tajaan,

DenyutJantung!

Wednesday, March 30, 2011

Forum lagi!

Account thingy forum lagi!





Maun tak maun jadi accountant? Jadi suri rumah lagi mulia kan? Hahahaa, gelak mendatar!

" Pemimpin tidak dilahirkan di bilik kuliah, tetapi di kancah masalah dan mampu keluar dari kelompok rakan sebaya "

notabawahentry :bile mendengar talk, motivasi or sewaktu dengan nya, ain suke dgr nice word or quote yang dikongsi, sebab hanya dier quote ni semangat serta merta disuntik! dulu pernah baca yang muliakan setiap pagi dengan membaca ayat ayat motivasi sebab ini akan menjdai baja untuk diri kita ;)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 27, 2011

[GAMBAR] Review filem ...Dalam Botol (Anu Dalam Botol)

hai hai haiii... ni ain nak buat review simple filem ...Dalam Botol

http://www.thebestfilms.net/wp-content/uploads/2011/03/Dalam-Botol-poster.jpg 

secara jujurnya,
cerita ni tak berape nak best,
garapan, suntingan tak menarik kot,
aksi aksi kelakar langsung takde,
rasenye macam cube nk tiru gaya arwah Yasmin,
tapi tak berape menjadi.

so, untuk anda yang rase nak tengok ape yang kontroversi,
boleh pegi check-it-out
tapi yang rase RM10 bermakne,
tak payahhh la..
donlod je la..
sebab cerita ni tengok kat laptop je pun ok

http://5magazine.files.wordpress.com/2010/05/botol-fredahassan1.jpg 



ni la hero dan heroin,
sweeettt kan ;)))
tapi nape la tak gune lelaki yang berbadan kurus ramping skit jadi RUBY,
ni handal gagah perkasa
urat kaki tangan sume kemain handal kelihatan...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4NduR37_cEidYAJo2Byrmtm_kmZzneYohKM3BIxXaH2bcDa7Mc904Z69A4XDwz6D-4bqATfMT6WUXmOcCLuwQI9YshyphenhyphenTxnJK2LjHsXOiuaB5KNs4wUmuvsLdbiupjsVnSrnePb5xfAHs/s400/anu_dalam_botol_003.jpg 

abang ni pasti akan melonjak naik pasni,
ade scene pakai spentot putih wooahhh
hahaaa

khabarnya ini cerita adaptasi kisah benar,
 ni sikit sinopsis :


Arja and Ghaus play gay lovers Rubidin and Ghaus, respectively, whose relationship is tested when the former decides to undergo a sex-change operation. But Ghaus is unable to accept "Ruby" and walks out of the relationship. Sometime later, Ruby decides that a woman's life is not for him, and decides to stop taking the female hormone injections. Now back to the masculine Rubidin - minus a few parts - he falls in love with Dina (Diana Danielle) and they decide to marry. But can she ever accept his past? Can Rubidin make her happy?

credit : lean is Mean

Thursday, March 24, 2011

Test!




Kite ade test ni!
Paper ni, 9 chapt
Tapi yang dibace setengah dari chapter 1.. Hahahaaa
Time ni la nak test kesetiaan kawan kan.. Muahahaha

- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 22, 2011

Video Lucah Pemimpin Pembangkang!

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.

Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.

Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.

AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.

Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.

Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.
Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya “untuk mengenal pasti orang dalam video” tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.

Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."

Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.

Datuk T mendakwa beliau memenui video tersebut selepas diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.
Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut di atas meja dan ketika mencarinya, dia terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.

Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.


pssstttt : sape ade video ni? kasi share... hahahaaa 

 

Tuesday, March 15, 2011

Selamat Hari Buku

Hye book ;)
Selamat Hari Buku!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 14, 2011

Jangan Main Hujan, Takut Sakit!

sedang leka berjenaka, telfon bimbit berbunyi, menandakan message masuk, kata kata yang tertera di henpon adalah :

There was a nuclear blasted at 4.30pm on Sunday in Fukushima, Japan. If it rains today or in the next few days, DO NOT GO UNDER THE RAIN !!! If you get caught in rain, please use an umbrella or raincoat, even if it's a drizzle. Radioactive particles, which may cause burns, alopecia or even cancer, may be in the rain. Please pass this msg around.

seperti yang digodek di Berita Harian :

KUALA LUMPUR: Saintis nuklear tempatan mengesahkan kesan radioaktif daripada loji nuklear Daiichi Fukushima yang didakwa mengalami kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu, tidak akan sampai ke Malaysia.

Ini berdasarkan faktor mekanik aliran udara dan jarak antara lokasi kejadian dengan negara ini yang jauh.

Saintis nuklear, Prof Datuk Dr Proom Promwitchit, berkata kesan radioaktif itu tidak akan sampai ke Malaysia kerana suhu ketika kejadian tidak terlalu tinggi, menyebabkan kepulan asap radioaktif itu tidak naik terlalu tinggi ke ruang atmosfera, sekali gus mengurangkan radius kawasan impak.

Pakar dalam bidang keselamatan nuklear dari Kolej Universiti Masterskill itu berkata, keadaan cuaca sejuk di Jepun pada ketika ini juga membendung kepulan radioaktif daripada merebak lebih jauh.

“Mengikut hukum fizik mekanisme pengaliran udara, udara sejuk akan menggantikan udara panas yang akan naik ke atas. Suhu yang tidak terlalu tinggi juga mengurangkan radius kawasan impak kepulan asap radioaktif. Tiada kemungkinan ia sampai ke sini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Jepun kini berhadapan krisis nuklear apabila reaktor 1 loji nuklear Daiichi Fukushima, yang terletak kira-kira 250 kilometer (km) di utara Tokyo, meletup sebelum reaktor 3 loji nuklear yang sama mengalami kegagalan pada sistem penyejukannya sehari kemudian, susulan gempa bumi 8.9 pada skala Richter melanda Jepun.

Keadaan itu menyebabkan operator loji nuklear, Tokyo Electric Powers Co’s (TEPCO), terpaksa menggunakan air laut menyejukkan reaktor kerana kegagalan berbuat demikian, menyebabkan kemungkinan teras nuklear itu melebur atau meletup yang boleh menyebabkan pencemaran debu radioaktif merebak ke negara lain seperti berlaku di Chernobyl, Ukraine.
Proom berkata, berdasarkan analisis awal, suhu di loji nuklear Daiichi Fukushima, ketika kejadian, adalah lebih rendah berbanding insiden letupan loji nuklear di Chernobyl.

Katanya, seperti loji nuklear yang mengalami evolusi dari segi tahap keselamatan, loji nuklear Daiichi Fukushima itu juga akan ditutup secara automatik apabila berlaku aktiviti seismik (gempa bumi) untuk meminimumkan kebocoran radioaktif dari teras bahan api nuklear.

“Saya pasti Kerajaan Jepun akan berusaha mengawal situasi yang menarik perhatian dunia, termasuk Malaysia,” katanya.

semua hati hati k ;)
ambik je langkah berjaga jaga,
plus, doakan jugak untuk Jepun,
semoge cepat kembali pulih!

Saturday, March 12, 2011

[GAMBAR] Tokyo - Tsunami!

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.
Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.
Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.
Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.
Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.
Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.
Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.
Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.
Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.
Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. – Agensi








Friday, March 11, 2011

apa itu pangsapuri? jaga?

dekat pangsapuri yang aku duduk ni ade jaga,
aku rase patutnye keje dier jaga bangunan ni,
tapi tiap kali aku lalu pondok jaga,
dier duk baca majalah,
takpun tido.
sesekali angkat panghadang pintu masuk sambil tnye nak pegi mane.
pakcikkk, takkan tak nampak kot sticker-wajib-beli-RM10 kat cermin tu?
nak balik rumah-manis-rumah lorr

tu takpe lagi,

yang buat sakit hati,
bila malam, dier bising?
apaaa diaaa ni?

hang jangan buat kalut pukui 1.38pagi.
sok pagi ceq ade ujian mendengar arab tau dak.

yang aku konpius, pangsapuri ni apartment ke umah flat?
awat kene ada jaga?
tolong translate skit.




Wednesday, March 9, 2011

[TUTORIAL] Lokasi Bagi Duit Free Lagi! - HeartBeat

kemon kemonn...mari dapat mari dekattt,

ini bukan kisah jual minyak angin, ini kisah lagi cara mudah dapat duit nak beli minyak angin(?) LOL
;) ok, ni lagi satu sumber halal untuk mendapatkan rezeki di jaringan internet ni! apa lagi, sambarrr je la peluang ni, bukan susah pun, walaupun bukan la dapat berkoyan koyan, atleast dapat la bayar duit berukband, duit streamyx 4mbs korang tu kan.. maka nye kite enjoy la berinternet percumaaa kan.. di zaman nak kencing,mahupun betulkan tudung senget sikit pun bayar tigeposen bile masuk toilet, maka ada peluang nak dapat duit senang, join saja bahhh.. ok mahap, terbagi ceramah percuma plak.. hahaaaa..

ok, hari ni perkenalkan,

HEART BEAT! haaa laju tau denyutan jantung kite ketika mentaip entry gembire ni untuk semue kawan maya kesayangannnn ;)


kalau rase terror tak bace tutorial pun dengan bijak boleh berjaya, boleh terusss click kat atas tu.. nanti samapi la ke destinasi yang di tuju, alahh, click je la, jangan pikir lagiii

yang dah click, pastu termanggu manggu di situ, haaa mari sambung baca entry ni ha,

jalan mudah untuk dapat duit mudah tanpa berlelah. wooooow! boleh patern kan tagline ni skang! hahahahaa

IKUT INI SATU PERSATU, JANGAN SKIP STEP NANTI MENYESAL KEMUDIAN HARI. oh saje capslock pasal biar hangpa tak lupaaa..

LANGKAH 1.


Click banner berkelip lip lap atas ni, open new tab la senang k ;)
LANGKAH 2.

 haa biel dah terpacul page tu, carik gmbr hadiah tu, pastu tekan.
takyah gelojoh tekan laju laju, sekali sudah okk
hahahaaaa..

ok seterusnya,

LANGKAH 3


jangan ragu ragu, terusssss tekan CREATE ACCOUNT.
jangan susah payah carik, CREATE RELATIONSHIP pasal ini bukan agensi cari jodoh
tapi gune HeartBeat ni boleh mendatangkan jodoh... wow!

haa nanti dah kuar page baru tanya macam macam, korang jawab je seperti :

LANGKAH 4.

isi ni sume pasti keje enteng bukan?
ni sambil makan kepok ikan pun mampu isi ni,
pas dah isi, mark yang kotak I agree tu,
kelik continue.
kalau tak kelik continue,
bertapa la korang kat situ,
muahahhaaaaaa

LANGKAH 5.


tanpa ragu ragu lagi,
kelik Join HB|Affliate tu
HB tu HeartBeat la dong, bukan HantuBusuk
kelik kelik cepat

ok pastu scroll down skit, pastu nanti

LANGKAH 6.


carik sampai jumpe online application.
kalau tak jumpe, relaxxx, chilll,
tekan Ctrl + F, pastu type la online application
pastu terusss di bawa kesana

pastu isi lagi borang yang ade,
takyah lari carik pen eihh, tekan tekan sahaje papan kekunci gittewww

pastu cm biase,continueee

and nanti

LANGKAH 7.




click pulak kat gambar gunting sebelah speaker tu ha
mengape disini? - kerane kite nak dapatkan code la
pastu tampal la kat belog macam biase.

yeeeeee dah siapppppp ;))
suka tak, suka tak??

kalau suke mai click sini,
buat ni k.
takyah traffiq juta juta pun dapat duit weh!


ni link nak pegi kat website tu k!
jom terjahhhhh

CikEpal, mahapp saya pinjam gambar gambar cikEpal pasal saya tak berkesempatan nak membuat sendiri.
harap CikEpal ampunkan ye dan sudi menghalalkan gambar gambar ni,

Picture : CikEpal




Tuesday, March 8, 2011

Merepek boleh menyebabkan gemukk?

ok fine finee sudah lame blog dibiarkan kegersangan tanpa entry repekan,  sabar blog, tuan mu tidak kemane, hanya sibuk menimba ilmu di perantauan. ohhh so yesterday punye alasan, skang mengaku cepat dengan bahasa yang mudah - aah, aku malas la nak update blog, skang aku punye mood nak bacaaaa saja blog mereke mereke, hahahahaha...

oh blog,tadi kan terbayang macam mane kalau blog ni macam puppet, kira macam, bilekite type entry tu, macam kite mentaip kehidupan blog. macam -
aku lapar betul hari ni, satu hari tak makan, maka blog sedang buat muka kelaparan, terguling guling menahan lapa, siannn nye kalau gitu kan.. hahahaha.. eh korang paham ke ape yang cube dikatakan ni? tak paham takpe, blog saya pasti paham. hahaaa, kerana hanya blog kan mengenal tuan blog.

eh ape yang melalut ni haaa?

ok la, takyah nak melalut, nak poie gosok baju, esok kan nak pegi SPRM. ade academic trip. yeeeee ;) best woo nanti kompom dapat pen free satu. LOL hahahahaa..

ok bye.

ohh kat iphone baru perasan banyak gileee gmbr makanan, nnt akn dihaplodd kan bile rajin.. hahaha

skang dh tau kenape gemuk -___-

Sunday, March 6, 2011

love u!

We were given: Two hands to hold. Two legs to walk. Two eyes to see. Two ears to listen. But why only one heart? Because the other was given to someone else. For us to find.

love u so much!





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails