tajaan,

DenyutJantung!

Sunday, August 22, 2010

Bapak, Abang Haruan Tak Berotak Rogol Anak, Adik Sendiri!

agak nye la, selain penjara 60 tahun, ape hukuman lain yang lagi bagus kite buat kat bapak durjana ni? sanggup rogol anak sendiri, ANAK SENDIRI! anak anak lelaki dier pun macam setan, sanggup rogol ADIK SENDIRI! agaknye ape yang sedap tengok darah daging sendiri tersekse er? mungkin mereke ni patut kite potong keris dalam seluar yang jadi kebanggaan sangat tu, pastu letak depan mate diorang, bagi berulat dimakan semut. agaknye semut pun geli nak makan!! ni la masalahnye kalau otak letak dekat lutut, sampai adik,anak sendiri pun tak kenal.. memang %(*@(_(@Y$_ punye orang!

MUSA  (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar   Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan,  semalam.
apsal tutup muka?
hang tak bangga ka rogol anak sendiri??
bukan ramai kat Malaysia,bapak tak berapa waras macam hang,
hang patut bangga dengan prestasi hang tu!
diwarisi pulak oleh anak hang.. hang memang bapa tauladan.
bapak haruan yang berjaya.
-___-

laporan penuh, berita harian online.

Bapa rogol anak kena 60 tahun
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

Dua anak lelaki turut dipenjara 36 tahun, 24 sebatan

KUCHING: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan pertama yang didakwa dilakukan pada Disember 2006 ketika mangsa berusia 16 tahun, di kawasan semak berdekatan Padang Golf Petra Jaya.

“Bagi kesalahan kedua, ketiga dan keempat yang berlaku di Pejabat Tanah dan Survei, Jalan Pending; sebuah rumah di Bandar Baru Semariang dan di persimpangan lampu isyarat Semerah Padi antara Januari dan Disember 2007, hukuman penjara 20 tahun akan berjalan serentak sebaik tempoh hukuman pertama selesai.

“Bagi kesalahan kelima iaitu merogol mangsa di atas motosikal berdekatan Padang Golf Petra Jaya, pada November 2008, tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun bermula selepas tempoh hukuman 40 tahun bagi kesalahan pertama hingga keempat selesai,” katanya.

Amelati berkata, tertuduh kedua, 24 tahun dan tertuduh ketiga, 22, yang juga abang kepada mangsa turut didapati bersalah, masing-masing di atas dua pertuduhan merogol dan sumbang mahram.
Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.

“Hukuman dijatuhkan selepas mengira kepentingan awam dan teladan kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang insan kurang upaya,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohd Fairus Masri, yang mewakili semua tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun yang lemas, tahun lalu selain terpaksa berhadapan pandangan negatif masyarakat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Stella Augutine Deruce, menyifatkan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh adalah sangat serius dan mereka wajar dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.



Bapa yang lain, yang sedang membaca, ingat la ye, anak tu amanah Allah untuk kalian jaga, untuk kalian beri perlindungan, bukan tempat nak dilepaskan hawa nafsu...



10 comments:

Cikgu Aini said...

memang crazy org mcm ni..

++tHe LoLLynIE++ said...

eiiiii~~
bodohnyew diorg nie...
xde akal ke ape!!!!

ape nk jd laa dgn org zaman skrg..
darah daging sendiri pownn jd laa..

Hidayah Ismawi said...

tak percaya ada org2 se-keji ini..dah lah budak tu OKU ..

Dear Jim said...

nak penjara lama2 buat apa...buang duit kerajaan tanggung org yang berdosa...hukuman mandatori tembak sampai mati dikepala patut dilakukan seperti dinegara2 arab.. mati kambus terus tak payah nak kerajaan nak tanggung makan minum PEROGOL...patutnya diorg nie kena dibuat tatu kat dahi tue "PEROGOL CLASS 1" biar malu nak kemana2..senang dari jauh org dah tak nak melintas depan diorg.Sesungguhnya hukum huduh shj penawarnya.

res ipsa liquitor said...

terul tol kan..pastu mula la nk tutup muka..ms wt jahat xde plak nk ingt pasni muka nk kn masuk dlm paper

Nur -al- Ain said...

puteri.. crazy pig ni.. hehee

Nur -al- Ain said...

lollynie, mmg tak berakal la tu gini.. sanggup kan.. ishh tak patut la

Nur -al- Ain said...

hidayah, skang kene percaye.. huuuu..

Nur -al- Ain said...

miss fairladyjim, betul gk tu kn.. buat ape penjare diorg ni lame2. nka abiskan duit kerajjan tanggung diorg kan.. duit kerajaan duit kite gak la kan. ishhhh, patut terime la cadangan awak tu ;)

Nur -al- Ain said...

liquitor.. tau tak pe.. baru terhegeh hegeh nak malu..poodahhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails