tajaan,

DenyutJantung!

Saturday, August 7, 2010

Alfatihah untuk arwah Mohamad Rasheedy Rosli.


tadi bergegas balik, bila dapat call ada sedara meninggal dunia.
kemalangan jalan raya. muda lagi, 23 tahun, baru minggu lepas jumpa arwah.
tak sangke pulak tu kali terakhir jumpa arwah..
tak sempat arwah sambut ramadhan kali ni, kita pun belum tau lagi kan sempat ke tak..
mintak mintak sempat la kan, tak cukup lagi pahala nak cover segala dosa dosa yang dah dibuat.
untung arwah meninggal pada hari jumaat, penghulu segala hari kan,

Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:

Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.

(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).

semoga arwah Mohamad Rasheedy Rosli ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman, kepada pihak keluarga, semoga bersabar, Allah lebih sayangkan arwah.


ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohamad Rasheedy Rosli, 23 (gambar kecil), yang maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Wira dipandunya merempuh penghadang jalan di KM262.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berdekatan Tol Labu, Seremban, hari ini. - Foto Owee Ah Chun




keadaan kereta arwah,

" KEADAAN kereta Mohamad Rasheedy Rosli, 23, yang maut selepas terbabas sebelum merempuh besi pembahagi jalan di Kilometer 262.3 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Seremban, Negeri Sembilan. 6 Ogos 2010. - Utusan/ABD. RAZAK AID

Kepada yang memandu, tolong la jangan memandu terlalu perlahan, kerana anda akan buat orang laju untuk memotong anda tak pun akan buat orang di belakang anda mengantuk. kelajuan 40 km/j adalah tidak relevant untuk jalan lurus.oh, lagi satu, tolong jangan suka suka hati keluar simpang okk.. yang memandu laju, ingat la orang yang anda sayang,menanti di rumah. err, mungkin patut buat entry berasingan pasal yang ditakuti di jalan raya.. ;(

Kepada Mohd Fairul, ancaman keras untuk anda kalau memandu laju lepas ni!

10 comments:

Helmet Putih said...

Alfatihah...moga rohnya dicucuri rahmat....

KE said...

Al-Fatihah..

teruk juga kereta arwah. semoga rohnya di tempatkan dikalangan orang yang beriman

Cikgu Dahlia said...

alfatihah..
dan takziah utk keluarga

My Airul... said...

anda juga seorang pemandu yang laju sbnrnya..

NAZ said...

teruk gaya nya tu. al fatiha:)

cik panadol said...

al-fatihah...
takziah untuk keluarga arwah..

Hidayah Ismawi said...

Al-Fatihah. Hope Allah will give you and his family the strength to face this news.

Chilabaey's Spot 2 said...

Al fatihah buat arwah, moga diletakkan dikalangan orang2 yang beriman... :(

Chilabaey's Spot 2 said...

Cik Ain, ada entry untuk awak... ;p

azlina aziz said...

Al-Fatihah buat arwah.

Tengok keadaan kereta,...macam mana la saat2 arwah tu meninggal. Uhuh, nauzubillah, minta dijauhkan.

P/S: Ain, amaran keras pon, susah dorang nak dengar nih. Membebel2 pasal kena saman pon macam masuk telinga kanan, keluar telinga kiri ni. Huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails