tajaan,

DenyutJantung!

Showing posts with label manusia kejam. Show all posts
Showing posts with label manusia kejam. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Mohd Fazli Azri Jamil,( Pembunuh Kejam Safiah Humaira Sahari ) Tercicir Otak!

Rentetan dari KES INI,



: biar tak hensem, jangan takde otak! :

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, semalam, diberitahu bahawa pemandu teksi yang dituduh membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, dilihat menyepak bola yang sedang dipeluk seorang budak sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terpelanting, di padang Batu 30 dekat Batang Kali, pada petang 25 Februari lalu.

Saksi ketujuh pendakwaan, Muhammad Faleeq Hakimi Zazali, 16, berkata, dia melihat Mohd Fazli Azri Jamil melakukan perbuatan itu berdekatan dengan kotak penalti di padang permainan itu ketika sedang menyaksikan rakannya bermain bola sepak.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor itu berkata, pada awalnya dia melihat Mohd Fazli, 28, yang dikenalinya sebagai Abang Mat naik angin selepas kanak-kanak itu tidak mendengar arahan supaya kembali membaling bola yang disepak ke arahnya. “Ketika saya tiba di padang itu, saya lihat Abang Mat sepak bola dan kemudian menyuruh budak perempuan itu mengambilnya semula. Saya nampak budak itu ambil balik bola itu dan kemudian membalingnya ke arah Abang Mat. “Abang Mat marah. Dia kata, kau tidak ada kaki ke nak bagi bola itu. Selepas itu, Abang Mat kemudian sepak bola itu ke arah budak itu. Budak itu ambil balik dan peluk bola dalam keadaan mencangkung. Abang Mat kemudian minta balik bola, tetapi budak itu diam menyebabkan Abang Mat terus sepak bola yang dalam pelukan kanak-kanak itu. “Budak itu terus terpelanting,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes Mohd Fazli yang didakwa membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu. Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani, Halim Mohd Rashid dan Zureen Alina Mohd Dom, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.


Muhammad Faleeq berkata, Abang Mat kemudian menyeret tangan budak itu selepas melihat kanak-kanak yang terpelanting berkenaan enggan berdiri semula seperti yang diarahkannya. Katanya, dalam keadaan itu, budak itu hanya mampu menjerit kesakitan apabila Abang Mat mencampaknya ke luar padang. “Dia kemudian tarik tangan budak itu supaya bangun, tetapi kanak-kanak itu terjatuh semula. Abang Mat suruh budak itu duduk sebelum dia bertindak memijak perut dan menyepak bahu kiri kanak-kanak itu,” katanya. Pada peringkat itu, katanya, dia bergegas ke tempat kejadian, namun tindakannya mengundang kemarahan tertuduh yang memberitahunya, ‘Kau jangan sibuk, nanti kau yang akan aku buat macam ini.’ Sementara itu, saksi kesembilan pendakwaan, Muhammad Sanusi, 15, berkata dia melihat seorang budak perempuan terkena pintu teksi milik Mohd Fazli yang ditutup tertuduh selepas kanak-kanak itu enggan keluar dari kenderaan itu pada petang kejadian.


Menurut saksi, tertuduh sebelum itu datang ke padang berkenaan dengan menaiki teksi dengan dua budak, satu daripadanya perempuan yang bertubuh agak besar berbanding satu lagi kanak-kanak lelaki yang masih kecil yang dikenalinya sebagai Amy. Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan, Muhammad Nur Afiq Othman berkata, 15, pada petang sama, dia melihat Mohd Fazli memarahi seorang budak perempuan kerana tidak mahu menjaga budak lelaki bernama Amy berikutan tertuduh mahu bermain bola. “Abang Mat kata, Pia kau jagalah Amy, karang aku pijak dengan kasut but ini,” katanya. Perbicaraan bersambung hari ini.

agak agak korang kat mane si Fazli Azri Jamil ni tercicir kan otak dier??
unta padang pasir pun tak bengap macam ni!!
kau ingat tu anak patung kau senang hati nak pijak?
kau dulu patut kene pijak!!
langsung takde hati perut,
pegi bagi otak dekat lembu, ade otak pun kau bukan gune!


semoge Syafiah Humaira sayang, lebih tenang dan bahagia di sana,
al-fatihah


credit to, myMetro

Thursday, May 13, 2010

[GAMBAR] Kebuasan Dalam Lift. Tolong Hati Hati Selepas Ini.

hello, hari ni nak share kejadian rompakan dalam lift. lepas ni jangan berani berani sangat naik lift sorang diri. ingat la, MAlaysia dah tak selamat macam dulu, orang sekarang sanggup buat ape je untuk kepentingan mereke. memang binawe kan. huishh, ingatkan semua kakak kakak, adik adik, penyangak ni kalau letak besar besar camere pun, dier nak merompak, dier rompak gak. cube bayangkan mangse mengandung, mesti bende lagi bertambah teruk kan. Ya Allah, mintak la dijauhkan jadi mangse buas mereke ni.


























manusia semakin kejam kan, mereke semakin tak hormat wanita. mereke kian lupa tanggungjawab mereke. kalau dah takde duit sangat, jangan la merompak, carik la keje yang halal. Ya Allah, bile la kau nak sedar, kau ni memalukan bangsa, menyusahkan orang. jangan melenting kalau satu hari kejadian lagi perit menimbe anda atau keluarge.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails