tajaan,

DenyutJantung!

Wednesday, August 31, 2011

Kesian blog tidak berpenghuni berhari hari. Ishishishhhh.. Ucapan hari raya pun tak berkesempatan kali ini..

Selamat menyambut hari raya ke-dua campur merdeka kepada anda semua.. Semoga bahagia dan gembire serta bertambah kaya ! Bukan kaya duit je, kaga segala galanya :)

Ok, nak sambung masak kari kambing.. Embekkkkk




Ohh nak jugak tayang gambar raya pertama kittewww




Kelas kau jahhh!!

Happy idul fitri kesayangan!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, August 17, 2011

[TUTORIAL] Yay! Earning ChurpChurp Naik Lagi Dan Lagi! Nak Tau Camne? Cu Bace Cu Bace!

hai korannnnnnggggg *style cik epal dlm video dier..hahahaa

eh korang dh buat churp churp ke belumm? dah join ke belum? tak teringin ke nak join churp churp yang menggiurkan ni ha??korang ni yang taknak join memang tolak rezeki mudah tau..


ni gambar lame *harap maklum
duit yang ni dh berjaye buat beli krim kuruskan badan dah pun
hahahahahaa!

INI ENTRY RECYCLE


tak caye tengok earning ain, hari tu 30 lebih je, tadi tgk dh 60 lebih. wowwww... terzekut i, terus boleh angan angan nak beli suit agenda ade puff yang menggeramkan tp masih tak kesampaian -_- pasni pasni jadi kenyataan sejurus menerima cheque,. yeeeeee

haaaa? tak tau ape itu ChurpChurp? ok meh mak terangkan ye nak, ChurpChurp ini ala ala Nuffnang. tp melalui twitter dan facebook. misi same, kite tgk pengiklan, mengiklankan product mereke. oo jangan risau, kite boleh pilih ape nk iklankan, kalau rase mengiklankan mengenai kedatangan Maroon5 ke Malaya adalah sesuatu yang lagha, anda boleh mereject terus iklan itu, beralih la kepade iklan lain seperti iklan mari mendapat iphone4!  iphone4 memang daring oii! jom mengumpulkan wang mendapatkan nya. nak jalan pintas nak free lekas click SINIIIII - penggunaan LEKAS menunjukkan betape dengan sepantas kilat anda akan sampai ke page itu, seumpama melalui tol LEKAS tu.. tauuu?

ok skang ain taknak dapat duit sorang sorang, mari la kita kongsi ramai ramai kan bende baik,mudah,senang dan pantas ni.

ok tengok ENTRY YANG NI- BUAT DUIT DENGAN TWITTER MELALUI CHURPCHURP

yang ni memang entry lame, ChurpChurp pun dah tuka layout baru yang lagi kemas and propesional., tapi basic dier tetap same. dont worry. untuk memudahkan lagi keje kite, ape kate ain copy paste entry lame ke sini... HAHAHAHAA... nmpak la macam panjang sikit kan entry kali ni..muahahha

layannnnnnnnnnnnnn..

sambungan entry - Buat Duit Dengan Twitter tu.

ishhh, senang sangat tau cara dier, lagi senang dari masak ikan tiga rasa.

ok, mule mule sekali, yang perlu ade, ialah mesti ade Twitter. ini wajib. jika tiada Twitter, sile padam angan angan nak buat duit dengan Twitter, sambil padam sambil dendangkan lagu pelamin anganku musnah. gagal tapi bergaya bukan ;)

sign up twitter pun senang, lebih senang dari goreng telur goyang iaitu telur goreng yang kuning dier tak masak. ishishishhh...ha, begini lah gaya Twitter, Twitter bersimbolkan burung biru, sebab burung kan berbunyik tweet tweet, yang biru mungkin sebab pemilik burung bermata biru. burung ape?haaa,  korang lagi pandai kan bab burung burung ni..eheheheee ;p


sile la tekan SIGN UP, tanpe ragu ragu mahupun syak wasangka.
tekan SINI nak cepat!

ok, sesudah itu, isi la borang yang disediakan. borang ni kau jangan risau, takde pen dakwat basah bermata bulat pun masih boleh diisi. kau juga tak perlu risau tulisan buruk kakak reception cantik bakal mengeji, haaa tak perlu rasa ralat demikian rupe, hanya isi dengan kejujuran ok.kehkhekeh.

ok seterusnya, langkah yang paling menduitkan.
berdaftarlah dengan ChurpChurp. pasti anda beroleh kekayaan. heheheeeee. tapi sedarlah, tiada jalan mudah untuk kaya. tapi kan sam, kalau kau tanya Fairul, dier memang tau jalan short cut nak kaya.. err, kaya kasih sayang, KAHKAHKAH. geli den! ini la churpchurp yang digembar gemburkan, kau google, atau terus CLICK SINI (selepas habis baca okkk)

ko isi la borang ni pulak.. ni kene hati hati sikit, letak nama macam dalam surat beranak tau. sebab nanti senang churpchurp nak hantar cheque kat kau nanti dengan jayanya tanpa sebarang masalah. kalau kau letak name pelikpelik,apekah kau ade akaun bank bername pelikpelik? sudah tentu tidak kan? maka, berpijak la di bumi yang nyata. jangan taruk nama David Bechkam ok? nanti sam punya susu, david beckham dapat nama. wtf-aku-merepek-terlalu-panjang?

ok, ini adalah langkah palinggggg kritikal. tengok dan baca betul betul tau..

ok, bile dah sign up kan, nanti macam biasa la kene verify semua tu kan. alaa, itu perkara lazim la kan, ok, selang bebarape hari,kalau tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tau, kau akan diassignkan satu task. ehemmm, ni kau patut berbangga tau..kalau ade perasaan nk lompat katil tu lumrah.. tapi kalau kau tetibe rase nak cium fairul, aku tangan kan kau nanti. HEHEHEEE..

nanti kat awan tu, ade notification. haaa, cm ni ;

yeeehaaaaa, pakcik kayooo!

sabar! jangan terlalu ghairah. dapat job bukan bererti terus dapat duit. kene kerja dulu. kalau tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. kan kan kan.
ok, nanti churpchurp akan suruh kau buat ayat tak lebih dari 136 patah perkataan dengan menggunakan semua keyword yang patut ade dalam ayat tu.

ok, macam contoh yang akak ain (??) dapat ni, keyword yang patut ade ialah : cornetto, #showyourlove dengan yang http://apekejadahbendepanjangtu. so, ape yang kite perlu buat ialah mereke cipta satu alat ayat untuk mempromosikan campaign ni, kire kite bersama sama mengiklankan product diorang ni la. tapi buat ayat yang manissss sikit. sebab sebelum dipublishkan, nanti orang churpchurp akan tengok dan kalau ok baru approve,. kalau kau kutukzzz baik punya., silap silap kau terus di senarai hitamkan. padan muko!

ha, pastu bile dah yakin dengan pembinaan ayat tu, tekan submit. check betul betul tau, sebab kalau tertinggal pape keyword dah takleh nak betulkan. ibarat terlajak perahu boleh diundur, terlajak submit buruk padahnya. jelas tak adik adik?

nanti bile dah diapprove, terus la ade nilai posenposen di dashboard kau.. churpchurp ni dah RM100 baru leh cashout. nampak tak dier mengajar kite erti kesabaran? maka, sabarrrr je la... dgn churpchurp ni lagi ramaiii follower, lagi banyakkkk kau dibayar untuk satu tweet yang di approvekan, so kumpul follower reramai!

mai follow ain kat twitter eh, : http://twitter.com/ainairul 
sempat promote!
heheheee
sambil menyelam minum air ;)


ha, dah la k. cukup la ni. letih laaaaa..

*UPDATE : ini memang entry lame, layout ChurpChurp pun dah berubah. hihiii.. motif nak ajak korang join churpchurp je.. memang berbaloi tau.. macam nuffnang gak Churpchurp ni.. ChurpChurp ni pun anak Nuffnang ;p jom la join. bestt 
SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT HARI PUASA TAK LAMA LAGI RAYA PASTU MERDEKA!!


Tuesday, August 16, 2011

Ado ko orang poie masjid separuh bogel?


mano ado kak oi orang poie masjid pakai cenggini.
adoi, pilih la background senereh skit haaa
kang den cakap lobih lobih kato den kecoh,
tak update, kolot,
tapi polakk jiwo den mandang er haa..
kalau bekground tu takdo gambar masjid,
takdo la macam menghino bonar

adoyaiii
sapo yang salah ni ha?
model eh ko?
designer eh ko?
company ni ko?

ko kito yang salah sobonar eh sobab gomar mandang?

yang sobonar eh, elok lelaki ni tak yah gomar pompuan kurus2,
mako eh, syarikat cm ni takdo la hasil kann
apo gomok tak cantik ko?


Monday, August 8, 2011

aku tau siapa aku, tapi tak patut kau buat aku macam ni. bagila aku peluang...

kehadapan nuffnang yang dirindui,
apa khabar anda semua si sana?
saya disini baik baik sahaja,
mungkin berkat makan nasi yang dimasak sendiri, tidak beli di kedai, maka kurang ajinomoto dan terjamin kebersihan,
maka saya semakin sihat disini.
saya rasa berkat berada di tingkat 5, maka bersenam setiap hari juga punca kesihatan saya kini.

tujuan utama pentulisan surat layang layang terputus tali ini ialah untuk bertanyakan apakah status saya di mata anda?
apakah hubungan kita dah tak semanis dulu hingga tergamak anda tidak bagi iklan untuk ditayangkan di belog merepek saya ini?
hati saya benarbenar terluka dengan perbuatan awak.
seolah olah saya dan belog saya tak bernilai di mata awak.
apa salah kami hingga dihina sebegini rupa?
kalau awak dah tak perlukan kami, cakap terus terang.
saya sedar kedudukan kami di mata alexis yang tak seberapa,
tapi berilah kami peluang.
oh tuhan.kami hambamu teraniaya.
awak tau kan doa orang teraniaya termakbul.
kang saya doa nanti.
tapi saya ingat nenek saya pesan tak baik doakan buruk tentang orang lain.
saya terus tak jadi doakan buruk tentang awak

saya juga ingin mengajukan soalan ini kepada awak,
saya ingin tanya sejauh mana kebenaran keywords di analytics itu
kerana saya dapati keywords saya sangat lucu
macam contoh ; perut buncit vs perut hamil.
adakah ini benar atau awak sahaja memperli saya lagi?
ingin buat saya terluka dalam senyap??
saya sengaja biar perut saya buncit kerana artikel terbaru mengatakan buncit itu sexy.
puas saya membuncitkan perut yang dulunya ramping ini.
ada juga keywords tak masuk dek akal seperti ; budak yang berjaya.
mungkin awak sengaja perli saya sebab suruh saya sedar saya asyik merepek maka tak berjaya.
tapi ada juga keyword yang saya rasakan saya membantu rakyat yang memerlukan, macam keyword - resipi kek batik. pasti ramai dah cuba dan berjaya kerana itu resipi paling senang kerana saya tidak rajin untuk buat yang susah susah.

saya juga tertanya tanya dari mana datangnya orang orang yang seperti anda nyatakan di 'camefrom' itu.
mereka bukan sahaja dari Malaysia, Japan, Iran juga ada.
saya kadang kadang tak percaya apa di depan mata saya.
mujurlah saya belajar tentang globalisasi,
iaitu dunia tanpa sempadan
mujur tidak tido waktu kelas tersebut.
jika tidak pasti mati-hidup-semula saya rasa anda tipu saya live live.

saya semakin redha sekarang.
pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
mungkin kalau saya dapat cashout RM3000 sebulan macam Haniszalikha,
nanti saya lupa daratan dan lupa jalan pulang.
mungkin juga bilik rumah sewa saya yang sempit ini akan penuh dengan barang saya sahaja.
ok ok, saya dah paham.
tengok saya dah matang dan mampu pikir positive.
tengok saya orang melayu yang tak payah mencarut cakap - babi, duit tak naik naik.
ataupun melayu modern yang konon matsolleh cakap- owh Damnn
tengok saya senyum sampai telinge ;)

di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan kalungan terima kasih yang wangi kepada anda kerana saya dapat tengok pembaca belog saya.
saya sedar saya tidak keseorangan macam lagu MJ 'you are not alone' eh betul ke ini?
saya ingatkan saya tulis, saya baca dan saya senyum dan saya sedih dan saya marah. saya sorang yang syok sendiri,
rupanya ada yang sudi singgah luang masa layan repekan saya.


tapi kan saya tetap menunggu sesuatu dari awak.
bagi la saya iklan sekeping dua.

yang buffered tu, berputar tanpa henti.
please awakk..
nanti saya buktikan saya mampu lakukan yang terbaik untuk awak.

ok, sekarang saya rasa saya patut berhenti mentaip surat ini kerana pembaca di luar sana mula marah,
mereka marah kerana saya hanya merepek.
mereka juga mungkin gelakkan saya kerana mereka dah dapat cash out ribu ribu,
sedangkan saya, hmmmmm  T_____T oh, fyi ini icon muke sedih.

biarlah saya mengundur diri,

yang benar,

(NurulAin T.Tairuddin)
Ketua Kelab Penggemar Tauhu Jepun Goreng

Saturday, August 6, 2011

[GAMBAR] Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Teck sah berskandal?

hadoyaiiii sakit nye hati bace kes lelaki curang niiii!!
haihhh tak hargai orang yang ikhlas sayangkan awak..
ok la, fineeeee takde jodoh, tapi ni macam awak je yang men-tidak-ade kan jodoh tu..
sabarla ye cik jejari runsing runcing aimie harmelia, hari ni hari dier,
esok esok hari awak plak..
sabar eh, nnt berduyun orang nak kat awak.. awak comel ape ;))

Khairul Fahmi Che Mat nak lari mane lagi, dah terang lagi bersuluh awak memang ade yang lain..
tak nak ngaku plak.. ish ish ishhhh,
kami kagum bakat awak terror tepis bola, dulu kagum pasal awak sweet je, tapi skang awak dah tak sweet, lebih kepade sour. o__o

haaaa tak percaye?
tengok ni sape..

ni apek kan kan kann?
bukan klon dier kan?
memang kompommm ni dier kan??

ok, teke plak, ini sape ehh..
.
.
.
.

 
 
haaaaaa ceciterrrr ceciterrrr
tang mane yang bukan skandal?
nak kate pegang tangan nk tolong lintas jalan,
ni macam memang sedang berjalan di tengah jalan kannnn?

haishhhhh

 
 
kompommm dah angkara orang ketiga.
takpe la, cik jejri runcing Aimie Harmelia,
tuhan nak selamatkan awak,
awak tau sebelum kawin,
sempat carik lelaki budiman yang lain


ni gambar dahlia teck.
macam Aimie Harmelia lagi comelll je..?

hmmmm

http://1.bp.blogspot.com/-FQNo_HoJzrs/TjCXscSF32I/AAAAAAAAC48/i1MBMVtTBRE/s400/DSC02039.jpg 
tinggal kenangan..



Wednesday, August 3, 2011

Wordless wednesday #newme ;)











Semoga nurul ain yang baru akn meneruskan perjuangan hingga ke akhir ;)
Selamat mahu jaya nurul ain!
- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails