tajaan,

DenyutJantung!

Saturday, July 30, 2011

[GAMBAR] UPDATE : Ashraff Hafiz / Aleesya Farhana meninggal dunia

inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un
ahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya



                                                    


baru terbaca pasal berita pemergian awrah Ashraff Hafiz / Aleesya Farhana.
terkejut and macam tak sangke.
kes arwah pun masih belum selesai dan rasenye patut terus diselesaikan supaya jadi pengajaran pada masa akan datang. dan takde kekeliruaan lagi. kalau betul arwah khunsa, arwah memang patut ada hak untuk pilih jantina mengikut naluri, ini pada pandangan saya la. diminta bijak pandai beri pendapat same.

alfatihah untuk arwah, semoga ditempatkan bersama golongan yang mulia dan terpuji.

May God give strength to those people and show them His mercy.

keratan akhbar
 Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, jam 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.  

1 comment:

Pocket said...

buat teladan okeh.
AlFatihah buat beliau.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails