tajaan,

DenyutJantung!

Showing posts with label Syafiah Humaira Sahari. Show all posts
Showing posts with label Syafiah Humaira Sahari. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

Mohd Fazli Azri Jamil, Pembunuh kejam Syafiah Humaira Sahari Dihukum Gantung Sampai Mati

senang hati bila mahkamah dah jatuhkan hukuman kepade Mohd Fazli Azri Jamil pembunuh kejam adik Syafiah Humaira Sahari, mahkamah dah jatuhkan hukuman gantung sampai mati. tapi yang pasti hukuman ni pun belum tentu dapat kembalikan kegembiraan kepade keluarge yang kehilangan mangsa..

kepade anda yang panas baran, fikir la sebelum buat sesuatu, jangan pikir ikut sedap hati perut korang aje.. ingat setiap ape yang kau buat tu akan bagi kesan bukan kat kau sorang je, tapi banyak pihak akan terlibat nanti.. agaknye patut tak kita hukum gantung si kejam ( Mohd Fazli Azri Jamil ) di khayalak ramai atau pun kepade umum supaye yang lain tu bile nak buat berpikir sikit.. patut tak agaknye?






rentetan kes Adik Syafiah Humaira Sahari:

Pemandu Teksi Mohd Fazli Azri Jamil, Pembunuh Kejam,

Pemandu Teksi ( Mohd Fazli Azri Jamil ) Tak mengaku bunuh Syafiah Humaira Sahari.





semoge Syafiah Humaira sayang, lebih tenang dan bahagia di sana,
al-fatihah


SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh anak teman wanitanya yang berusia tiga tahun pada Februari lalu.

Hakim Datuk Moktaruddin Baki, ketika menjatuhkan hukuman, berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Ibu tertuduh yang terlalu sedih dengan keputusan itu terus menerpa ke arah tertuduh selepas mahkamah ditangguhkan dan meraung sebelum pengsan kerana terlalu sedih. Mohd Fazli, 28, didakwa membunuh Syafiah Humaira Sahari di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada 6.30 petang 25 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.

Syafiah Humaira anak kedua Siti Nurhanim, 25, seorang bekas pelayan kelab malam hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul


Wednesday, June 9, 2010

Mohd Fazli Azri Jamil,( Pembunuh Kejam Safiah Humaira Sahari ) Tercicir Otak!

Rentetan dari KES INI,



: biar tak hensem, jangan takde otak! :

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, semalam, diberitahu bahawa pemandu teksi yang dituduh membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, dilihat menyepak bola yang sedang dipeluk seorang budak sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terpelanting, di padang Batu 30 dekat Batang Kali, pada petang 25 Februari lalu.

Saksi ketujuh pendakwaan, Muhammad Faleeq Hakimi Zazali, 16, berkata, dia melihat Mohd Fazli Azri Jamil melakukan perbuatan itu berdekatan dengan kotak penalti di padang permainan itu ketika sedang menyaksikan rakannya bermain bola sepak.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor itu berkata, pada awalnya dia melihat Mohd Fazli, 28, yang dikenalinya sebagai Abang Mat naik angin selepas kanak-kanak itu tidak mendengar arahan supaya kembali membaling bola yang disepak ke arahnya. “Ketika saya tiba di padang itu, saya lihat Abang Mat sepak bola dan kemudian menyuruh budak perempuan itu mengambilnya semula. Saya nampak budak itu ambil balik bola itu dan kemudian membalingnya ke arah Abang Mat. “Abang Mat marah. Dia kata, kau tidak ada kaki ke nak bagi bola itu. Selepas itu, Abang Mat kemudian sepak bola itu ke arah budak itu. Budak itu ambil balik dan peluk bola dalam keadaan mencangkung. Abang Mat kemudian minta balik bola, tetapi budak itu diam menyebabkan Abang Mat terus sepak bola yang dalam pelukan kanak-kanak itu. “Budak itu terus terpelanting,” katanya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes Mohd Fazli yang didakwa membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali di sini, pada jam 6.30 petang, 25 Februari lalu. Mohd Fazli didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani, Halim Mohd Rashid dan Zureen Alina Mohd Dom, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.


Muhammad Faleeq berkata, Abang Mat kemudian menyeret tangan budak itu selepas melihat kanak-kanak yang terpelanting berkenaan enggan berdiri semula seperti yang diarahkannya. Katanya, dalam keadaan itu, budak itu hanya mampu menjerit kesakitan apabila Abang Mat mencampaknya ke luar padang. “Dia kemudian tarik tangan budak itu supaya bangun, tetapi kanak-kanak itu terjatuh semula. Abang Mat suruh budak itu duduk sebelum dia bertindak memijak perut dan menyepak bahu kiri kanak-kanak itu,” katanya. Pada peringkat itu, katanya, dia bergegas ke tempat kejadian, namun tindakannya mengundang kemarahan tertuduh yang memberitahunya, ‘Kau jangan sibuk, nanti kau yang akan aku buat macam ini.’ Sementara itu, saksi kesembilan pendakwaan, Muhammad Sanusi, 15, berkata dia melihat seorang budak perempuan terkena pintu teksi milik Mohd Fazli yang ditutup tertuduh selepas kanak-kanak itu enggan keluar dari kenderaan itu pada petang kejadian.


Menurut saksi, tertuduh sebelum itu datang ke padang berkenaan dengan menaiki teksi dengan dua budak, satu daripadanya perempuan yang bertubuh agak besar berbanding satu lagi kanak-kanak lelaki yang masih kecil yang dikenalinya sebagai Amy. Terdahulu, saksi pendakwaan kelapan, Muhammad Nur Afiq Othman berkata, 15, pada petang sama, dia melihat Mohd Fazli memarahi seorang budak perempuan kerana tidak mahu menjaga budak lelaki bernama Amy berikutan tertuduh mahu bermain bola. “Abang Mat kata, Pia kau jagalah Amy, karang aku pijak dengan kasut but ini,” katanya. Perbicaraan bersambung hari ini.

agak agak korang kat mane si Fazli Azri Jamil ni tercicir kan otak dier??
unta padang pasir pun tak bengap macam ni!!
kau ingat tu anak patung kau senang hati nak pijak?
kau dulu patut kene pijak!!
langsung takde hati perut,
pegi bagi otak dekat lembu, ade otak pun kau bukan gune!


semoge Syafiah Humaira sayang, lebih tenang dan bahagia di sana,
al-fatihah


credit to, myMetro

Friday, April 23, 2010

pemandu teksi ( Mohd Fazli Azri Jamil ) tak mengaku bunuh Syafiah Humaira Sahari (plus) Bukti babi pun sayang anak.

ingat lagi tak pasal kisah arwah adik Syafiah Humaira? sedih dan menyayat hati kan.. kenape la ade yang sanggup bersifat kalahkan binatang. memang macamm syaitan, budak kecik tak berdose tu, ape salah budak tu sampai macam tu sekali dihukum. agaknye, kalau mak kau (si-pembunuh) tau kau akan bunuh budak tak berdose, dari kecik mak kau dah bunuh kau dulu.

berite hari ni, saspek tak mengaku bunuh Syafiah Humaira. habis, sapa bunuh? baling batu sembunyi tangan, berani buat berani tanggung. kalau pun kau terlepas hukuman dunie, akhirat takkan terlepas.

manusie,manusie ;(
:Al Fatihah~:





SHAH ALAM: Pemandu teksi Mohd Fazli Azri Jamil, 28, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini terhadap tuduhan membunuh anak teman wanitanya, Syafiah Humaira Sahari, 3, Februari lalu.



Beliau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Syafiah Humaira dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu selepas mengalami pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh, 27 Februari lalu

sumber ; Berita Harian Online

diharap pihak yang bertaanggungjawab cepat cepat dapat selesaikan masalah ni, yang bersalah segere dihukum!

notabawahentry : Haiwan pun sayang anak. Babi pun sayang anak.
pig pun love piglet tau? tak percaye?? tengok nii
.
.
.
.
.
.
.
.
.






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails