tajaan,

DenyutJantung!

Saturday, April 10, 2010

masakan melayu yang tak lapuk dek kemodenan

indah sungguh ber-weekend di rumah sendiri. chewah, macam la sang pemusafir yang jarang ada kat rumah. tapi yang tak bestnya, Ratu Hati dah takde, tempat saya ceritakan semua nya. tuhan lebih sayangkan dier. biarlah. dier tetap punya kediaman mutlak di hati saya.

tau tak hari tu baca entry orang kuat JOHO, Carl Samsudin pasal petai, terus teringat sambal udang petai. ahhh, craving gile nak, padahal akan ignore petai pasal tak makan pun petai. tapi tetap nk rasa pahit pahit petai dalam sambal udang tu. balik rumah semalam, mama tanya terus mintak sambil buat muka simpati, tapi dah malam,mana nak cari petai malam malam ni. maka hajat terpaksa ditunda ke hari ni. terpikir kan bagus tanam pokok petai, HOHO. tapi hari ni tak sanggup nak tunggu mama balik keje, ish, masak je terus tadi. yeah, gembira.

seorang ibu takkan hampakan anaknya kan, yang masih punyai ibu, hargailah ibu anda.. bila bangun, dah di bagi tau ada petai tadi mama dah beli. yeyeyeye. boleh masak dah.
ok, duduk depan televisyen sambil potong potong bawang sume. satu yang best masak kat rumah, mesti bahan bahan dah tersedia, macam udang dah siap dibuang kulit, bawang pun dah siap bersih, tinggal nak lebur dah kuali, tambah garam secukup rasa, tadaaaa siap dah.

gambar insan uncle google
anda macam telan air liur je tu?
HAHAHA ;)
malang sungguh tak sempat bergambar dengan sambal udang petai idaman hati dah hampir licin, terbongkok bongkok cari kamera kat bilik, adik saya, si-minah-bomba dah tambah 2 kali. ok kau ni memang la, ayah yang bagi name minah bomba sebab dia masuk kadet bomba? hah. grow up la ayah. HAHA. eh ayah memang sangat childish ok. setiap kali anta message akan kate, ok. lop u all instead of love u all. sometimes dier type 'butbut' instead of 'bye bye' ok, mungkin untuk menampakkan dier comel. ayah jugak orang yang bertanggungjawab conteng conteng rumah macam tulis kat cermin- jangan perasan. belum lagi tengok ayah merepek kat FB..HAHA, apa lah ayah aku ni.

sudah pasal beliau, sampai esok tak habis entry ni.

eh jap, nak tau tak ape statement paling kelaka ayah penah buat? semasa dalam perjalanan dari cameron ke rumah, maybe sebab bosan drive ayah tibetibe kate " eh tau tak ,tahun ni kan Christmas 25hb, sama macam tahun lepas." kitorang adik beradik plus mama,ketawa bermati matian sampai sakit pankreas ni. tak tau la itu saja nak buat lawak ke ayah saya memang innocent bahawasenye sambut christmas 25hb December setiap tahun. ayah,ayah. ish,tak jadi nak marah bile ayah selalu tak basuh cawan lepas buat nestum, nanti nestum keras,melekat kat cawan, susah nk basuh. tak jadi nak marah tengok muka kelaka ayah. HHAHAHAHAncur!

apa lagi nak cerita?

minggu ni happy day sebab dapat tengok hindustan kat tv3. wooo. macam zaman dulu dulu tu, semua berkumpul tgk hindustan hari sabtu. pastu sama sama mengeluh bila part klimak pastu iklan, sume ngamuk marahkan TV3. argh, memang tak gune, hati dah berdebar debar dah. takpun marah bile kadang kadang subtitle takde. arghhh, terus rasa nak masuk kelas bahasa hindi. tapi still hari ni semua pun sibuk . ada si-minah-bomba je. layan kan je la.


ok, nak fokus tengok hindustan ni. tengok si cantik aiswarya rai tengah nak jatuh pastu hero tarikkan kan, ish saat getir ni. bye ;)


pasai apa hang cantik sangat?

notabawahentry : saya rasa lebih dihargai oleh nuffnang sekarang, bila selalu dapat iklan. HAHA. pegi click cepat. saya nak kaya dan pegi tengok hindustan di bombay. kahkahkah.


3 comments:

Rashid said...

hah!! naper buah hati saya ada kat sini? ishhh..

Nur -al- Ain said...

ok rashid, nantikan entry ini. HAHA. nantikan kemunculannyerrr

Nur -al- Ain said...

ha, apa? berbuah hati dengan udang atau petai?

haish, cinta alam fauna...

bagusss

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails