baru-baru ini, makcik jiran mintak tolong buat tuisyen ank diorang. baru darjah 3. saya setuju la, tolong bangsa sendiri. apa nak kisah sangat. tapi mengajar budak-budak bende yang sangat basic, buat saya sangat cepat hilang sabar. ni kes hilang tak dapat carik, bukan macam hilang kunci kete,cari susah-susah satu rumah, rupenye, eh eh, dalam poket. atau slalu hilang spek, rupenye tengah pakai. haha. kalut la hang ain, tak comel pun hang tau dak.. time mengajar tu kadang-kadang, nampak budak tu kecik je, macam boleh telan, tapi realitinye, budak tu besar. serius i cakap u, macam ade magician dari jauh kasi besar kecik kan budak-budak tu. tak kan la tak jadi besar kecik kan kalau 2 - 1 samadengan 2. haishhhhhh! kadang-kadang rase nak hantuk kepale sendiri ke dinding bile 5 + 3, samadengan 9. ohhhhhhhhh. please sayang, jangan malukan cikgu. kill me for this!
perasaan saya mengajar : memang letih, walaupun nampak sangat enteng, tapi minda bpikir je cm ne nak buat diorang paham dan rase pembelajaran itu menarik. puas saya bersolek dan pakai pakaian cantik-cantik untuk menarik perhatian mereke. ok fine, tu tipu dan saya toko tambah. memang susah nk menipu bahawasenye belajar itu indah , sebab memang la bosan dan langsung tak fun buat homework. kadang-kadang je fun bile kene buat crossword atau ade teka teki. BAHAHAHA. tapi terpaksa kerane sayangkan masa depan mereka, tapi budak-budak comel la kan action diorang. berebut nak hantar meje, berebut nak bace sentence, berebut-rebut nak jawab soalan. ok, fine. kamu semua comel, tapi tak kurang jugak yang degil. orang kedah habaq ketegak. suruh buat lain, lain dier buat, yang mulut tak benti bercakap. haish, geram. rase nak sumbat buku dalam mulut. tapi bertenang ain, tu anak orang. kang ko kene saman, masuk metro bukan sebab kaya dengan nuffnang. dah tersasar dari objektif nanti. tenang ye sayang.
tapi kan, puas bile ape yang kite ajar orang paham dan dier gembire bile dier dapat tau sesuatu yang baru. baru paham perasaan arwah nenek ajar budak ngaji, bace basmalah tu pun sampai berbelas/berpuluh kali. arwah pentingkan kesempurnaan. selagi tak betul, tak sempurna, jangan harap nak dapat alih. mesti nenek bangge kan kalau tau ain ajar budak tuisyen cm ni. mesti nenek suke kan. ain niat hadiah pahala mengajar ain untuk nenek, semoga roh nenek tenang dekat sane. rindu dekat nenek.ok, air mate dah bergenang bile teringat bidadari saye sentiase dekat di hati ini.
to make it short , secara tuntas, saye menyeru anda semue menghormati kerjaya seorang guru. mereke ini antara insan mulie yang buat ade nye, pemimpin, akauntan, doctor, dan yang seangkatan dengan nya. yang tak berjaya, bukan kerane cikgu, tapi sebab diri sendiri. sentiase ingat ye sayang, orang yang gagal ialah orang yang mencari kesalahan orang lain. muhasabah diri salah kite sendiri. kat mane yang buat kite tak same macam yang berjaya. ok,skang ade sesape nak upah saya jadi kaunselor plak? bleh print borang pasni. x)
yes yes yes, esok dah start cuti raya cina + mid sem. seminggu je pun. gembire dalam kesedihan sebenarnya. biarlah, hati ini kalau dipujuk, insyallah akan ok.eh, u tak click nuff tu er? tak gerak pun 45 sen i. i marah ni. penat i click nuff u. ibarat susu dibalas tuba la u ni. hhhhuuuhhh T_____T
5 comments:
betul org kata..klu x cuba jd cikgu...kte x kan tau bagaimana susahnya cikgu2 kte ajar kte dulu...sekarang lg le...bertambah parah...salah sikit kat anak2 murid...ibubapa nk saman je....sbnrnya x susah,cuma perlu bersbr krn anak2 zmn sekarang disiplinnya dasyat
tau xpe.
susah gile kot nk dekati budak2 ni
*sem depan-akan belajar pedagogi murid2.
salam
ermm seronokke jadi guru? jap nak fikir.. hehe
Menjadi guru satu kepuasan ..
haha berebut2 nak hanta meja, comel ka? hihi
ini sume balasan dari guru ni, eh kecuali fana, dier mangse meje dalam kes ini. HAHA. teachers rox!
Post a Comment