tajaan,

DenyutJantung!

Thursday, May 8, 2008

FRUST..nape aku???

Aku diberi nama Merah. Pelikkan nama tu. Macam takde nama lain aje. Sebenarnya aku pun cukup tak suka dengan nama tu..macam nama gangster..tapi..apa nak buat dah memang nama aku gitu, bersyukur ajelah..Aku dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Memang malang nasibku tak seperti kawan-kawanku yang lain ada ibu dan bapa. Kadang-kadang aku cemburu melihat mereka sekeluarga bergurau senda dan bermesra.Syukurlah ada Cik Mail sekeluarga ,dapatlah juga aku menumpang kasih. Beliaulah yang menjaga aku sejak kecil dan memberikan aku sepenuh kasih sayang.
Ibuku meninggal dunia kerana tak tertahan menanggung sengsara ketika melahirkan aku . Mungkin kerana saiz aku yang agak besar. Macam anak gajah, kata Cik Mail. Ayahku pula terkorban akibat kemalangan jalanraya. Menurut cerita yang aku dengar, ayahku mati dilanggar kereta ketika hendak melintas jalan. Wallahualam..
Sekarang aku sudah remaja he..he.. Seronoknya!! Seronoknya!! Seperti remaja lain aku juga tak dapat lari perasaan ingin disayangi dan menyayangi dan perasaan ini aku peruntukkan khas.. untuk dia seorang..Danial namanya...orangnya hensem, bergaye, smart,pandai..ahhhh..kira perfectlah !! Come lote,..kata oghe Kelate..
Hai kalaulah aku dapat dia..tentu kawan-kawan aku jealous..Tapi masalahnya..itulah..­dia tu anak Cik Maik!! Jadi ..terpaksalah aku pendamkan sahaja perasaan aku ni sendiri. Lagipun aku sedar siapa diri aku ini..sekadar menumpang.
Kajang pak malau kajang berlipat..kajang hamba mengkuang layu..dagang tuan dagang bertempat.. dagang hamba musafir lalu..hai sedihnya Semalam, ahhh..semalam..merup­akan hari yang paling malang dalam hidupku. jejaka yang aku puja- puja selama ini telah dirampas orang.!! Sewaktu aku sedang merayau-rayau keliling kampung aku terserempak dengan si Danial..jejakaku itu sedang membonceng motosikal dengan Zarina.. Cis!! bukan main mesra lagi.
Cilaka!!! Binawe kau Zarina, kan ramai lagi jantan lain dalam kampung nie..kenapa pakwe aku jugak yang kau kacau..nanti kau Danial, aku report kat ayah kau!! Malam tadi aku tak senang tidur. Memang sukar aku nak terima kenyataan ini..
Tak sanggup lagi aku menengok muka jejake idaman aku tu..melihat dia bermesra-mesra. Aku cemburu..cemburu!! Aku mesti lari dari sini. Ya, itulah keputusan aku..aku nekad,..apa nak jadi, jadilah.aku mesti keluar dari kampung nie!! Tapi kemana aku nak pergi? KL? JB?..Yaa..KL..aku akan pergi ke KL. Biarlah aku membawa diri ke sana. Baru sebentar tadi aku pergi berjumpa dengan kawan-kawan aku, nak ucapkan selamat tinggal..Semua kawan-kawan aku menasihatkan aku agar jangan pergi ..terimalah kenyataan ini, aku dan Danial tak setaraf.. Ya, aku tahu..aku tahu, aku niii....aku niii..... cuma seekor kambing,?
So what?? Kambing tak buleh bercinta ke?ke? ke?

hehe..
p/s : hanye rekaan semate2 tiada kene mengene dgn yg hidup mahupun yg mati..
huhu...

*aku bosan ( TAHAP DEWA)

2 comments:

fiqah idris said...

bongok..
crita kau

mati2 ingat btul

Nur -al- Ain said...

haha...
sesekali ko terbongok..
ape salahnye...
kn2?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails