg sgt muda.. dan dgn cara yg sgt tak patut..

pembunuhnya pulak akan dihukum gantung.. baru umur 28 ..patut muda camni menyumbang pd masyarakat dan ummah.. ni jadi camni pulak..

harap2 dia menyesal dan taubat nya diterima Allah sblm dia mati ...

MY LATEST ENTRY: Hooray!

AngahSayang2314 said...

al-fatihah moga rohnya dicucuri rahmat aminnnnnnnnn

Nur -al- Ain said...

eyriqazz,, pasti join ;))

Nur -al- Ain said...

cik gula gula, tapi ain bc paper hr ni, mama mangse masih lagi nk selamatkan lelaki ni.. tah pape.. tak paham btul

Nur -al- Ain said...

hidayah, harap2.. tu la untung jugak mati cm ni.. atleast kite tau bile kite mati, sempat bertaubat kan.. tapi mintak dijauhkan mati di tali gantung,..

Nur -al- Ain said...

angah, aminnn~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails