apa la, kecik kecik dah kuat kelentong. bukan tipu sikit sikit plak tu, besar besaran punya tipu, Gempar satu Malaysia.Huh, memalukan betul, mane mak ayah,sahabat handai,sedare mara nka letak muke ni? nanti raya mesti kau kene banned nanti ni, HAHA. melepas la nak dapat duit raya banyak banyak, macam macam ragam orang akhir zaman ni. lawak ;p
dulu masa kecik kecik, pernah kene cili mulut sebab menipu. sakit tau. pijarr mulut, terus jadi angelina jolie
KUALA LUMPUR 11 April - Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkata, baginda tidak kenal remaja lelaki yang ditahan polis kerana menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Baginda berkata, remaja itu pernah menulis surat kepada baginda kira-kira sebulan lalu, mengatakan bahawa dia adalah anak angkat baginda dan bertemu semasa Tengku Puan Pahang melawat mangsa banjir tetapi baginda mengabaikan surat tersebut kerana tidak mengenalinya.
"Dalam surat tersebut juga dia mengatakan bahawa saya memberi kebenaran kepadanya untuk memanggil saya dengan gelaran mummy atau aunty dan dia mengajak saya untuk melawat kem-kem PLKN”, kata baginda selepas Majlis Pengurniaan Surat Penajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) kepada 42 pasangan suami isteri di Hotel Shangri-La di sini hari ini.
Pada Jumaat lepas, remaja berusia 17 tahun itu yang berasal dari Bera, Pahang ditahan polis di rumah saudaranya di Pekan, Pahang ekoran aduan daripada Istana Pahang mengenai kes penyamaran tersebut.
Remaja itu yang kini ditahan reman, menyamar sebagai “Tuan Muda Pahang" pernah memperdaya seorang exco kerajaan neegri Pahang dan Ketua pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kecil.
Baginda yang menyifatkan perbuatan remaja itu sebagai sesuatu yang melucukan berkata, sepatutnya JLKN terlebih dahulu merujuk kepada istana tentang surat yang diterima daripada remaja itu sebelum membenarkannya melakukan lawatan ke kem-kem PLKN di Pahang.
"Saya pun hairan bagaimana exco Pahang juga boleh tertipu sedangkan beliau kenal semua anak angkat saya,” tambah baginda.
Remaja itu menggunakan nama gelaran Yang Mulia Tuan Muda Mohamad Zulanif Tengku Laksamana Abdullah, sedangkan tidak ada gelaran laksamana dalam kerabat Diraja Pahang, jelas baginda.
Tunku Azizah Aminah Maimunah berkata, baginda sendiri tidak mengetahui apa motif sebenar remaja terbabit yang kononnya seorang yang suka berdebat.
"Mungkin beliau teringin nak jadi raja, itu yang menyebabkan dia menyamar dan bila dia tengok orang percaya, itu yang menyebabkan dia berani melakukannya lagi”, katanya sambil ketawa. - Bernama
sumber ; Utusan Malaysia online
moral : sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. tapi ini bukan saja menunjukkan rakyat yang semakin terror menipu, tapi rasanya turut buktikan sambil lewe pihak bertanggungjawab buat kerja sampai hal macam ni pun boleh berlaku. sekadar berkongsi pendapat ;) no hurt feeling, ok?
6 comments:
kerabat diraja pahang nih mmg byk anak angkat ke? cam ne nak apply ek? adam pun nak lah hehe
adam, HAHA ;) kene g jumpe istana la tu tanye ;p best ke jd anak angkat diorg ni?
skrg bdak ni dah jd ank agkt btul tg mhkota phg da..stu smber dlman bgtau skrg dy blaja kt klej mtrks n this septm akn fly ke rusia 4 medik
boong belaka...masuk ipt dlm ngra juga akhrnya.
dia sekarang belajar di UPNM sebagai palapes. kos maritim... tapi memang bermasalah, terus terang aku katakan.. mmg aku banyak besabar dengan budak nih, sebab dia lah kami selalu didenda, akan tiba satu hari nanti. kau nanti jela ye... Allah tu maha adill.. tengok jela kertas exam kau, x nak cerita pulak kat kakak kau ape yang dah jadi dengan paper kau tuh..
dia sekarang belajar di UPNM sebagai palapes. kos maritim... tapi memang bermasalah, terus terang aku katakan.. mmg aku banyak besabar dengan budak nih, sebab dia lah kami selalu didenda, akan tiba satu hari nanti. kau nanti jela ye... Allah tu maha adill.. tengok jela kertas exam kau, x nak cerita pulak kat kakak kau ape yang dah jadi dengan paper kau tuh..
Post a Comment