tajaan,

DenyutJantung!

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Jangan Takut Gagal wahai CikEpal.


Assalamualaikum, tak jawab dosa. hehe ;p tadi sedang jalan jalan di alam maya, ternampak update CikEpal. --> jangan takut gagal.

heheee, ni menarik nak share jugak ni, sebab kebetulan, Hari ni LAST PAPER untuk sem 4. yang masih dalam mood exam, sile jealous okkkk. ini bukan point, point nya ialah, paper tadi sangatttt susahhh. sebenarnya tak susah la kalau baca, study dari sem lepas, rajin datang kelas, rajin bertanya lecture.

ok fine,fine. bosan la dengar yang begitu. tidak remaja tau?

mane nak mule ye, banyak sangat merepek samapi dah tak jumpe jalan keluar.

ok, mari kite mulakan,
secara lahiriah, memang kite di Malaysia sangat dinilai memalui pelajaran kan. ok, mungkin bukan Malaysia saja, saya tak tau fakta sebenar, tapi, tak adil kalau kepade mereke yang lemah dalam mata pelajaran, tapi berbakat besar dalam skill lembut. bukan lembut awww awww, soft skill lah, heheh.. ye la, kemasukan ke IPTA berdasarkan gred yang kite dapat kan? tapi sistem pembelajaran di Malaysia sebenarnya sangat tidak adil ok.

meh, saya selaku student share sama kamu ye.

situasi A,


minah-tak-terror-hafal : untung la kau dikurnikan bakat mampu menghapal. satu buku boleh hapal. comfirm la kau dapat 4flat. hehe...
minah-terror-hafal : ala, biase je. memang rezeki aku la kot.
minah-tak-terror-hafal ; eh, tapi aku ade ta paham la satu term ni, kau tolong terangkan boleh?
minah-terror-hafal ; ala, sorry la wei. aku hafal bulatbulat dalam buku, tak paham pun.huhuuu


haaa, dapat tak ape yang saye cube nak terangkan? mereke yang excellent ni, semua penghafal. makne nye, keputusan exam mereke tu macam takde nilai pun. dapat 'A'. tapi kefahaman 'E'. ade ke yang tak setuju? ok la, mungkin ini anugerah. fineee, tak jelez pun. sebab tau, orang yang menghafal, takkan ingat lame, takkan tersemat di hati pun. kecuali hafal dan paham. saya cakap dari pengalaman. ade yang nak bagi pendapat, bina dan kutuk saya sudi je terime. kite same2 sedang dalam proses pembelajaran kan ;)


situasi 2

kerja kumpulan.

ahli 1 : bagilah ahli 1 yang senang. ala, tak reti la nak buat yang susah.
ahli2 : ala, undi la. ape susah.
ahli3 : nanti aku bagi duit je boleh? aku banyak keje lain la.
ahli4 : busy la weiii, korang buat je, aku setuju je.

ahli5 : bak sini la aku buat, aku pun takde keje.


sampai mase markah sama rata. effort letak dimane. kerje berkumpulan memang betulbetul perlukan kesefahaman yang tinggi. jangan suke bergantung kepade orang lain. nanti orang benci. buat keje masing masing dengan baik. bukan setakat melepaskan batuk di tangga. kalau setakat buat, tapi kemudian jenuh nak edit balik pun tak gune jugak kan? plus, kau kene la tau ape yang kau buat. bukan setakat salin balik dari buku, atau copy paste. sebab nanti bile time present,lecture mintak penenerangan, terkebil kat depan. effect tau markah. kerja kumpulan kene la ade timbang rasa, jangan la harap sorang buat semua. jangan la sampai bergaduh bagai sebab bende kecil. profesional la, bile ditegur, cube terime. bukan rase diri je betul pastn tak boleh terime pandangan/terguran orang lain.

cukup 2 dulu la ye. nak siap pergi jalan la. kan dah abis exam ni ;)
ngeeee

taaaataaaa


notabawahentry : nanti balik saya bagitau macam mane sistem ini berkait dengan kata
CikEpal, jangan takut untuk gagal. nantikan kepulangan saya. HAHAHAHA ;p

amiraismira, jaga rumah ye, saye keluar berjimba sekejap, awak jangan merayau, Ahad ini masih ade paper. HAAAAAAA



Wednesday, April 21, 2010

tip sebelum menduduki dewan peperiksaan. Selamat berjaya semua ;)

hyeeee~ esok ade 2 paper sekaligus. paper membace plak tuuu.. arghhhh tekanan tau. disini la timbul yang dikendong tak dapat, yang dikejar keciciran. sebab dah baca, tapi lupe, ape ni? sakit jiwe tau cam ni.

ok, nah tip untuk kamuu dan saye jugak la. saye ambik dari SINI. nak lebih tengok sini ye.

Berikut adalah tips-tips nya ;
1. Tidur awal
Tidurlah awal pada malam sebelum peperiksaan. Tidur yang mencukupi penting supaya badan dan otak kita segar pada keesokan harinya.


2. Bangun awal
Cuba bangun seawal mungkin pada pagi hari peperiksaan. Bangun, mandi dan tunaikanlah solat sunat 2 raakat. Solat sunat apa-apa pun boleh. Sunat taubat ker, sunat hajat ker, atau sunat tahajjud pun boleh dilakukan. Doa dan minta pada Allah supaya mempermudahkan kita untuk menjawab soalan.

3. Baca surah Yaasin
Abah saya kata, Surah Yaasin adalah ’surah yang memudahkan’. Sebab itu kalau orang sakit tenat digalakkan untuk kita baca surah Yaasin supaya kalau ajal nya sudah sampai, maka mudahlah roh nya untuk keluar dari jasad. Jadi, siapa yang amal membaca surah Yaasin pada pagi hari, InsyaAllah, dengan keberkatan surah ini, semua kerja-kerja kita selama satu hari tu akan dipermudah dan diselesaikan.
Jadi, peruntukkan sedikit masa untuk baca surah Yaasin, setidak-tidaknya pada hari kita nak menduduki peperiksaan. Baca dan niatkan dalam hati supaya Allah bantu kita.

4. Telefon ibu
Doa ibu bapa untuk anak adalah sangat mustajab. Telefon lah ibu/bapa kita sebelum menduduki peperiksaan. Minta maaf pada mereka kalau-kalau kita ada buat dosa dengan mereka. Minta mereka doakan kejayaan kita. InsyaAllah, dengan berkat doa ibu/bapa, Allah pasti beri kejayaan pada kita.

5. Pergi ke tempat peperiksaan lebih awal
Pastikan diri kita tiba di tempat peperiksaan setidak-tidaknya 15 minit lebih awal dari masa peperiksaan bermula. Ini bertujuan untuk mengelakkan kita daripada menjadi kelam kabut sekiranya kita terlewat.
Saya pernah melihat seorang calon yang sampai lewat ke dewan peperiksaan. Memang kelam kabut dan huru hara dibuatnya. Saya lihat dia termengah-mengah, berpeluh dan nampak kusut pada wajahnya. Sedangkan pada masa itu, orang lain dah bersiap sedia dengan tenang di tempat duduk masing-masing untuk menjawab soalan. Dia pulak, memang nampak kelam kabut dan tidak tenteram. Dalam keadaan begitu, adakah anda rasa dia boleh menjawab soalan peperiksaan dengan baik??
Jadi, sila pastikan diri kita untuk datang awal ke tempat peperiksaan.

tata. selamat maju jayee.. ;)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails