eh, kek batik memang la sangat sedap. mudah, ringkas dan bergaya serta lazat.
nanti birthday anak nak buat kek batik je la. save duit ;) HAHA, ibu yang kedekut pasti cepat kaya.
nah, resipi kek batik untuk anda semua, dah anta la sini sikit. ;)
* ni setiap resipi ade link untuk terus ke web yang sebenar *
ini juge sebagai credit kepade web tersebut. thanks ;))
resipi 1
ahan-bahan ( loyang 7/8" )
- 1 bungkus (350g) biskut marie
- Setengah buku butter
- 2 biji telur
- 1 cwn serbuk koko
- 1/2 cwn milo
- 1 cwn air
- 3/4 cwn gula
- ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko
Cara-cara
- patah2kan biskut
- dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
- masukkan butter,kacau sampai butter cair
- kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
- masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
- masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- biskut marie yg telah dipatah dua
- 1 buku mentega
- 1 tin susu pekat
- 1 paket kecil milo
- 1 botol kecik serbuk koko
- sedikit kacang yg telah digoreng tanpa minyak
- sedikit kismis
Cara-cara
- Cairkan mentega di dalam kuali.
- Masukkan susu pekat dan kacau sehingga rata.
- Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau dgn rata.
- Apabila sudah rata, masukkan biskut marie, kacang dan kismis ke dalamnya. Kacau dgn cepat sebelum campuran coklat tadi mengeras di dalam kuali. Gunakan api yg kecil saja.
- Masukkan ke dalam bekas yg telah disapu sedikit mentega. Mampatkan kek ini dgn menggunakan plastik dan ditekan dgn tangan. Pastikan kek ini telah diratakan dgn sekata ke dalam bekas.
- Sejukkan selama setengah hari. Boleh dihidangkan pada waktu petang atau dijadikan hantaran.
Bahan-bahan
Susu Pekat Manis F&N - Setengah tin
Mentega - Setengah buku
Serbuk koko - 5 camca besar
Gula - 5 camca besar
Telur - 2 biji
Biskut marie - 500 gram
Air panas - 3 cawan
Cara membuat
- Mula-mula panaskan mentega
- Sambil itu gula, serbuk koko dan Susu Pekat Manis F&N dibancuh bersama air panas
- Masukkan campuran tersebut bersama mentega yang telah panas
- Bila dah mendidih masukkan telur dan kacau dengan laju
- Kemudian masukkan pula biskut marie yang telah dipatahkan
- Setelah masak masukkan ke dalam loyang yang dilapik plastik
- Tekan hingga rapat dan sejukkan selama ½ jam....dah siap!
Resipi 4
- 200 gm digestive biscuits atau biskut marie
- 100 gm butter
- 250-300 gm milk chocolate
- 200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
- 80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
- 80 gm badam yg dibakar
- 80 gm walnut yang dibakar
- Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
- Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
- Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
- Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai. Kami gunakan loyang kertas detachable supaya mudah keluarkan kek bila dah keras.
- Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong
bahan
400g biskut Marie - patahkan 2 (biasa maklang guna 1 paket biskut marie)
4 telur (kurangkan jadi 2 biji pun boleh)
1 1/2 cwn gula putih (1/2 cwn tu masukkan brown sugar), kurangkan manis.
1 ketui butter
3/4 cwn koko powder
1/2 cwn freshmilk/air biasa
Cara
Telur + gula, pukul ngan whisker...put aside.
Cairkan butter didalam periuk kemudian masukkan koko dan gaul rata. Guna api yang kecil.
Tambah fresh milk dan masukkan telur dan gula tadi...kacau lagi.
Last sekali, masukkan biskut marie...gaul sampai kesemua biskut sebati.
Jgn biarkan biskut terlalu kembang.
Angkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat...masuk lam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam.
Resipi 6
bahan-bahan
1/2 butter
half layer biskut marie
1/2 tin susu pekat
2 sudu serbuk koko / cooking chocolate
1 biji telur
cara-cara:
cairkan butter....
kemudian masukkan susu pekat ...kacau sebati....
masukkan telur....kacau....
masukkan serbuk koko /cooking chocalate (yang dicincang)
kacau rata.....
tuangkan dalam loyang dan ratakan....
simpan dlm peti sejuk....
Resipi 7
- 1 packet milo (packet yg plg kecil)
- 1 tin susu cair (biase guna susu carnation evaporated)
- 1 buku buttercup
- 1 cawan gula halus
- 1 biji telur ayam
- serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
- 1 1/2 packet biskut marie (lbh sedap kalau gne biskut marie biase bkn yg perisa koko)
Cara-cara
- masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
- cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
- kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min)
- bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati
- then, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
- pastu, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. kalau dah keras bru sedap dimakan...selamat mencuba
Bahan-bahan
Buttercup 1 ketul
Susu 1 tin
Telur 2 biji
Milo 1 paket (RM3.20 tuh.. yang paling kecik)
Biskut Merry-warna orange 600gram (patahkan dua je)
Kacang Kisar yang halus tu (ikut suka nak banyak mana .. ni optional)
1. Panaskan buttercup sampai cair + wangi atas dapur.
2. Masukkan susu 1 tin, kacau hingga sebati.
3. Masukkan telur (yang telah dipukul kembang)
4. Bila dah sebati, masukkan milo & kacang kisar tu – kacau sampai sebati.
5. Masukkan biskut Merry yang dah dipatah 2 tu dan kacau rata.
6. Terus masukkan ke dalam loyang/bekas korang.
7. Mampatkan semua bahan tu dalam bekas/loyang korang tu.
8. Masukkan dalam peti ais – bahagian beku tu.
*Jangan tinggalkan kuali.
*Sentiasa kacau takut hangit!
ok, cukup tak 8? ala, lebih kurang je kan sume? ade sikit je beze, tapi basic tetap same kan. so selamat mencuba ;)
terimakasih kepade semua sumber.
Bye ;))
2 comments:
memang sedap gila kek nih..sampai kelat lidah aku dibuatnya...bisnes la dah pandai buat tuh..
yes, sangat sedap.. bisness? nanti akan di usahakan ;P
Post a Comment