tajaan,

DenyutJantung!

Thursday, February 11, 2010

"anti-orang-anti-orang"

sape nak join fan club saya kalau saya nk tubuhkan fan club "anti-orang-anti-orang". eh u, jangan berkedut dulu muke, ok mari saya jelaskan maksud yang tersirat., eh teringat dulu belajar buat rumusan, kene carik 3 tersurat dengan 3 tersirat. saye yang terror untuk carik sebab memang suke mensirat-sirat ni. kembali kepada tujuan asal, maafkan atas keterlanjuran penulisan ini, club "anti-orang-anti-orang" ialah satu pertubuhan yang bukan bermotifkan wang ringgit atau kebendaan semate mate. tak bagus tau begitu, ini ialah pertubuhan amal . "anti-orang-anti-orang" bermakne, kite menganti orang yang menganti orang dan kemudian menganti dan terus anti menganti mereke. HAHA.korang maklum kan sekarang, kat facebook heboh isu yang orang tubuhkan anti fasha sandha la, anti scha la dan sebagainya.

maka, berdirinya saya di hari ini, untuk membele nasib mereke ini. skang cakap sambil elak elak badan sebab dibaling dengan telur, kasut ataupun kerusi. ok,itu merepek.

tak wajar la buat club sebegini.macam pecahan tak wajar tu. nombor kecil kat bawah, besar kat atas. kesian yang kat bawah nak angkat kan, eh,lupe nk warn yang tu takde kaitan dengan wajar yang disebut di permulaan perenggan. sambung sambung . diorang pun manusia jugak. punya hati dan perasaan. macam hanis zalikha cakap, hati, heart bukan liver. ha tapi diorang pun memang pastinye ade la liver kan. takkan kau je nak ade liver. eh u ni plak. maka sebagai insan sesame insan, kan tak baik sakitkan hati orang. ye la, manusia kan tak prefect, eh tu pengawas la, perfect tu baru sempurna. ishhh. nanti hari ni kau rase kau perfect, nanti esok-esok dah tak perfect nak anti diri sendiri? omg. tak larat nak pikirkan.

seandainya mak fasha sandha join facebook, mesti mak dier kecik heart. **eh, comel la cakap kecik heart kn. nanti macam mane kalau mak dier menitiskan air mata? kan nanti kesian kat beliau. air mata ibu dah tumpah. berharga tau. eh, kau jangan tadah dan pajak ke kedai pajak, tampar kang.

lagipun, club club camni la yang jatuhkan martabat bangsa,agama dan negara. ye la, kan world wide dah gune facebook ni, semua nak ade mukabuku ni. tapi patutkan kite tunjukkan yang melayu anti sesame melayu, islam anti sesame islam, malaysia anti sesame malaysia. ape nak jadi dengan kau orang ni? ingin kembali dijajah? nak nyanyi lagu jepun pagi-pagi? ini semue sebenarnye peluang kat negara lain, bangsa lain, cari kelemahan kite. sedarlah,bangkit lah. wauu!-bukan yang terbang ke udare, ini intonasi kagum, dapat buat perenggan berbau patriotik- aku dapat rasakan aura patriotik ni hari ini. terus rasa nak keluar kibar bendera. overrrrr

eh, bosan eh entry ni? macam syok-sendiri ke?

ye la, dah kau buat muke bosann tu, ok fine. jom kite g hisap rokok jap sebatang. ha nah, hari ni gua derma rokok sebatang.

eleh, kau nak je kan hisap? kalau aku cakap ade enzim babi pun kau hisap jugak kan. tau tuu. kalaulah jantung kau zalim, tengah-tengah merokok, jantung behenti jap pam darah, jantung pegi IJN jap check jantung sebab banyak sangat isi kandungan yang buat jantung pening lalat. haaa, baru kau panic time tu.

ok, ucap bye dan gud nite.






2 comments:

joegrimjow said...

jgn kita benci sama sama kita
jahat ada cara untuk teguran

naz said...

haha. rokok ialah penawar dalam bisa. eh saya tak hisap ok hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails