tajaan,

DenyutJantung!

Monday, February 15, 2010

anda boleh mati jika kurang air. tau tak?

hari ini tengok berita utama di TV3, ceh ain tipu..sebenarnya tak sengaja lalu depan TV time berita tu lepas tu terkejut dengar berita masalah kekurangan air. WHAT? Negeri Sembilan salah satu di antaranya. ok fine, di kala aku bercuti ni la masalah jatuh bertimpa-timpa.,umpama sudah jatuh ditimpa escalator. mama dah keluarkan order letter untuk isi tong-tong besar, kot kot air kene catu. ok fine, selaku anak sulung yang baik dan berdedikasi, aku akan agihkan tugas dengan cemerlang sekali. dont worry momma, u can count on me. x)

masalah yang akan tiba bil takde air :

@ time tu la semua orang akan suke nak mandi lame-lame. eh,selame ni kau mandi kejap je kan? skang kau tuka hobi mandi lame-lame plak. mendatangkan marah terhadap si pengmenuh tong la.
@ tekak akan dahaga, minum skit-skit, konon prihatin terhadap orang lain yang mungkin nanti takde air nak minum. oh mannnnn, saya diet yang memerlukan minum air dalam kuantiti yang banyak. cm ne nak dapat body cam Jessica Albaba ni. aiyak. jom g tesco beli mineral satu kotak. lets go baby, come to tesco. tesco tak bayar saya pun untuk adv ni. BAYAU skang lerrr. ( peringatan : saya bukan orang Melaka)
@ ada alasan untuk tidak basuh baju, maka akan beli baju baru, hoyehh.. tapi ohhh tidakkk!!! teringat artikel di cikgu rashid yang bintang berkelip dan juge mira life is fantastic iaitu baju baru ada banyak bakteria. kene basuh dulu, tapi tu ok lagi, cm ne nak try ni. ataupun sekadar ambik gambar dalam fitting room. HAHAHA. eh, saya tak buat gitu, ni orang cite *winkswinks* ok kene potong alasan nak beli baju baru sebab takde air. ala, merajuk skang.

@ masalah taun akan berjalan seiringan apabila ada masalah air? ye ke? ain tak silap ke ni? kang dikire ajaran sesat plak. tak tak, betul ni. awak semua jaga diri ye, makan di tempat yang bersih tau. makan kat rumah je la senang. kebersihan terjamin skit. sambil sambil mengukuhkan siraturrahim dengan bersama sama potong bawang, cili api dan sebagainya. awak semua setuju kan?

@ masalah lain yang akan timbul bila badan kekurangan air :
Tubuh selalu kepenatan
Sakit kepala yang kerap atau migrain
Sembelit
Ketegangan otot
Tekanan darah yang tidak seimbang
Masalah buah pinggang
Kulit kering
****Risiko Kematian !!!!!****


fakta untuk perkongsian bersama

kepentingan air terhadap manusia.

Mungkin bagi kebanyakan kita, air seolah-olah tidak memainkan peranan yang begitu penting. Namun pada hakikatnya air, selain oksigen, merupakan bahan yang paling penting yang diperlukan oleh setiap manusia sepanjang hayatnya. Malangnya air sering diabaikan dalam diet, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dilakukan di Hong Kong baru-baru ini, hanya 50 peratus daripada mereka yang ditinjau minum air sebanyak lapan gelas sehari. Manakala, yang lain-lainnya hanya minum apabila berasa dahaga saja. Sebenarnya, kita perlu memberikan perhatian terhadap kebaikan minum air dan menggalakkan kanak-kanak berbuat sedemikian. Amalan minum air yang cukup akan dapat menghindarkan berlakunya pendehidtratan dan mengekalkan amalan membuang air besar. Di samping itu, kesihatan kulit dan rambut akan terjaga. Kita memperoleh air daripada cecair seperti air paip, susu, jus buah-buahan, kordial, minuman ringan dan sup. Makanan seperti nasi, roti, mi, buah-buahan, dan sayur-sayuran turut mempunyai sedikit air walaupun tidak cukup untuk memenuhi keperluan cecair kita. Air membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan di samping membawa nutrien dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisu. Tanpa makanan, manusia dapat hidup selama lapan minggu, tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari. Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Hal ini bergantung juga pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Dalam kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600 ml peluh sehari. Input air perlulah sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami pendehidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin. Meminum minuman yang bersih dan selamat adalah penting kerana kebanyakan penyakit adalah bawaan air. Masa yang terbaik bagi kita untuk minum air ialah sebelum kita berasa dahaga.
credit to : ms.shvoong.com

banyak kan masalah bile musim panas ni. teringat cakap abang baca berita tadi, kemarau ni disebabkan manusia yang tak hargai bumi. lebih kurang la gitu, ingat ingat lupe la skrip abang tv3 tu tadi. btul jugak tu, semua hutan nak tarah, tu la bumi jadi semakin panas. apa yang nak dikejar sangat dengan projek sana sini jutaan ringgit tu, tapi lepas tu terpaksa tanggung kos kemusnahan alam beribu juta ringgit plak. tak ke menyusahkan gitu. kite kena la pikirkan long term punya kesan dan akibat. dah la golongan macam aku ni tak merasa main nyorok nyorok dalam hutan, takpun pungut biji getah ke, eii comel kan cam tu,lagi malang lagi kalau nanti anak aku, tengok hutan pun tak pernah. kot kot hutan tu dier ingatkan sejenis kuih tradisional. pening nak menjawab.

pesanankhidmatmasyarakat : jangan type entry panjang panjang, itu akan menyebabkan mereka nanti tak semangat dan buat buat lupe nk click nuff tu. click skang kalau anda cantik dan hensem. cepat-cepat...

eh u...jangan lupe minum air banyak-banyak tau....

4 comments:

aNoZ said...

kalo minum air banyak sangat pun boleh sakit gak. tau x? hehe... tp bgos la minum air ni. minum bnyk sebelum tdo.

Unknown said...

biar takde api jgn takde air..

aNoZ said...

bia ada hati jgn x de ilmu(?)

Amira is mira said...

mira life is fantastic here!haahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails