tajaan,

DenyutJantung!

Sunday, March 14, 2010

Hari Ulang Tahun Ke-3

masa kecik kecik, zamam mumaiyiz, memang seronok la sambut Hari Ulang Tahun Kelahiran. alalala, nampak sweet je, ikat rambut due, pakai skirt, lari lari kejar belon. pastu nanti mak tarik, eh jom jom kite tiup lilin,potong cake, pastu ade anak jiran sebelah sibuk jugak nak tiup skali. argh, kau ni. ingat ni bday kongsi macam kongsi raya ke? ish, tak patut busuk hati sedemikian rupa.. nanti birhtday dia kite tumpang balik. baru la bak kata pepatah, "ada lori ada bus, ada hari boleh balas." ha, kan kan kan?

tapi bila umur dah semakin menginjak zuhur, chewah, sebelum ni umur di waktu dhuha. HAHA. nak sambut birthday dah jadi tak best bile nanti kawan kawan yang dengki time siap siap nak g celebrate dengan pakwe cakap -" eh, kau dah tua.bawak bawak la tobat." aduh, you spoilt my day! gagaga. takpe2 berbalik ke pepatah tadi, ada hari boleh balas. jangan lupa kau pun ada tarikh tua itu. yieehaa.

tapi pelik kenape ade orang yang malu nak bagitau umur kepada public. whats the problem ha people? im proud to be 20's. ok je. nanti, i also will proud to be 30's or 40's dan seterusnya. tak nampak pape masalah pun disitu. ish, *gelang geleng kepale sebab masih keliru*

wujud nye entry ini ialah kerana, hari itu saya menghadirkan diri ke birthday party Yaya. setelah dipujuk dan dirayu. HAHA. ok, itu tipu. Yaya ni baru 3 tahun.budak baru belajar.kalau salah tolong jolokan.beliau sangat comel. majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh orang orang tertentu sahaja ini berlangsung ni A&W. part yang best, sesi nombor bertuah untuk budak budak, pastu saya pura-pura terlupa dah ade ic dan join. pastu saya dapat brick game. tapi apelah acu ni, tak provide battery. hampeh tul. banyak mata mata kanak kanak yang memandang sinis seolah tidak puas hati atas kebertuahan saya pada malam tersebut. HAHAHAHAHA.

disebabkan hari ini mood baik, upload gambar. kot tak memang malas nk transfer gambar dari camera ke laptop. huuu. harap kau orang tak terkeliru yang mana satu bday girl, sebab harus diingati, aku karakter utama kisah di blog aku ni. KahKahKah

birthday girl.
ala, bosan la letak gambar tengah potong cake.
kita letak gambar beliau sedang mengkaji belon.
nampak berunsur ilmiah.

pura pura jadi wartawan supaya orang ingat ini ialah birthday party anak artis terkenal.

ini la nombor yang membawa kemenangan terhadap diri penulis.

ye! saya dapat PSP.
tapi untuk cut cost, ianya hanyalah POP Station
terima kasih kepada pihak penaja
tahun depan sila taja bersama Battery.

maskot tersebut berjantina jantan.
sedih jadi maskot ni,
budak budak sume lari bertempiaran.

sesi bergambar bersama artis jemputan ; berdiri di tengah.
memang kau macam tak pernah nampak,
artis ni popular di negara timur tengah sahaja.

Ain,sila tido sekarang, kerana nanti ada lingkaran bawah mata. nanti dituduh skema, seumpama berjaga malam untuk mentelaah pelajaran. sahabat, jangan salah sangka.

selamat malam dan selamat tinggal Ahad.





3 comments:

Anonymous said...

Pop Station jer? haha

Nur -al- Ain said...

Syukurrrr je la,.. Haha.. Hoih, pop station tu la jd rebutan tau. HAHA

'Cikgu Padi' said...

ala tomeynye...awak kecik2 camtu ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails