tajaan,

DenyutJantung!

Showing posts with label lagenda budak setan. Show all posts
Showing posts with label lagenda budak setan. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

Review Lagenda Budak Setan ( Tolong Baca Sebelum Pegi Tengok )

Lagenda Budak Setan the movie, ternyata satu kegagalan. NOKTAH

tidak tipu ok, cume Ain tertipu dengan trailer yang sedap. maka baik anda semua tengok trailer sahaje, pastu nanti beli la CD tak pun download je la. tak best pun. baca novel 200 kali gande lagi best.

hishhh, nasib baik ticket RM10 je. huihhhh. hampo den ;(

kalau ade duit lebih pegi la tengok, kalau duit cukup cukup makan tak payah la, simpan je la duit tu.

Ain kecewe :(


Thursday, June 3, 2010

musim mengawan semakin hampir!

musim depan dah start cuti sekolah. apa lagi bile cuti sekolah, musim mengawan la kan, heheee~ orang kawin la sana sini, maka, banyak la jalan yang akan ditutup.
tu yg leceh tu, pastu lg leceh nk kene gosok baju kurung. haishhh.

orang kawin sekarang semua nak buat gah gah. tadi dapat card jemputan, dekat card siap ada gambar pengantin besar card sehelai. LOL! buat apa itu semua? ok la, supaye tak confius nanti. mungkin pengantin ramai sedare yang lupe wajah nye. ;p gambar kecik dah la yang, tak payah la satu page gambar kamu. agaknya sekeping card mau RM5, sebab memang unik dan cantik dan berkualiti la. takpelaaaa, orang banyak duit ;P tapi ain nanti nak kirim card gune email, blog dan fb sahajo. boleh? jimat ape. dapat saving duit nak ronda satu dunia nanti. T.T

sekarang lagi orang kawin mesti bagi macam macam dalam beg goodies tu ;p pastu nanti dpt pasu la, dapat bekas 4 segi la, pasu yang kecik tu la, ehehee~ mase teman kak ngah pegi Nilai 3 beli barang hantaran dulu, macam macam patern ado. yang penting ade fulus. hehee ;p segale macam jenis ade, segale macam harge pun ade jugak ;p tapi ain paling suke kalau dapat cumi. HAHAAA. i love cumi. nanti balik sejukkan pastu makan. kat giant ade je jual satu pack kan, tapi yang umah org kawin sedap sikit sebab free dan sikit, macam limited edition la.. ngeee. eh kau org tau tak cumi tu ape?

pengantin sekarang kawin baju diorang cantik cantikkk. macam macam style ade, tu sume la sambil tengok pengantin sambil suap nasi, sambil berangan sok kawin ape patern baju nak buat. HAHAA. sabarr la Ain, teruskan pembelajaran lagi 2 tahun tu. Hohhh! apsal lame sangat lagi ni nak habis belaja. orang nak kawinn ni. tau tak? sabar la hatiiii~

yang paling best part gambar. kan ramai pengantin sekarang buat gambar indoor n outdoor, chewahh. macam sukan pulak. kalau gambar outdoor tu sangat menarik okkk. tu yang buat acik semakin tak sabar nak kawin sebab nak ambik gambar banyakkkk banyakkkk. cari pengambil gambar yang propesional. tu la dah suruh adik belaja coz tu sebab nanti boleh ambik gambar free. dah jimat cost kan.. dier dah setuju, tapi mama pulak tak setuju. haihh, potong stim betul, kene buat kira kira balik. T___T

ok dah la, nanti cerita banyak banyak terus merepek perkara yang dibuat selepas kawin plak. terus tak nampak innocent nanti. kehkehkeh.

dah lame tak merepek kan, ;p

hari ni Lagenda Budak Setan keluar!

Saturday, May 15, 2010

[TRAILER][GAMBAR][ LIRIK HILANGNYA CINTA[ Lagenda Budak Setan The Movie


setanx


masih ingat lagi karya Ahadiat Akashah ni? best ooo Lagenda Budak Setan ni. baca empatpulohempat kali pun nak touching gk. sape tak pernah bace memang rugi la. maybe adikadik yang lahir 90an tak baca kot. kakak lahir 80an. maka sempat la baca. ehhheee, best dikkk, tak rugi baca, penulisan sempoi je. ;))


yang best tu, cite ni dah difilemkan, heroin dier, my BFF tau. Lisa cantik kesayangan ramai dan dibenci masa jadi maya dalam adamani. fuh, kirang boleh baca ayat tu dalam satu nafas? heeeee


Screenshot2010 04 02at55740PM (Trailer) Lagenda Budak Setan: Dari Novel Terlaris Kini Ke Filem

tak sabar nak layan cite ni, sapa yang baca novel ni, sure nak punya la tengok kat wayang plak. heroin peveret malaya plak tu kan ;) disamping tu ade jugak ,nama-nama muda yang besar macam , Farid Kamil, Fazura, Que Haidar, Raja Farah dan ramai lagi la. tak rugi tengok ni rasanya.


tengok trailer ni, macam best. lagu ni pun macam best, touching bangat .



i dah tengok trailer ni banyak kali ok, macam best sangat je, menterujakan je ;)))

sedih tau trailer ni, i nangis..

T___T

nanti mase pergi tangok kene bwk tisu ni. ngeee


memang tak sabar la nak tengok, diharap pada masa dan ketika ini, poket sedang basah. Aminnn.


kita tunggu dan lihat sajo lah.

update: LIRIK Hilangnya Cinta, by; Filianti Vlee

Penyanyi: Filianti Vlee
Tajuk : Hilangnya cinta

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails