tajaan,

DenyutJantung!

Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label siti nurhaliza. Show all posts

Monday, February 21, 2011

[GAMBAR] Perasmian masjid AL-Khalidiah - Dato' Siti Nurhaliza Dan Dato' Seri Khalid

Alhamdulliah siap sudah masjid yang didirikan oleh Dato Siti Nurhaliza dan suami Dato Seri Khalid Muhammad Jiwa di Sungai Petani Kedah, hasil dari tabung Yayasan Nurjiwa. kejayaan ini memang amat membanggakan. Alhamdulliah, masih ada orang kaya yang tak lokek menyumbang untuk negara, untuk masyarakat kan.

psstt Siti cantik sangat bertudung ;)


cantik kan ;)
simple je tapi tetap cantik

memang sah siti ikut muka mak dier
sebijik tak?
ehehhee

 Masjid Al-Khalidiah telah dirasmikan pada 19 Febuari 2011 oleh DYMM Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Muad'zam Syah 

Masjid Al-Khalidiah 

 Masjid Al-Khalidiah dibina oleh Yayasan Nurjiwa dengan kos berjumlah RM1.7 juta dan pembinaannya bermula pada 2009 dan siap akhir tahun lalu bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896. Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika dihubungi berkata, “Siti rasa teruja kerana impian untuk melihat masjid ini siap sepenuhnya menjadi kenyataan.“Bagaimanapun paling menggembirakan Siti ia dilancarkan secara rasmi serentak pada hari kelahiran suami Siti yang jatuh pada hari ini,” katanya penyanyi popular itu yang turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di masjid itu malam kelmarin.Khalid yang ditemui selepas majlis itu berkata, “sewaktu masih kecil dulu, saya sudah menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid dan saya bersyukur kerana apa yang saya impikan berjaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah semua hasrat itu dapat dilaksanakan dengan baik dan berharap ia dimanfaat sepenuhnya oleh masyarakat kampung.“Nama Al-Khalidiah itu dipilih dua orang yang berbeza iaitu guru saya di Makkah dan juga imam di kampung saya ini. Memandangkan maksud dia juga indah iaitu salah satu nama syurga dan juga sebuah keluarga yang besar jadi saya pun memilih nama itu untuk masjid ini,” katanya.
sumber : berita harian online

Alhamdulillah, semoga hajat mereke cepat cepat tercapai,hajat memiliki cahaya mata. aminn

Thursday, January 13, 2011

[GAMBAR] Siti Saerah (Dan Suami), Adik Siti Nur Haliza - Baru 4 bulan bernikah dah bersalin? betul ke?

hai hai hai, hari ni kite nak menambah dose bergosip..yiehaaaaa..

eh eh, korang ade bace paper tak pasal yang artis baru kawin 4 bulan dah melahirkan anak tu?

dengar dengar Siti Saerah. adik kepade Siti NurHaliza Dan Siti Saida..

betul ke?

 

http://1.bp.blogspot.com/_k4rPYbO57aM/TOdzUMGvjDI/AAAAAAAAJnk/lkhf8njze3k/s1600/Siti%2BSaerah%2Bkahwin%2B1.jpg
ni la cik abang (suami) siti saerah, hensem jugak ye..hehe

http://farm5.static.flickr.com/4086/5192149210_a12de5073c.jpg
pelik tak nape siti nurhaliza takde eh?


ramai yang kate betul, berdasarkan komen Saida yang berbunyi ;-

"Apa yang penting dia sudah pun bernikah dan mempunyai suami, saya harap dia dapat menjaga keharmonian keluarganya sehingga ke akhir hayat,"jelas Saida yang enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.
dipetik dari SINI.

Gosip mengenai seorang penyanyi realiti wanita yang baru sahaja melahirkan seorang anak biarpun usia perkahwinannya baru mencecah empat bulan menjadi antara 'hidangan' hangat pembuka tirai tahun 2011 ini.

Biarpun khabar angin itu tersebar tanpa di sebut siapa sebenarnya penyanyi yang dimaksudkan, namun bayang-bayangnya sedikit sebanyak terkena tempias kepada adik penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza.

Penyanyi yang dikatakan pernah memasuki program realiti tv, dan baru sahaja melangsung perkahwinan sekitar Ogos lalu seolah-olaj ditujukan kepada Siti Saerah, apatah lagi Saerah yang pernah memasuki rancangan realiti One In A Million musim pertama dahulu, baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 27 Oktober yang lalu bersama Saiful Anuar.
Enggan berterusan bersangka buruk pada anak kelahiran Kuala Lipis ini, Mangga Online bertanyakan kakak kandungnya yang juga seorang penyanyi, Siti Saida. Namun malangnya, Saida enggan memberikan sebarang komen terhadap berita yang melanda adiknya itu.


"Saya tak boleh kata apa-apa tentang perkara ini, cukuplah sekadar saya mendoakan dia bahagia bersama keluarga barunya sekarang.

"Apa yang penting dia sudah pun bernikah dan mempunyai suami, saya harap dia dapat menjaga keharmonian keluarganya sehingga ke akhir hayat,"jelas Saida yang enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

kebenaran sebenar kite tak tau la kan, tah ye entah tidak, tu pasal kite kate gosip kan, tapi kite sebagai manusia biase, tak patut la nak menghukum manusia lain kan, mengeji apetah lagi, kalau betul pun kejadian di atas, kite tetap patut bersyukur sebab mereke pilih untuk menikah, tak buang baby tu kan.. ni bahagian mereke, kite tak tau lagi, dari kite sibuk mengate, baik kite doakan agar hubungan mereke terus bahagia.. okk..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails