tajaan,

DenyutJantung!

Wednesday, September 1, 2010

Sinopsis, Lirik Ost (Menyesal, Sixth Sense) Asmara, Slot Lestari TV3

halluuuu u olzzz.. heheee.. gedik gile type gini, sambil type sambil geli geli sendiri.. hahaaa.. korang tengok tak cerita baru kat TV3? slot lestary.. berjudul Asmara.. cerita ni gantikan cerita Hotel Mania..fuhh lege cite hotel mania dah abis. hahahaaaa.. tak sesuai la dengan jiwe orang melayu, cite sikit, pastu nyanyi2 ni.. hishh boring je kan.. tapi cerita yang slot samarinda baru ni pun sedap, syurgamu Ramadhan tu.. slot samarinda kan tu? asal tengok je comfirm ain nangis.. hishhh gile sedih.. pastu lagu tu kene je pulak time yang sedih tu.. tabik spring kat elli suriati.. pandai betul dier berlakon ;)

cite Asmara ni macam best.. jap jap Ain g google sinopsis, copy paste untuk korang er.. heheee ;)

Sinopsis ASMARA di Slot Lestary TV3

Asmara mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.


Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).


Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.

Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawa. Zaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan.

Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak. Zaliya terpaksa menangguhkan pembelajarannya di kolej kerana kandungannya semakin membesar. Sahlan bimbang jika rakan-rakan perniagaan akan mengetahui tentang Zaliya telah mengurung Zaliya di rumah. Walaupun tidak mencintai Zaliya, Asmara telah bertindak untuk melindunginya dan berpindah keluar daripada rumah Sahlan.

Asmara telah memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan berusaha untuk menjaga keperluan harian Zaliya yang sedang sarat mengandung. Zaliya mula berbaik-baik dengan Asmara dan jarang sekali bergaduh dengannya kerana Zaliya banyak bergantung kepada Asmara.

Raziq pula berasa tidak puas hati kerana Zaliya tidak mengugurkan anaknya dan telah merancang sesuatu. Adakah bunga-bunga cinta akan mekar di hati Asmara dan Zaliya? Bagaimana pula dengan nasib Melati?


cehhhh.. kalau sinopsis, last last ayat mesti nak suspen je kan.. haha.. bikin tertanye tanye la konon..

info pasal cerita Asmara ni,

Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem. Asmara akan menggandingkan bintang baru, Shaz Jazle sebagai Asmara dan Faezah Elai sebagai Zaliya selain daripada pelakon-pelakon yang tidak asing lagi, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi.


ni pulak promo cerita ni, macam best kan.. heheeee


disebabkan hari ni Ain macam baik hati, disertakan sekali Ost Asmara ni, nyanyian sixth sense. tajuk lagu ni Menyesal.

Lirik Lagu Menyesal – Sixth Sense

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku
Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku


bestkan lirik last tu,

kalau suke cakap suke,

kalau benci cakap benci.

kan senang ;)

ok dah, ain nak layan DVD ni. choowwww.. lupe nak wish, Selamat Hari Kebangsaan ;)

ohh, Selamat Bertemu LailatulQadar ;)

3 comments:

AngahSayang2314 said...

salam

angah datang sini tapi tak bole follow uuu kenapa???

kalau senang jom singgah2 ke blog angah kita tukar2 link

Myvitrd said...

Free download sini

http://agakarebatu.blogspot.com/2010/09/asmara-di-slot-lestari-tv3-free.html

Black Dahliar said...

Salam, Hello dear..

just nak share je.. cter nie pada mula nya nampak mcm x besh jek.. tapi bile dah tengok..rase mcm geram plak dengan watak² yang dimaenkan...dah la seminggu sekali..kalau miss..memang keciwa lah..ehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails