tajaan,

DenyutJantung!

Wednesday, August 4, 2010

Jangan Melulu Buat Andaian Buruk Mengenai Kes Kematian Datuk Abdul Aziz Mohd Noh Dan Bekas Pembantu Peribadi (Siti Rohana Ismat

hari ni gempar kan pasal kes kematian Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan Bekas Pembantu Peribadi Arwah, Siti Rohana Ismat. memang gempar sebab kes ini lain dari yang lain, bukan kes langgar lari, eksiden atau yang biasa biasa dengar, tapi macam kes pelik tapi benar.

tapi kite patut la jaga sensitiviti beberapa pihak, macam keluarga mangsa, rakan rakan mereke, tak patut kita buat andaian yang bukan bukan, biar la polis jalankan kerja mereka,

kita sama sama la sedekahkan Al-Fatihah buat kedua jenazah.

nasib kita, kita tak tau lagi kan. ini bahagian mereka, entah bahagian kita lagi pilu, mintak dijauhkan..







  POLIS memeriksa kereta  dinaiki Abdul  Aziz  selepas terbabas di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran  Sungai Buloh, semalam.

sumber : berita harian online,

TANJONG KARANG: Ibu Siti Rohana Ismat yang ditemui mati dalam keretanya bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh semalam, berkata beliau menjadi lemah dan tidak bermaya sejurus mengetahui kejadian itu pada tengah hari semalam. TANJONG KARANG: Ibu Siti Rohana Ismat yang ditemui mati dalam keretanya bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh semalam, berkata beliau menjadi lemah dan tidak bermaya sejurus mengetahui kejadian itu pada tengah hari semalam.

“Sebelum ini biasa saja, tidak ada perubahan. Pagi tadi (semalam) dia keluar untuk ke program UMNO dan memakai baju kurung seragam UMNO. Dia keluar rumah jam 8.30 pagi. Jam 9 pagi, kali terakhir menelefon saya untuk minta saya ke rumahnya kerana penggera yang berbunyi dan saya dapati pembantu rumahnya masih ada di rumah itu,” katanya.

Siti Badariah berkata, mereka tinggal berasingan tetapi sering menemankan Siti Rohana, 43, dan tiga anaknya, seorang lelaki dan dua perempuan di rumah mangsa yang terletak selang dua rumah dari rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang, berdekatan Masjid Baru Kampung Sungai Gulang-Gulang.

Ditanya mengenai hubungan Siti Rohana dengan Abdul Aziz, beliau hanya memaklumkan anak perempuannya itu menjadi pegawai khas kepada bekas ADUN itu tetapi enggan mengulas lanjut. Difahamkan, Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, menjadi pegawai khas Abdul Aziz sejak bekas ADUN itu masih berkhidmat.

Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, Habibah Yusof terkejut dengan kejadian itu kerana sepatutnya beliau berjumpa dengan mangsa petang semalam untuk menghadiri program anjuran UMNO bahagian itu di hotel de Palma Kuala Selangor yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
"Minggu lalu saya berjumpanya dan beliau diam saja. Beliau ucapkan terima kasih kepada semua, sedangkan kebiasaan beliau banyak cakap. Sepanjang mengenalinya, beliau tidak mempunyai musuh, mudah mesra, peramah dan sangat komited serta menjadi orang kuat Wanita Umno di sini," katanya.

Noh yang ditemui pada Majlis Sambutan Hari Guru di Hotel de Palma Kuala Selangor, mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa.

Sementara itu, Abdul Aziz sepatutnya berkumpul bersama tiga beradiknya untuk makan bersama malam tadi yang menjadi amalan mereka setiap tahun seminggu sebelum Ramadan.

Adik perempuannya, Rasiah Mohd Noor, 63, berkata beliau bersama abang dan adik lelakinya tiba di Kuala Lumpur pagi kelmarin untuk berkumpul dan makan bersama dengan Allahyarham seperti selalu.

“Kami empat beradik setiap tahun berkumpul seminggu sebelum menyambut Ramadan dan memanfaatkan masa dengan makan bersama-sama kerana masing-masing terikat dengan kerjaya. Sebaik tiba pagi semalam (kelmarin), saya tinggal di rumah anak dan tidak berjumpa Allahyarham kerana kesibukan bekerja dan berjanji berkumpul malam ini (semalam).

“Namun, hajat itu tidak kesampaian apabila kami dimaklumkan Allahyarham terbabit dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Rasiah berkata, walaupun terkejut dengan berita itu, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan Allahyarham buat selama-lamanya.

Bekas suami Siti Rohana, Abdul Aziz Hamim, 43, ketika ditemui berkata beliau berpisah dengan isterinya sejak empat tahun lalu dan mempunyai tiga cahaya mata, iaitu Izati Natasha, 19, seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM); Iliani Nazira, 14; dan Mohd Izat Emir, 9, yang semuanya tinggal bersama ibu mereka.

Abdul Aziz turut memaklumkan tidak mengetahui hubungan bekas isterinya dengan Abdul Aziz kerana sudah lama terputus hubungan dan meminta media mendapat pengesahan daripada pihak lain.

4 comments:

My Airul... said...
This comment has been removed by the author.
My Airul... said...

sape yg mati? rohana ismat atau ibu die? ape yg pelik?

Gee_poziah said...

sengal tol..takkan tak baca paper kot the godfather..hehehee..saya anak jati tg karang..betul,jangan melulu buat andaian..kalau salah,dah jadi fitnah..

My Airul... said...

ayat tu kasi baik skit la fauziah M.N.. org xbc bharian.. tu nk tny sp yg mati? sp yg salah tulis..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails