tajaan,

DenyutJantung!

Sunday, August 15, 2010

[GAMBAR] Amukan Sahur! - Suami Sakit Mental Tetak Isteri Sampai Mati, Anak Cedera

salam semuanya, gigih wooo update hari ahad.. tghhari plak tu.. ni pun sebab baru berkesempatan bace paper, MasyaAllah, terkejut bace paper hari ni - Amukan Sahur! pasal seorang suami yang ade masalah mental, tetak isteri sampai mati, pastu cederakan anak sendiri! Takut bile tengok muke depan paper tadi, berlumuran darah anak arwah. kesian kan, bulan Ramadhan, syaitan dan kene ikat, tapi manusia gagal jugak lawan nafsu ;'(


sumber : utusan
ANGGOTA polis mengangkat Najihah Natri yang cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan setelah ditetak bapanya di Taman Mawar, Langkap, Teluk Intan, semalam. – MINGGUAN / AINSAFRE BIDIN

Laporan Akhbar Hari Ini ;

TELUK INTAN 14 Ogos – Ketika umat Islam menikmati juadah sahur awal pagi ini, seorang lelaki dari sini yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, telah mengamuk lalu menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.

Dalam kejadian pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat sini, lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.

Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.

Lebih memilukan, kejadian berlaku di depan mata kedua-dua anak perempuan pasangan tersebut.

Bagaimanapun, lelaki terbabit akhirnya mati ditembak oleh pasukan polis pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini selepas dia enggan menyerah diri sebaliknya menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, isteri lelaki itu, Khairul Bariah Mohd. Ariffin, 36, seorang pekerja kilang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan.

“Salah seorang anak mereka, Najihah, 13, cedera di bahagian badan selain putus dua jari tangan.

“Seorang lagi anak mereka, Nazuwa, 10, terselamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


mintak mintak la dijauhkan dari perkara ngeri macam ni, semoga anak mangsa tabah, kesian mereke kesti trauma kan,

tadi hasil perbincangan dengan kawan ain, kitorang setuju nak tanye bakal suami adakah bakal suami ;
a) mempunyai sakit mental,
b)sawan babi
c)aids/hiv
d)kesemua diatas

ini serius ni, bukan gurauan ooo..kita sebagai isteri patut ada hak nak tau semua ni, supaya boleh ambil langkah berjaga jaga. bukanlah terus reject mereke ni, maybe sembuhkan penyakit dulu kan. at least boleh ambil langkah keselamatan. kan mencegah lebih baik dari mengubati,.

sekarang dah sudah bace, jom derma fatihah kepada mangsa. semoga mereke turut ditempatkan di kalangan orang beriman..

Al-Fatihah.

credit kepada ; utusan





10 comments:

Secret Drifter said...

add satu lagi dlm list awk iaitu,

suami kerja apa?? rezeki dia halal atau haram.

walaupun sikit tapi halal

zaman sekarang ni kan byk case bunuh, rogol n anak kurang ajar sbb parents mereka bagi suap anak dgn rezeki haram.. itu la zaman sekarang, nak rezeki yg haram je sbb lumayan dari yg halal

bila benda haram masuk dlm badan, faham2 la..

Zida said...

ya ALLAH gila btol..

My Airul... said...

kot mcmtu kne gk tny isteri soalan yang same.. xkn sebelah pihak je.. kot suami ok, isteri plak x ok payah gk tu..

'Cikgu Padi' said...

betol2....ini dinamakan ketentuan takdir....

Nur -al- Ain said...

secret drifter, heheee.. betul gk tu kn ;) ok2 akan turut termasuk dlm list..

Nur -al- Ain said...

zida, memang sah gila.. ngeeeee

Nur -al- Ain said...

godfather.. iyo la.. betul la tu ;p errr,, syukur saye tiada dalam senarai itu.. ;)

Nur -al- Ain said...

cikgu padi.. takdir sudah menentukan..

zulkbo said...

salam bertandang sini
moga di berkati Allah
orang di sana dalam
menjalani ibadah di bulan
Ramadhan Al-mubarak..
+++++++++++++

simpati buat keluarga simati..
apakan daya dugaan Allah di bulan
Ramdahan ini..Al-Fatihah

NAZ said...

i baca tadi pun sayu lihat gambar nya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails