tajaan,

DenyutJantung!

Showing posts with label link. Show all posts
Showing posts with label link. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

mira kesayangan share sesuatu yang best hari ni, pastu nak share dengan korang semua jugak. 


Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
    hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
     menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
    untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
     sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
     bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
    pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
    tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
    ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
      untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
      mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
      baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
      Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
       yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
      mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
      bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau     sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
      dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
      kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
      pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
      mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

awak cinta saya tak MF? heeee


Monday, April 26, 2010

Sumpah Saya Tak Sombong/Kekwat

saya nak cerita sikit ni, saya nak mengaku ni yang saya bukan sombong, blogger tak mesra alam. tak tak, bile berkesempatan saya suke blog berjalan mengelilingi dunia. rasa power dan gembira bila baca blog orang lain. Macam contoh blog ibu Hanis Zalikha, Aunty Nani Rostam, rase dekat sangat dengan beliau walaupun tak pernah jumpe ;p hihi. suke bace aunty ni bercerite, macam luahan hati. ikhlas dan telus je. pastu kan auntu cakap WOHH, comel la, hehe. eh,bukan cakap, type..pastu suke ke rumah Chika jugak, nak ke Aussie masih belum sampai mase, ke rumah alamaya ajelah. tu je mampu, tu pun kadang kadang ade bulan miss bayar. bile bace kisah dier, best nye jadi Chika. untung betull ;) HAHA.tapi takpe, tetap untung jadi diri sendiri.
banyak lagi blog yang saye suke bace walaupun diorang tak follow pun saye,

sebab malu lah nak cakap, i follow u, u followlah i.
malu malu, so not me.
poyo je cakap 'sonotme' (?)


ok, kisah sebenarnye ialah, saya nak bagi tau ni ade follower yang saye tak dapat nak terjah balik blog mereke. macam ade sesuatu yang mengganggu hubungan kite dan tak merestuinye. tak tido malam mengenangkan perkare ini. saya gusar anda ingat saye perempuan kekwat yang poyo, tak sedar diri bak melukut di tepi gantang, harapkan pagar,pagar makan padi.. ohh, ni semua bermain di fikiran la. heeee.

meh saye bagi bukti,

tengok, dekat name si cokelat tu tak ber-link. saye buntu pikir jalan penyelesaian nak menselesaikan dilema ni. saya teringin sangat terjah ke belog kamu. kot kot saya layak dapat cokelat free ke, kat sini bagitau tentang promotion coklat besar besaran ke. siapa tahu kan? frust frust frust. si cokelat, tinggalkan jejak ye, nanti boleh kite berhubung melalui alam maya. Adamaya di TV3, jangan salah bace plak.

sepatutnye appear begini. nanti name tu berlink,make saya boleh terjah belog anda. macam atas tu belog rakan se-uitm. malu saye tau, bocor rahsie saya baik di blog, jahat di UiTM. BAHAHAyaa, Paie, rahsiekan hubungan kite di blog ye. haaaahaaaa. lepas tu jangan sesekali bile berjumpe kate, 'eh aku baru baca blog kau semalam', comfirm saye akan malu tahap cipan. kenape perasaan tu berlaku? masih lagi dalam samaran sebab dan akibatnya. yang pastinya masih belum ketemu jalab nak overcome. uuuu, shame shame.


lagi satu contoh ialah :

bukan saje tak ber-link, gambar ke ape ape pengenalan diri pun takde. teringin nak tau sape eija di sebalik hatihati tersebut.. adakah kawan baik saya di matrix dulu? nama dier ija, tapi Fahana suke panggil dier flowerhorn, saya betul betul tak setuju. HAHA ;p sekarang baik mengaku siape eija yang sebenar. supaye terungkai segale misteri ini. tolonglahh..

yang dapat diterjah, jangan marah tak tinggalkan jejak. saye mesti singgah, tapi nak mengcomment tiade mase la. masa saya dedikasi khas untuk Final sekarang ni, kecuali pade ketika ketika tertentu. hehehehe, ye la, kan perlu rehat. kamuu ni, sinis la.

teringin nak berbelog gaye Naz, sempoi, ayat makan dalam, puitis lagi. penulisan matang sangat..

tapi apakan daye, baru nak mengarang pantun 2 kerat dah kene pikir nak masak ape hari ni,? pikir anak anak nak makan ape? eh,tu tipu. selalu hilang fokus. takde momentum betul la. huh, ade tak kene mengene momentum? rase macam nak sebut tapi tak tau bile sepatutnye. heee.

ok la, nak ganti tido 2 hari sebab dah 20hari tak tido. WHAT? ok,tipu lagi.

ByeBye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails