tajaan,

DenyutJantung!

Wednesday, March 31, 2010

entry ini tidak patut di publishkan. sepatutnya di draft sahaja. buang masa aku je

laparnya perut. apala malang nasib, baru nak gembira ponteng kelas pagi. maka boleh tido lagi, bila bangun perut lapa, ke dapur gas, tengok gas dah abis. tskkk T___T
sedih tau tak. perut dah main lagu heavy metal. sabarla perut sayang, nanti kita bawak hati dan perut yang kecewe ke kedai makan dan makan puas puas ye. sabar,sabar.

nasib baik la dah tak gunakan cerek air zaman purba kala yang bile dah masak bunyi annoying gile, pastu mama dengan ayah akan renung tajam isyarat 'kau tak pahampaham nak pegi tutup api tu?' ahhhh, kalau time tu tengah tengok doraemon, memang tak ikhlas langsung pegi. bile dah besar, balas renungan kepada adik pula, macam kate ' zaman aku dah berlalu, kau pegi tutup plak sekarang' . HAHAHA ;) memang kakak yang zalim. ish, jauh btul meleret, padahal nak bagitau gune cerek elektrik, so dapatlah buat air nestum. alas perut,pastu makan cocopie. tapi masih craving for NASI!

apsal la takde meggi bergelimpangan sekarang ni? kalau tak lapa, eh tu meggi, eh ni meggi lagi, sapa la sepah sepahkan meggi ni. ni bila lapa, dah carik bawah sofa tu takde jumpa meggi. tension tau. pastu bertambah tension bila dalam tong sampah ada plak plastik meggi. tertelan air liur ;(( zalim zalim zalim. best nye lapa lapa ni dapat makan mee sedap.

ok la, mungkin saya patut bersiap dan kemudian cari makanan untuk memberi makan kepada perut sendiri.

bye *cakap dalam nada lemah sebab lapa yang kronik*

notabawahentry : ha, mesti dalam hati anda sedang berkata seperti tajuk entry di atas kn? HIHI. jangan marah arrr


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails