tajaan,

DenyutJantung!

Monday, April 12, 2010

kahwin dengan perempuan negeri sembilan nanti bercerai keluar sehelai sepinggan? adat perpatih menakutkan. mari kita singkap kebenaran nya..

memandangkan Negeri Sembilan menang bola maka hari ini saya terpanggil untuk membincangkan isu adat perpatih yang dulunye diamalkan di negeri tanah tumpah saya ini. ha, apa? tiada kene mengene dengan kemenangan tersebut? oh, memanglah.. itu sekadar untuk ingatan. HAHAHA. sabar sabar, jangan [pangkah] saya dulu, awak kene baca ni, sebab ni penting untuk pemafahaman awak tentang wanita Negeri Sembilan. chewahhhhh.

jom kita lihat apa itu adat perpatih.

N.Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem adat perpatih atau dikenali juga sebagai sistem matrilineal, di mana keturunan seseorang itu disusurgalurkan mengikut sebelah ibu(nisab ibu). Adat perpatih dapat dianggap sebagai satu kawalan sosial dan merupakan satu sistem kekerabatan yang amat liberal dan menyeluruh. Justeru itu, terdapat beberapa konsep dalam adat ini yang menunjukkan hubungan kekrabatan seperti jurai, perut, suku dan sebagainya.

macam saya, saya dari suku Biduanda ;)), suku yang boleh menjadi Waris.eh eh,bukan Liyana Waris, itu housemate saya, dan dier keturunan JAWA? hihi..

Dalam sistem adat perpatih penduduk-penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang paling asas ialh kumpulan yang dinamakan PERUT.Anggota kumpulan ini terdiri dari keturunan nenek yang satu. Ketua perut ialah seorang lelaki yang dinamakan ibu bapa.Kumpulan yang besar daripada perut dinamakan suku iaitu terdiri daripada perut-perut yang ada tali persaudaraannya. Kedudukan suku adalah di bawah lembaga yang dipilih daripada ahli perut. Pemilihannya adalah mengikut giliran yang telah ditentukan. Di atas lembaga ialah undang, dipanggil Datuk Undang.

Datuk Undang ni kire terror la di Negeri Sembilan. contoh macam kalau ade kenduri kawin pastu jemput undang, memang lain la layanan untuk diorang ni. pinggan lain, kerusi lain, kene baca baca apa tah lagi, memang tinggi darjat Undang. tu pasal pernah ade sengkete nak jadi Undang ni.

Keturunan dalam adat perpatih adalah menerusi pihak perempuan.Menurut adat seseorang anak adalah masuk pihak ibunya dan dia dianggap tidak ada pertalian dengan suku bapanya. Adat ini amat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat yang berkenaan. Menurut hukum syarak seseorang itu boleh berkahwin dengan anak perempuan kakak atau adik ibunya. Tetapi perkahwinan semacam ini adalah dianggap sumbang pada sisi adat perpatih. Bagi mereka,anggota-anggota dalam satu suku semuanya dikira sangat rapat persaudaraannya iaitu disifatkan sebagai suatu keluarga besar. Sehubungan dengan ini masyarakat adat perpatih di anak lebih rapat lagi perhubungannya dengan bapa saudara sebelah ibu daripada bapa saudara sebelah bapanya.

tengok, simple je kan. ape yang kau takutkan sangat. come on man.

HAHA ;)

jom tengok prinsip nye pulak ;

adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
  1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
  2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
  3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
  4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
  5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.
ok, tak payah tanya apa yang tak paham tu sebab itu rahsia. haha, eh tak lah, sebenarnya masih belum kaji mendalam, eh, makan masa ni, ish, tak sempat.

ala, lagi pun yang di takutkan prinsip ke 3 kan?

jom kita dalami lagi prinsip ini, (prinsip ke-3)

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

ha, tengok. inilah yang sebenarnya. sekarang cakap dengan saya, kenape nak takut kawin dengan perempuan dari Negeri Sembilan. oh, damn. sangat bias. sakit tau bila lagi sehari dua nak bertunang, dibatalkan dengan alasan gadis dari Negeri Sembilan. come on la. hina sangat ke?
cun ape. HAHA ;)

tapi jika dilihat adat itu, memang logik. cuba tengok, kalau kita aplikasikan adat ni, takkan ada pelacur yang patut come out dengan alasan " saya dah tak tau ape saya boleh buat, ni je saya mampu (melacur)". see, kalau u follow the real adat perpatih, u still got bendang or dusun or whatsoever kan. itulah main point dier, bukan macam yang sesetengah orang kate, bila bercerai, keluar tinggalkan rumah sehelai sepinggan. oh, maybe it happen long time a go, but today, memang rarely la dengar pasal bende ni. and my family sendiri memang tak aplikasi kan pun adat ni. dan rasanya, memang adat ni semakin tidak dapat sambutan, eh tadi kt PC Fair, MITC Malacca, ramai gila orang kat sana, dapat sambutan meriah. Ha, ok lari tajuk jap, kalau tak lari nanti terlupa la. belog ini kan tempat saya rekodkan aktiviti hidup saya juga.

ok, sambung, makanya, adalah tidak relevent la nakmenghakimi seseorang itu, perempuan terutamanye, berdasarkan negeri kelahiran. their action may influence by the environment, but not 100%, right?

berdasarkan kisah benar yang sepupu saya sendiri hadapi,

sepupu saya berkenalan dengan seorang jejake dan menyulam cinta bertahun lamanye. 6 tahun lebih kurang, dalam tempoh tu, sepupu saya ade ke rumah untuk jumpa mak si lelaki, si lelaki kalau tak silap orang Kedah, keluarga lelaki sambut baik, takde tande tande benci.tapi bile cinta semakin dalam,bila si lelaki minta keluarga hantar rombongan meminang, his mum said " no" why? " She's from Negeri Sembilan." hanya itu saja alasan. patut ke?

ok, rasanya dah panjang entry ni sebab perut saya yang tadi kenyang pun dah lapa.

bye bye semua.

notabawahentry :jom kawin dengan orang Nogori, nanti lahirkan anak di Hosp Negeri Sembilan, maka anak akan berbangga bila Bola Negeri Sembilan menang.

HAHA ;) ok, dah boleh tekan [pangkah]. itupun lepas dah click nuffnang!

ok tak entry ni En Rashid? anda semakin jelas tak? * cikgu minta saya terangkan, nah berjelar penerangan. boleh dapat A dalam essay ni ;)

nak buat mata comel macam Toyo , @@,

ok , byeeeeee yang terakhir.

credit to, wikipedia dan http://www.jejakkeluarga.dkays.com



43 comments:

NAZ said...

yeah kebanyakan ramai orang2 tua takut anak mereka kahwin adat pepatih apa kes kan?

Nur -al- Ain said...

naz, btul ape kes kan. grow up ok. huhuhuhuhuh

'Cikgu Padi' said...

emmm....jika dilihat dengan mata kepala mmg ia menakutkan ...namun jika dilihat dengan mata hati ia adalah logik untuk difikirkan...namun kini adat ini tidak la telalu kuat diamalkan...bukan ingin menafikan adat namun tuntutan kemanusiaan dan hati perut mampu memacu akal fikiran...hehehehe

Unknown said...

mata cute ehh..hehehe..

nk komen sket ttg adat pepatih..

well ada pro dan kontra nya..melindungi kaum wanita dari teraniaya..tp kdg2 menganiaya kaum laki gak..byk cite hapen gak dlm famili aku sebab aku pun asal-usul org nogori..

walaubagaimanapun, adat itu tetap perlu dipelihara sebab itu jd jatiditi sesuatu kaum..cuma jgn terlalu ikut2 smpi keterlaluan smpi menyusahkan semua..

@@,..panjang bebel aku ehh..hehehe

Nur -al- Ain said...

cikgu padi,
yes, logik kan tu.. bukan memacu akalfikiran je, malah pacu pacuan 4 roda ;))

Nur -al- Ain said...

yes toyo, anda di lorong yang benar. tahniah2 ;;))

Rashid said...

salam

ermmm.. panjang lebar penerangan yang diberi.. Terima kasih ain. Bukan apa saya ni saja nak tau dari orang nogori sendiri.. Perkembangan semasa dan terkini tentang adat tu. Selama ini asyik dengar suara.. baca buku je... hehe


Yup! orang nogori memang cantik apa. hehe. so.. jom kita cari orang nogori..

Dulu masa saya kat sabah, pernah dengar cerita. Nak kawen dengan orang kadazan bukan mudah. Hantaran kawen bukan main banyak lagi. Siap kena bilang tiang rumah. Kalau tiang rumah orang pompuan tu ada 30 batang.. alamak RM30,000.00 ribu le wang hantarannya. Tapi itu dulu punya kisah. Sekarang dah takde lagi amalan tu.


p/s- sedang bayangkan ain buat mata comel.. TOYO.. haha!! dan.. sayapun cuba buat mata comel jua.. tapi masih nampak tenang..damai.. ishh susah rupanya buat mata comel toyo.. ain tentu pakar ni..

Nur -al- Ain said...

cikgu rashid,
yes, pasal tiang di Sabah tu pernah dengar jugak.mesti yang tinggal di umah byk tiang jadi andary kan. HAHA.

mate tu si TOYO je reti buat..
haha.

mata SHErk dier kate..

Luffy said...

ko offer satu awek negeri sembilan blh???

sekamrrindu said...

salam.....moga apa yg dijelaskan memberi gambaran betul..


terima kasih atas entri ini..

mohon izin follow..

Anonymous said...

rashidah nie kalo baco, msti banggo..

Nur -al- Ain said...

luffy,
ok, tinggalkan butiran bersama duit muka. hehe ;)

Nur -al- Ain said...

sekamrindu,

betul2. ambil dari sumber yang boleh dipercayai... sila la follow, tiada bantahan atau paksaan ;))

Nur -al- Ain said...

anon,

rashidah mano lak?

Rashid said...

alaaa ainpun boleh buat muka comel toyo tuu.. kan kan ain..

Jgn lupa, send kat saya satu k.. nak buat kenangan ain buat mata comel toyo .. haha!!

anak nogori said...

part yang kalo kawen ngn pompuan n9 nanti cerai laki balik sehelai sepinggang tu pada pandangan saye sbbnye mase diorg masih laki-bini, laki tu xde harte sendiri.die duk tanah, umah pusaka bini die je.so logik la kalo lepas cerai die balik sehelai sepinggang kan?

Good entry. semoga sume org jelas. thanks!

Nur -al- Ain said...

Orang nogori, maybe gk tu.. Ade kemungkinan jugak ;) takde org yg suke susahkn org lain kn, dlm drama je kot? Hehe

Thanks ;) idup nogorii

Anonymous said...

rashidah omak ko yg aja sejarah tuuhh..hhahaha

Kensi Ell Byle said...

elok bonar entri ni ditulih. den pon suku biduando jugak ha...=)

Nur -al- Ain said...

@K.O.A.L.A

samo la kito.. tah2 sedaro.. hahaa

Anonymous said...

slgi ia xmlanggar hukum syarak itu ok..tp hukum Allah lebih sempurna berbanding hukum manusia..jd ikut lah kalam Allah untuk dijadikan rujukan..samada hak suami atau isteri,dari adat prkhwainan sampailah pmbahagian harta smua..smuanya sudah tertulis sejak azali lg,xperlulah kita mngubhnya..

Anonymous said...

I've read a few just right stuff here. Certainly worth bookmarking for revisiting. I surprise how much effort you put to make this sort of excellent informative site.
Here is my web-site :: download slots

Unknown said...

bagus jugak hidup ber adat ni tapi kat kampung saya naning dah tak berapa ikut adat pepatih ni ...

Unknown said...

bagus jugak ikut adat ni lebih berdisplin dan bersatu padu dalam satu kampung tapi kampung saya di naning dah tak berapa ikut adat pepatih ni ..

Anonymous said...

This article is genuinely a pleasant one it assists new the web users, who are wishing in favor of blogging.
My weblog :: the best affiliate programs

Anonymous said...

Thank you, I have just been looking for info approximately this subject for ages and yours is the best I
have discovered so far. However, what concerning the
bottom line? Are you positive about the source?
Feel free to surf my web site :: real money slots online

Anonymous said...

It's wonderful that you are getting ideas from this piece of writing as well as from our dialogue made at this time.
My web site :: play online slots real money

Unknown said...

Kenapa la tak faham2 lagi... sape pulak yg mengubahnyer.. lelaki n.sembilan kalau dah ada harta.. akan ikut faraid jugak.. langgar jugak ke hukum syarak tu? Tak kan? Harta sepencarian pun kalau perempuan n.sembilan... ikut faraid jugak.. tak faham ke taknak faham...?

Anonymous said...

I'm gone to say to my little brother, that he should also go to see this web site on regular basis to get updated from most recent reports.

Also visit my web blog; 73656

Anonymous said...

My brother suggested I might like this blog. He was entirely right.
This publish truly made my day. You cann't imagine simply how so much time I had spent for this info! Thanks!

Review my website: http://Members.f7social.com/groups/cash-for-gold-market-continually-growing-as-a-consequence-of-high-marketplace-prices

Anonymous said...

It's wonderful that you are getting thoughts from this article as well as from our argument made at this time.

Feel free to surf to my web page 96996

Anonymous said...

At this time I am ready to do my breakfast, later than having
my breakfast coming yet again to read more news.


Feel free to surf to my weblog: playing slots online

Anonymous said...

Hello theге, You've done an incredible job. I'll
definitely digg it anԁ ρersonally
suggest to my friends. Ι'm sure they will be benefited from this web site.

my webpage: payday loans no credit check
my web page - payday loans no credit check

Anonymous said...

Aω, this was an exceptionallу nice ρost.
Τakіng the timе and actual effort to produce a verу gοod article… but what can I saу…
I put things off a lοt аnd don't seem to get nearly anything done.

Also visit my weblog :: small loans

Anonymous said...

It's remarkable for me to have a web site, which is good in favor of my knowledge. thanks admin

my web-site; Property for Sale

Anonymous said...

Ӏnѕρiring stoгy theгe.
What occurred after? Taκe сarе!



Feel fгee to vіsit my web-site :: payday loan

Anonymous said...

http://hermessale.finniwolf.com Nozykze http://hermeshandbags.finniwolf.com hermes bags outlet hermes handbags outlet He doesn't have a intends to join forces considering Fran Bettencourt-Meyers, bear in mind. circumstance you habitually address force urges before eliminating alongside children discourage in chocolate bar, happy about the breakup the following response and then try to change it. anticipate you love it a sporting goods football team article along with flickr.

Anonymous said...

I'm not sure exactly why but this site is loading incredibly slow for me. Is anyone else having this issue or is it a problem on my end? I'll cheсk bacκ lateг on anԁ seе if thе ргoblеm stіll exists.


Reѵieω my wеb-site - Free Bonus Casino Games

Anonymous said...

Mу coder is trуing to persuade mе tо move tο .
nеt from PHΡ. I havе аlways diѕlikеd
thе idea becausе оf the ехpenses.
But hе's tryiong none the less. I've been usіng WorԁΡгess on numеrous ωebsіtes foг аbout a yеar аnd am nervouѕ about switching to аnother platform.

I havе hearԁ fаntastic things about blogengine.

net. Ιѕ thеrе a ωаy I can іmρoгt all my wordpгess cоntent into it?
Any hеlp wοulԁ be rеаllу appгeciateԁ!


Сheck оut my hοmepagе http://casinobonuscoupon.org/

Anonymous said...

Awesоme aгtіcle.

my web-ѕitе: Casino Slots Free

Tanya Khidir said...

Bukan sekadar nasab ibu tuan-tuan dan puan-puan...MATRILINEAL bermaksud BAIT...dalam konteks Rasulallah SAW ianya lebih dari maana AHLI RUMAH secara zahirnya...ianya adalah RUMAH MENYIMPAN SOLBI secara rohaniahnya...yaitu NASAB KETURUNAN...NASAB IBU...dari Isteri-Isteri, Puteri-Puteri, Cucunda-Cucunda Perempuan Rasulallah SAW, Cicit-Cicit Perempuan dan seterusnya. BANI atau PATRILINEAL hanya sekadar salasilah keluarga atau NASAB BAPA nasab tahap keempat selepas IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU...sekadar ibni/bin/binti yang lansung tidak membawa apa-apa faedah bagi Rasulallah SAW yang tidak mempunyai zuriat keluarga memandang ketiga-tiga putera baginda wafat diwaktu kecil. Nasab bapa atau nasab sekadar menabur benih juga tak berguna langsung buat Nabi Isa AS, Nabi Allah adam dan Siti Hawa...yang secara nyatanya tidak berbapa. Setiap yang lahir di dunia ini pasti beribu termasuk unggas dan serangga seoerti anai-anai, lebah, semut dan sebagainya. Sandaran manusia...syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Nasab ibu dibawa kemati sepertimana apabila dibacakan talkin pada simati akan disebutkan simati bin/binti IBU simati. Begitu juga jika diukur pada hadis yang menyebut 1 anak perempuan itu bagus, 2 lagi bagus dan 3 ke atas lebih bagus. Surah An Nisa' adalah surah perempuan dan bukan laki-laki. Putera yang lahir dari Nasb Ibu itu dipanggil PUTERA AHLUL-BAIT atau ANAK MUKJIZAT. Taraf anak mukjizat akan terputus dengan sendiri pada generasi berikutnya kecuali beristerikan Ahlul-Bait. Muhammad ibni Abdullah atau Al Mahadi pasti akan lahir dari nasab ibu dan akan diiringi oleh 313 pemuda dari tahap rendah keluarga atau Bani Tami serta dituruti oleh Isa Al Masih Putera Mariam yang tak berbapa. Pesan pada rakan Jawa anda...nasab bapa adalah tak ubah seperti nasab melepaskan kentut...nasab sesat seperti juga kepercayaan pada HINDU+BUDDHA yang terdapat dalam budaya dan bahasa Jawa sebelum menerima Islam dan kental mempertahankan kehindu dan kebuddhaan selepas menerima Islam...perhatikan saja pada tarian jawa, manahora, kuda kepang, wayang kulit dsb...konfirm pekat HINDU+BUDDHAnya. Malah jika kita lihat di pulau jawa...nama-nama masyarakat di sanapun masih lagi mengekalkan unsur hindu buddha seperti KARNO, KARTO, KARTOLO, BAMBAN, KARTINI dan entah apa lagi yang hina dan kotor yang langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam.

Tanya Khidir said...

Bukan sekadar nasab ibu tuan-tuan dan puan-puan...MATRILINEAL bermaksud BAIT...dalam konteks Rasulallah SAW ianya lebih dari maana AHLI RUMAH secara zahirnya...ianya adalah RUMAH MENYIMPAN SOLBI secara rohaniahnya...yaitu NASAB KETURUNAN...NASAB IBU...dari Isteri-Isteri, Puteri-Puteri, Cucunda-Cucunda Perempuan Rasulallah SAW, Cicit-Cicit Perempuan dan seterusnya. BANI atau PATRILINEAL hanya sekadar salasilah keluarga atau NASAB BAPA nasab tahap keempat selepas IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU...sekadar ibni/bin/binti yang lansung tidak membawa apa-apa faedah bagi Rasulallah SAW yang tidak mempunyai zuriat keluarga memandang ketiga-tiga putera baginda wafat diwaktu kecil. Nasab bapa atau nasab sekadar menabur benih juga tak berguna langsung buat Nabi Isa AS, Nabi Allah adam dan Siti Hawa...yang secara nyatanya tidak berbapa. Setiap yang lahir di dunia ini pasti beribu termasuk unggas dan serangga seoerti anai-anai, lebah, semut dan sebagainya. Sandaran manusia...syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Nasab ibu dibawa kemati sepertimana apabila dibacakan talkin pada simati akan disebutkan simati bin/binti IBU simati. Begitu juga jika diukur pada hadis yang menyebut 1 anak perempuan itu bagus, 2 lagi bagus dan 3 ke atas lebih bagus. Surah An Nisa' adalah surah perempuan dan bukan laki-laki. Putera yang lahir dari Nasb Ibu itu dipanggil PUTERA AHLUL-BAIT atau ANAK MUKJIZAT. Taraf anak mukjizat akan terputus dengan sendiri pada generasi berikutnya kecuali beristerikan Ahlul-Bait. Muhammad ibni Abdullah atau Al Mahadi pasti akan lahir dari nasab ibu dan akan diiringi oleh 313 pemuda dari tahap rendah keluarga atau Bani Tami serta dituruti oleh Isa Al Masih Putera Mariam yang tak berbapa. Pesan pada rakan Jawa anda...nasab bapa adalah tak ubah seperti nasab melepaskan kentut...nasab sesat seperti juga kepercayaan pada HINDU+BUDDHA yang terdapat dalam budaya dan bahasa Jawa sebelum menerima Islam dan kental mempertahankan kehindu dan kebuddhaan selepas menerima Islam...perhatikan saja pada tarian jawa, manahora, kuda kepang, wayang kulit dsb...konfirm pekat HINDU+BUDDHAnya. Malah jika kita lihat di pulau jawa...nama-nama masyarakat di sanapun masih lagi mengekalkan unsur hindu buddha seperti KARNO, KARTO, KARTOLO, BAMBAN, KARTINI dan entah apa lagi yang hina dan kotor yang langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam.

Anonymous said...

Apa hukum Allah tidak sesuai untuk Negara, Mahkamah Sival, Ketenteraan, Perbankan dsb??? Atau hukum yang 100% ciptaan manusia itu lebih baik dari hukum Allah!!? Syabas pada pendokong dan pengamal Adat Pepatih...satu-satu adat yang menjunjung SUNNAH NABI mendahulukan Nasab Ahlul-Bait atau Ahli Rumah, merujuk pada FEMININE GENDER atau MATRILINEAL. Nasab yang diasaskan oleh 5 tunggak yang bermula dari Rasulallah SAW, Puteri Nabi Fatimah Az Zahara, Saidina Ali, Anak Mukjizat atau Putera Ahlul-Bait Hassan RA dan Hussein RA. Di mana darah keturunan Nabi dan Kathijah turun pada Fatimah, manakala di dalam jasad Ummu Khaltum dan Zainab cucu Nabi iaitu puteri Ali mengalir darah Nabi dan Ali, begitulah seterusnya jurai keturunan Nasab Ibu Nabi hingga ke hari ini dan sampai lahirnya Putera Ahlul-Bait Muhammad ibni Abdullah atau Imam Mahadi. Nasab Ibu dibawa kemati sepertimana apabila dibacakan Talkin pada simati akan disebutkan wahai simati bin/binti IBU simati. Cuba renungkan apabila dibacakan talkin pada Saidina Hassan: "Wahai Hassan bin Fatimah..." siapa Fatimah? Tentulah puteri Nabi, begitu juga halnya anak-anak Ummu Khaltum dan Zainab serta keturunan Nasab Ibu Nabi hingga sekarang...tetap menjurai pada Nabi. Bertentangan dengan Nasab Ayah yang terputus Nasab keturunan, memandangkan mana-mana anak yang dilahirkan oleh mana-mana ibu ianya tidak menjurai pada jurai Nabi, kerana setiap ibu tersebut adalah dari keturunam orang lain. Nasab Ibu juaga jadi sandaran syurga pada setiap anak, tidak seperti Nasab Bapa yang dianggap tahap ke4 selepas IBU KAMU, IBU KAMU dan IBU KAMU. Nasab yang tidak berfaedah langsung buat Nabi Isa AS, Nabi Allah Adam dan Siti Hawa. Apalah ada pada Nasab Bapa yang hanya sekadar salasilah keluarga...sekadar ibni, bin dan binti...yang hanya menyambung bani.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails