tajaan,

DenyutJantung!

Monday, August 8, 2011

aku tau siapa aku, tapi tak patut kau buat aku macam ni. bagila aku peluang...

kehadapan nuffnang yang dirindui,
apa khabar anda semua si sana?
saya disini baik baik sahaja,
mungkin berkat makan nasi yang dimasak sendiri, tidak beli di kedai, maka kurang ajinomoto dan terjamin kebersihan,
maka saya semakin sihat disini.
saya rasa berkat berada di tingkat 5, maka bersenam setiap hari juga punca kesihatan saya kini.

tujuan utama pentulisan surat layang layang terputus tali ini ialah untuk bertanyakan apakah status saya di mata anda?
apakah hubungan kita dah tak semanis dulu hingga tergamak anda tidak bagi iklan untuk ditayangkan di belog merepek saya ini?
hati saya benarbenar terluka dengan perbuatan awak.
seolah olah saya dan belog saya tak bernilai di mata awak.
apa salah kami hingga dihina sebegini rupa?
kalau awak dah tak perlukan kami, cakap terus terang.
saya sedar kedudukan kami di mata alexis yang tak seberapa,
tapi berilah kami peluang.
oh tuhan.kami hambamu teraniaya.
awak tau kan doa orang teraniaya termakbul.
kang saya doa nanti.
tapi saya ingat nenek saya pesan tak baik doakan buruk tentang orang lain.
saya terus tak jadi doakan buruk tentang awak

saya juga ingin mengajukan soalan ini kepada awak,
saya ingin tanya sejauh mana kebenaran keywords di analytics itu
kerana saya dapati keywords saya sangat lucu
macam contoh ; perut buncit vs perut hamil.
adakah ini benar atau awak sahaja memperli saya lagi?
ingin buat saya terluka dalam senyap??
saya sengaja biar perut saya buncit kerana artikel terbaru mengatakan buncit itu sexy.
puas saya membuncitkan perut yang dulunya ramping ini.
ada juga keywords tak masuk dek akal seperti ; budak yang berjaya.
mungkin awak sengaja perli saya sebab suruh saya sedar saya asyik merepek maka tak berjaya.
tapi ada juga keyword yang saya rasakan saya membantu rakyat yang memerlukan, macam keyword - resipi kek batik. pasti ramai dah cuba dan berjaya kerana itu resipi paling senang kerana saya tidak rajin untuk buat yang susah susah.

saya juga tertanya tanya dari mana datangnya orang orang yang seperti anda nyatakan di 'camefrom' itu.
mereka bukan sahaja dari Malaysia, Japan, Iran juga ada.
saya kadang kadang tak percaya apa di depan mata saya.
mujurlah saya belajar tentang globalisasi,
iaitu dunia tanpa sempadan
mujur tidak tido waktu kelas tersebut.
jika tidak pasti mati-hidup-semula saya rasa anda tipu saya live live.

saya semakin redha sekarang.
pasti ada hikmah di sebalik semua ini.
mungkin kalau saya dapat cashout RM3000 sebulan macam Haniszalikha,
nanti saya lupa daratan dan lupa jalan pulang.
mungkin juga bilik rumah sewa saya yang sempit ini akan penuh dengan barang saya sahaja.
ok ok, saya dah paham.
tengok saya dah matang dan mampu pikir positive.
tengok saya orang melayu yang tak payah mencarut cakap - babi, duit tak naik naik.
ataupun melayu modern yang konon matsolleh cakap- owh Damnn
tengok saya senyum sampai telinge ;)

di kesempatan ini saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan kalungan terima kasih yang wangi kepada anda kerana saya dapat tengok pembaca belog saya.
saya sedar saya tidak keseorangan macam lagu MJ 'you are not alone' eh betul ke ini?
saya ingatkan saya tulis, saya baca dan saya senyum dan saya sedih dan saya marah. saya sorang yang syok sendiri,
rupanya ada yang sudi singgah luang masa layan repekan saya.


tapi kan saya tetap menunggu sesuatu dari awak.
bagi la saya iklan sekeping dua.

yang buffered tu, berputar tanpa henti.
please awakk..
nanti saya buktikan saya mampu lakukan yang terbaik untuk awak.

ok, sekarang saya rasa saya patut berhenti mentaip surat ini kerana pembaca di luar sana mula marah,
mereka marah kerana saya hanya merepek.
mereka juga mungkin gelakkan saya kerana mereka dah dapat cash out ribu ribu,
sedangkan saya, hmmmmm  T_____T oh, fyi ini icon muke sedih.

biarlah saya mengundur diri,

yang benar,

(NurulAin T.Tairuddin)
Ketua Kelab Penggemar Tauhu Jepun Goreng

7 comments:

Joker said...

bagus... ko mmg sengal.. boleh join mengumpat..

kita biar buncit tapi x makan rasuah!! LOL

Nur -al- Ain said...

joker ; mengumpat?? rasuah tak boleh makan ke,? HAHA

Anonymous said...

nuffnangs ala biasalah....
kalo ader hati nk increase duit bcer nih:

1. Submit Your Website To Directories
There are a lot of website or blog directories available online that don’t need a linkback from your site.
If you targeting for geo-targeted traffic, let’s say UK traffics, you can search on Google using this syntax
“site:.co.uk website directory” or any terms that you feel is right. Submit to as many directories as you can
to get more exposure and backlinks.

4. Twitter and Facebook
Share your link in Twitter and Facebook to your friends and family members. The number of traffic you
will get from this channel is depending on your active friends or followers network. It is good to build
larger network to see good results from Twitter and Facebook. Personally, I get hundreds of visitors from
Twitter alone for each new blog post.

syafiqa said...

haha nuffnang mcm haram.haha
ah,rilex ah.blog kita tu pun xpnh2
dpt be n belum rs cash out lg tau..
jom boikot.hahah

ah,perut buncit itu tanda sehat.
usha terasa.hee

hamzah ian said...

tauhu jepun camne? haha

My Airul... said...

nnt i tlg dapatkan buff tu.. ade percent x? haha

AJ said...

sabar2....InsyaAllah ada la rezeki nya nanti...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails