tajaan,

DenyutJantung!

Tuesday, July 19, 2011

[GAMBAR] Dari Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesya Farhana. sexyy wooo

baru baru ni, kes Mohd Ashraf Hafiz nak tukar name dalam ic kepade Aleesya Farhana,
hakim tak benarkan..
tapi ikut kate. ade yang kate mamatminah ni khunsa, so cm ne tuu?

dah siap operate jantina kat thailand lagi,
ishh menakutkan betul la..

ni gambar kat mahkamah
.
.
.
.


http://kerangs.net/wp-content/uploads/2011/07/Aleesha-Farhana-Abdul-Aziz.jpg 
ps : tak boleh cakap cantik,
akk opis kate nnt berdose
nak kate tudung dier cntk takpe,
heheee
tp ape motif pakai tudung??


KUALA TERENGGANU — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas menjalani pembedahan tukar jantina dua tahun lepas.
Ketika membacakan keputusannya, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.
Mohd Ashraf Hafiz yang membuat permohonan itu pada 25 Mei lepas telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak daripada segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Hakim Mohd Yazid berkata, keputusan mahkamah menolak permohonan itu juga kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, yang telah berjaya meyakinkan mahkamah bahawa permohonan berkenaan tidak wajar diluluskan kerana pemohon bukanlah wanita tulen.
Katanya, walaupun pemohon telah menjalani pembedahan tukar jantina, perkara itu tidak boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.
Selain itu, katanya, tiada laporan lengkap daripada pihak hospital bersabit pembedahan jantina yang dibuat terhadap Mohd Ashraf Hafiz, dan sepanjang prosiding berlangsung, tiada seorang pun doktor dipanggil untuk memberi keterangan.
“Setelah kes ini diperhalusi dan diteliti dari semua aspek dan mengambil kira implikasi kepada masyarakat, mahkamah menolak permohonan pemohon.
“Mahkamah juga tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklarasi bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam MyKad dan dalam dokumen pengenalan diri lain pemohon,” katanya. – BERNAMA
*Gambar di atas adalah ketika Mohd Ashraf Hafiz muncul buat pertama kali di mahkamah baru-baru ini.

17 comments:

fannie said...

weiii muka jantan habiss gamba last tu.. aisshh, elok2 aku nak kecikkan tangg dada tu die boleh buat besa2 pulakk... ;P

aidahassan said...

tak tahu nak cakap apa kan :) senyum je lah

Nur -al- Ain said...

fanni : tau takpe.. jantan abiss

Nur -al- Ain said...

fanni : tau takpe.. jantan abiss

Nur -al- Ain said...

aida hasaan : senyum pun x larat dahhh

Anonymous said...

X perlu nak kutuk2 sebab kalau anda berada di tempatnya mampukah anda bertindak lebih baik darinya.Jadikan je sbg peringatan.. mungkin suatu hari nanti anak anda pula sepertinya.

Jimmy said...

Biarlah dia nak tukar jantina pun. Itu hak dia. Kita tak tahu apa yang dilaluinya. Dia bukan suka-suka tukar jantina, mesti ada sebab tu. Buat apa nak buat perkara yang confirm2 akan dicemuh masyarakat kat sini kan? maksudnya kalau dia buat juga, dia memang ada sebab kukuh..

Anonymous said...

Kalau dibiar kelak anak2 korang jugak akan ikut. kalau nak kutuk biar la yang piositif supaya dia dapat kembali ke jalan yang benar. kalau disokong kelak kita sendiri akan disoal Tuhan pada hari pembangkitan. tiada alasan yang kukuh melainkan imannya. kalau iman sudah tidak percaya yang 6 itu, inilah hasilnya. Tuhan mahal adil. Ini mungkin pengajaran dan ujian buat pemimpin untuk menyelesaikan masalah penduduknya. ini pandangan. sekian

Anonymous said...

pd saya, jika dr kecik terdapat keraguan pd gender dia, maka perwatakan cenderung kewatinaan maka tanggungjwb ibubapa untk menentukan jantina dia dgn mndpt nasihat doktor & mengubah jantina dia,tngk dr gmbr aleesya farhana mmg ayu jelita, jatuh hati cinta pandang pertama, kpd ashraf jika blm de bpunya saya sanggup menjd teman hidupmu selamanya, luv u aleesya farhana

Sarah Aliya said...

Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz kerana telah disahkan meninggal dunia pagi tadi kerana serangan jantung..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Nya dan diampunkan dosa2 nya..

Sarah Aliya said...

Al Fatihah kepada Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz..Dia disahkan meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung..semoga rohnya dicucuri rahmat dan dosa2 nya diampunkan Nya..AMIN..

Pinoko said...

jangan mudah menghukum. Sesungguhnya diam itu lebih baik. bersama2 muhasabah diri lantaran diri sendiri masih banyak kekurangan dan kelemahan. Allah Maha Mengetahui. wallahu'alam..

Sedekahkan al-fatihah untuk Allahyarham semoga rohnya tenang di sana..InsyaAllah

Si MaTa BulAT said...

salam.... arwah dah meninggal... tak baik aibkan dia dgn gambar2 die yg seksi. semua manusia pnh bt silap. :)

Anonymous said...

marilah kita semua mendoakan arwah...semoga ALLAH memberikan hidayah kepadanya semasa dia sedang sakit tempoh hari....semoga arwah mendapat pengampunan dari YANG MAHA ESA...amin.

Ibu Mifzal Arsyad said...

Hilangnya seorang lelaki handsome..

Anonymous said...

Allahyarham seorang perempuan yang dilahirkan dalam badan lelaki dan telah diuji oleh Allah sepanjang hidupnya.

Allahyarham memiliki diploma pembantu perubatan, telah menamatkan pengajian di kolej pembantu perubatan seremban.

siapa anda untuk menghina untuk mengutuk Allahyarham? Allahyarham telah meninggal dunia. Tiada apa lagi yang boleh diperkatakan.

Mengapa beliau bertudung? Ingatlah, bukan semua lelaki yang ingin menjadi perempuan adalah pondan yang jalang atau sundal. Ada juga yang memang berperasaan perempuan dan menganggap diri mereka seorang perempuan yang termasuk dalam badan lelaki. Bukan semua mereka yang mahu menjadi perempuan itu untuk memuaskan nafsu serakah lelaki.

Harap maklum.

Semoga Allah mengampunkan dosa Allahyarham dan menempatkan Allahyarham di kalangan orang yang beriman. Aamin.

Anonymous said...

Je cherche à la fois pour les blogs qui donnent impartiale, équilibrée commentaires sur toutes les questions ou les blogs qui ont une inclinaison libérale ou de gauche. Je vous remercie ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails