tajaan,

DenyutJantung!

Sunday, February 27, 2011

New Hp mini notebook 110-3130TU ~~FOR SALE~~~


RM1050(nego)
baru,kotak masih belum dibuka sebagai bukti. 

first user untuk pembeli,harga pasaran sekarang RM1399.
harga masih boleh dirunding(nego).

- intel atom n475processr(1.83 GHz)
-250GB(5400RPM)hard drive
-1024MB DDR2 SDRAM
-10.1" LED DISPLAY
Untuk melihat spec model, layari hp.com.
jika berminat
Sila tinggalkan komen@ email ke :
airul_1101@yahoo.com

Saturday, February 26, 2011

Tujuh Kalimah Indah




Tujuh Kalimah

Abu Lait berkata, "Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati tujuh kalimah ini, maka ia mulia di sisi Allah S.W.T. dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosanya sebanyak buih lautan. Dan akan merasakan kemanisan taat dan hidup atau mati keduanya baik baginya.

1. Apabila hendak membuat sesuatu maka mulalah dengan Bismillah.

2. Apabila telah selesai dari mengerjakan sesuatu yang baik hendaklah membaca Alhamdulillah.

3. Kalau terlanjur mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan Astaghfirullah.

4. Kalau hendak melakukan sesuatu pada esok hari hendaklah berkata Insya Allah.

5. Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca Laa haulawalla quwwata illa billahilaliyyil azim.


6. Apabila kita ditimpa bala musibah hendaklah selalu membaca Inna lillahi wa inna ilahi raajiunn.

7. Setiap siang dan malam hendaklah membaca Laa ilaha illallah

Selamat berhujung minggu ;)
sumber : http://myairul.blogspot.com/

Monday, February 21, 2011

[GAMBAR] Perasmian masjid AL-Khalidiah - Dato' Siti Nurhaliza Dan Dato' Seri Khalid

Alhamdulliah siap sudah masjid yang didirikan oleh Dato Siti Nurhaliza dan suami Dato Seri Khalid Muhammad Jiwa di Sungai Petani Kedah, hasil dari tabung Yayasan Nurjiwa. kejayaan ini memang amat membanggakan. Alhamdulliah, masih ada orang kaya yang tak lokek menyumbang untuk negara, untuk masyarakat kan.

psstt Siti cantik sangat bertudung ;)


cantik kan ;)
simple je tapi tetap cantik

memang sah siti ikut muka mak dier
sebijik tak?
ehehhee

 Masjid Al-Khalidiah telah dirasmikan pada 19 Febuari 2011 oleh DYMM Sultan Kedah,Sultan Abdul Halim Muad'zam Syah 

Masjid Al-Khalidiah 

 Masjid Al-Khalidiah dibina oleh Yayasan Nurjiwa dengan kos berjumlah RM1.7 juta dan pembinaannya bermula pada 2009 dan siap akhir tahun lalu bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada 1896. Sementara itu, Siti Nurhaliza ketika dihubungi berkata, “Siti rasa teruja kerana impian untuk melihat masjid ini siap sepenuhnya menjadi kenyataan.“Bagaimanapun paling menggembirakan Siti ia dilancarkan secara rasmi serentak pada hari kelahiran suami Siti yang jatuh pada hari ini,” katanya penyanyi popular itu yang turut mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di masjid itu malam kelmarin.Khalid yang ditemui selepas majlis itu berkata, “sewaktu masih kecil dulu, saya sudah menyimpan hasrat untuk membina sebuah masjid dan saya bersyukur kerana apa yang saya impikan berjaya menjadi kenyataan. Alhamdulillah semua hasrat itu dapat dilaksanakan dengan baik dan berharap ia dimanfaat sepenuhnya oleh masyarakat kampung.“Nama Al-Khalidiah itu dipilih dua orang yang berbeza iaitu guru saya di Makkah dan juga imam di kampung saya ini. Memandangkan maksud dia juga indah iaitu salah satu nama syurga dan juga sebuah keluarga yang besar jadi saya pun memilih nama itu untuk masjid ini,” katanya.
sumber : berita harian online

Alhamdulillah, semoga hajat mereke cepat cepat tercapai,hajat memiliki cahaya mata. aminn

Sunday, February 20, 2011

[GAMBAR] Maya isteri baru Ayah???

ape rase bile ayah sendiri ade affair dengan insan lain?
marah? dendam??
ahhh persetan tu semue,
yang penting ayah bahagie kan?
mama? mesti gemberi bile ayah gembire kot,
itulah namenye cinta sejati,
sanggup berkorban kan

Perkenalkan Maya,
.
.
.
.



hahahahaaa... MAYA kucing laaaa.. tah hape hape memberi nama kucing seperti nama manusia, habis orang bername Maya berkecik hati.. tapi yang manusia ambik name kucing ape kes plak? katijah panggil Cat?? lagi kucing terase hati.. muahahaha.. Maya Maya, kekasih baru ayah. ayah panggil AYANGGGG.. kahkahkahhhh.. Maya ni sayang ayah jugak kot, sebab bile ayah balik outstation berlari kau macam orang kat umah tak bagi makan.. osahh gedik kau ni Maya.

oh Maya ialah kucing yang bile kerluar ikut pintu belakang, tak reti camne nak balik gune pintu depan, which kalau dier kat belakang, kunci pintu dapur, mengiau la dier kat situ suh bukak pintu. kucing apakah kau ni Maya, ape salah kau jalan jalan ambik angin pegi masuk pintu depan..haishhh, pemalas la Maya ni,muke je cantik.. HAHAHAAA

Maya comel ke Ain comel? muahahahaa


Friday, February 18, 2011

please please please, let me know T_T

hai kesayangan ;p

hari ni taknak membebel banyak banyak,
just nak korang tolong suggestkan any cream, or pape je la yang sangat effective meng-remove scar, to be exact, pimples scar, parut2 jerawat yang sangat degil, super duper degil, haishhhh

please please please let me know T_T

notabawahentry : saya rasa awak terlalu pikirkan bende tu, and, jangan la carik kesalahan orang je, ape kate muhasabah diri , tanye betul ke ape yang awak buat. kite tak sempurna, macam tu jugak dier. kite perempuan tak perlu jadi api yang terlalu marak, sebab macam mane panas kite pun, kite masih berhati tisu. kalau awak sayang dier, cube biar dier bebas, kalau dier balik pada awak, memang hati dier milik awak.
sabar ye.

Wednesday, February 16, 2011

[GAMBAR] Sambutan Valentine 2011

hai hai haiiii ;p

pada hari Isnin yang lepas saya bersama kawan kawan seperjuangan pergi ke pusat rekseasi ayer keroh untuk bermain kayak. yess pada mulanya ia sepatutnya KAYAK tetapi, disebabkan tahap keberanian yang kurang tinggi, saya decide untuk hanya melenguhkan kaki menaiki paddle boat. of fun gile berduaan dengan rakan sejantina, berkayuh bersame... arghhhh, dah la masing masing tak tau cm ne nak handle.. hahaa

kami juga bercadang untuk berkayak selepas tu, tapi disebabkan masa mencemburui kami, langsung terlepas peluang tersebut. mungkinkah ada peluang kali kedua untuk merasai ke-chill-an kayak? chill ke tak ha berkayak? nampak macam best kayak sambil memakai shade yang colorful macam ramai pakwe pakwe pakai semalam. fuiyooo, baru tau imej berkayak harus disertai shade yang comel, mungkin patut gune sunglass ini untuk mencuri tumpuan

http://s7.orientaltrading.com/is/image/OrientalTrading/83_14b?$FULL_SIZE$
amacam pilihan saya?







oh seperti biase, biar gambar bercakap.


haa nampak tak ikatan mesra yang terjalin antara dua benua ni?
ini membuktikan objectif kami berhasil menemui kejayaan
iaitu : mengeratkan silaturrahim
ohh kalau anda nak skodeng yang bertudung hitam, wanita dari banting tu,
boleh skodeng SINI


sebenarnye niat gambar ni nak tunjuk perkhidmatan yang disediakan,
tapi semakin ramai peserta bergambar,
tujuan asal gagal,
maka, mereke ini mungkin boleh termasuk dalam pakej berkayak.
tukang semak.
HAHAHAAA ;p


ini gambar separuh keluarga
separuh keluarga lagi tidak hadir, membanting tulang mencari nafkah untuk kami
itu la adat berkeluarga,
ohhh
eh eh, suke la gambar ni, kaki makz nampak panjangg nokz
kalah kaki amber chia
muahahah

pakse semua orang tunjuk GOOD untuk menggembirakan hati pekerja yang kene pakse ambik gambar
yawww kite kene pandai politik yawww
hahaa ;)
paksaan berhasil, semua terpakse dan dalam senyum mengangkat ibu jari ke atas,
tanda bahagia ;)
muahahahahaa


betul tak nampak bahagia dan romantik??
LOL

last skali,
model kelab ini.
eh eh salah,
oo ni salah imej, gaya dan penampilan,
seperti sesuatu tidak lengkap kan,
maka itu,
.
/
/
.

rujuk gambar bawah
http://image.shutterstock.com/display_pic_with_logo/63906/63906,1270223914,3/stock-photo-young-woman-with-sunglasses-heart-shape-50237302.jpg 
mungkin akan lengkap jika memakai sunglases di atas,
errr shade tu je, baju tidak sama sekali,
sudahhhh jangan pandang lama lamaa

notabawahentry : oh oh, sebenarnye tak sambut pun valentine, saje buat title sebegitu, cara keji nak kejar traffic (?)
HAHAHAA X)

Sunday, February 13, 2011

[TUTORIAL] Buat Duit Dengan Twitter Melalui ChurpChurp

entry ini khas untuk syamshid dan sesiapa yang mengenali diri ini, ecehhhh

*setelah termenung mempikirkan pendahuluan yang sesuai, misi gagal. maka seperti selalu, skip introduction. mesti cikgu BM malu nak mengaku anak murid.. huwawawaa,,,

sebenarnye nk buat sambungan entry - Buat Duit Dengan Twitter tu.
ishhh, senang sangat tau cara dier, lagi senang dari masak ikan tiga rasa.
ok, mule mule sekali, yang perlu adik sam ade, ecehhh, mesti ko geli kan sam, HAHAAA.. ok2 kembali ke jalan yang benar...mule mule ko mesti ade Twitter. ini wajib. jika tiada Twitter, sile padam angan angan nak buat duit dengan Twitter, sambil padam sambil dendangkan lagu pelamin anganku musnah. gagal tapi bergaya bukan ;)
sign up twitter pun senang, lebih senang dari goreng telur goyang iaitu telur goreng yang kuning dier tak masak. ishishishhh...ha, begini lah gaya Twitter, Twitter bersimbolkan burung biru, sebab burung kan berbunyik tweet tweet, yang biru mungkin sebab pemilik burung bermata biru. burung ape?haaa,  sam ko lagi pandai kan bab burung burung ni..eheheheee ;p

sile la tekan SIGN UP, tanpe ragu ragu mahupun syak wasangka.
tekan SINI nak cepat!

ok, sesudah itu, isi la borang yang disediakan. borang ni kau jangan risau, takde pen dakwat basah bermata bulat pun masih boleh diisi. kau juga tak perlu risau tulisan buruk kakak reception cantik bakal mengeji, haaa tak perlu rasa ralat demikian rupe, hanya isi dengan kejujuran ok.kehkhekeh.

ok seterusnya, langkah yang paling menduitkan.
berdaftarlah dengan ChurpChurp. pasti anda beroleh kekayaan. heheheeeee. tapi sedarlah, tiada jalan mudah untuk kaya. tapi kan sam, kalau kau tanya Fairul, dier memang tau jalan short cut nak kaya.. err, kaya kasih sayang, KAHKAHKAH. geli den! ini la churpchurp yang digembar gemburkan, kau google, atau terus CLICK SINI (selepas habis baca okkk)

ko isi la borang ni pulak.. ni kene hati hati sikit, letak nama macam dalam surat beranak tau. sebab nanti senang churpchurp nak hantar cheque kat kau nanti dengan jayanya tanpa sebarang masalah. kalau kau letak name pelikpelik,apekah kau ade akaun bank bername pelikpelik? sudah tentu tidak kan? maka, berpijak la di bumi yang nyata. jangan taruk nama David Bechkam ok? nanti sam punya susu, david beckham dapat nama. wtf-aku-merepek-terlalu-panjang?

ok, ini adalah langkah palinggggg kritikal. tengok dan baca betul betul tau..

ok, bile dah sign up kan, nanti macam biasa la kene verify semua tu kan. alaa, itu perkara lazim la kan, ok, selang bebarape hari,kalau tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tau, kau akan diassignkan satu task. ehemmm, ni kau patut berbangga tau..kalau ade perasaan nk lompat katil tu lumrah.. tapi kalau kau tetibe rase nak cium fairul, aku tangan kan kau nanti. HEHEHEEE..

nanti kat awan tu, ade notification. haaa, cm ni ;

yeeehaaaaa, pakcik kayooo!

sabar! jangan terlalu ghairah. dapat job bukan bererti terus dapat duit. kene kerja dulu. kalau tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. kan kan kan.
ok, nanti churpchurp akan suruh kau buat ayat tak lebih dari 136 patah perkataan dengan menggunakan semua keyword yang patut ade dalam ayat tu.

ok, macam contoh yang akak ain (??) dapat ni, keyword yang patut ade ialah : cornetto, #showyourlove dengan yang http://apekejadahbendepanjangtu. so, ape yang kite perlu buat ialah mereke cipta satu alat ayat untuk mempromosikan campaign ni, kire kite bersama sama mengiklankan product diorang ni la. tapi buat ayat yang manissss sikit. sebab sebelum dipublishkan, nanti orang churpchurp akan tengok dan kalau ok baru approve,. kalau kau kutukzzz baik punya., silap silap kau terus di senarai hitamkan. padan muko!

ha, pastu bile dah yakin dengan pembinaan ayat tu, tekan submit. check betul betul tau, sebab kalau tertinggal pape keyword dah takleh nak betulkan. ibarat terlajak perahu boleh diundur, terlajak submit buruk padahnya. jelas tak adik adik?

nanti bile dah diapprove, terus la ade nilai posenposen di dashboard kau.. churpchurp ni dah RM100 baru leh cashout. nampak tak dier mengajar kite erti kesabaran? maka, sabarrrr je la... dgn churpchurp ni lagi ramaiii follower, lagi banyakkkk kau dibayar untuk satu tweet yang di approvekan, so kumpul follower reramai!

mai follow ain kat twitter eh, : http://twitter.com/ainairul 
sempat promote!
heheheee
sambil menyelam minum air ;)


ha, dah la k. cukup la ni. letih laaaaa..

notabawahentryuntuksam : upah?

*UPDATE : ini memang entry lame, layout ChurpChurp pun dah berubah. hihiii.. motif nak ajak korang join churpchurp je.. memang berbaloi tau.. macam nuffnang gak Churpchurp ni.. ChurpChurp ni pun anak Nuffnang ;p jom la join. bestt


Membebel Tak Tentu Pasal?

selamat hari Ahad ;p

tetibe rase macam kejapp nye la dah hampir nak tengah bulan 2. Hujung bulan 4 dah start final .. pffft ape yang dah belaja selame berminggu minggu ni ha? HAHAAA.. semester ni banyak paper bace. Theory paper yang mane budak account benci.. -__- tah ape la khabar result sem ni, memang kene cube yang terbaik nak push CGPA up to 3.5 since dah ade sem yang tak dekan ;( ANC tak kan dapat dh, so kite aim for first class degree la..semoge tercapai ;p nak buat cm ne, budaya Malaysia macam ni, tinggi CGPA bermakne orang tu pandai? yang mane sebenarnye tak relevence pun. untung kepade those yang sangat mampu menghafal. tak paham tu hapal je, sumbat banyak banyak dalam otak. tapi bile suruh apply, failed. ade point ke tu? sepas tu company complaints, fresh graduate sekarang tak berkualiti. oh kamon, dah sistem kite cm ni, nk buat cm ne kan? mungkin lagi 10 tahun baru sistem akan improve n sedar yang teori ni buang mase je, baik kite blaja yg nyata. more practical kan?

dah dah, jangan merungut, nanti muke berkedut..HAHAA... ohhh semester depan dah start practical. lepas tu dah last semester.. lepas tu agaknye mane la hala tuju hidup ni. alhamdullilah Allah permudahkan perjalanan hidup ain. abis je skolah, dapat keje part time tang require some special skill, dah belaja, keje dlm 3 bulan, sambung matrix, lepas matrix, dengan skill yang ade tu, kite takyah carik keje, orang panggil kite keje, best kan ;) after matrix terus sambung Ijazah kat UiTM. alhamdulillah la perjalanan hidup tu tak sesukar orang lain.

dalam dunie ni, tiap kali kite rase kite down, kite rase kite susah, pikir la, ade orang sepuluh kali ganda lagi susah. kite patut bersyukur kan dengan ape yang ade. memangla kite selalu nak yang perfect, tapi kalau kite sendiri pun masih tak perfect, macam mane kan? maka, renung renungkan dan selamat beramal!

oh hari ni punye entry memang just membebel tak tentu pasal je.. hahahaa..

ok la. bubbyeee


terima kasih banyak
sebab selalu ade waktu langit cerah dan mendung saye 
terima kasih tulang belakang ;)

Saturday, February 12, 2011

What's on your mind? makian saje ke di mind anda??

apa kata hari ini kita ulas kisah- STATUS ANDA DI FACEBOOK.

bila mark tanye - what's on your mind? ape korang jawab? ape pren korang jawab? ade yang memaki hamun, ade yang bagi tau makan ape hari ni, ade yang menyampaikan ucapan sebagainya dan pelbagai lagi yang dapat kita lihat. pasti mark gembire kerane anda respon dengan cemerlang, now mark, what's on your mind? hiiiii

disentuh secare meluas, memang sesebuah facebook account didaftarkan atas name seseorang, make anda la tuan punye facebook tersebut, jelas anda boleh men-type ape saje yang anda suke. tapi secare jujurnya, setiap status yang anda ketengahkan akan memberi impak yang besar kepade pembace dan diri anda sendiri balik.

macam :

1. STATUS MENGAMUK.
ok finee, kucing kencing lagi, dah tu nak buat cm ne? takkan kite nak tambat kucing di pokok garahu depan rumah? perlu ke awak melempiaskan marah seperti ; "celake la Tom The Cat ni, kencing merate sial, memang jahanam la kau" skang pikirkan sejenak perasaan pecinte kucing di luar sane. pasti mereke membalas carutan tersebut dengan ; " bangang punye manusie, otak dekat bontot, kucing kencing pun nak mengamuk, gile ke hapeee? " haa skang kau nampak tak impak kesan carutan dan makian tu terhadap kau dan insan lain? skang lihat dari sisi Tom The Cat, beliau pasti relax sajo. kejap lagi pasti akan berbaik punye tuan aku dengan aku ni kan, ape ade hal. kate Tom The Cat. malu tau kite dengan Tom cm ni.. -___- Tom pesalah relax, kite mangse, memangse kan diri lagi.membiarkan orang mengejek kite pulak pastu.. hishh.. awak suke ke gitu?

ok, skang cube kaitkan perenggan di atas dengan kisah makian lain menggunakan object lain, impak nye tetap adalah sama.

2. STATUS MENGUTUK/MENGHINA
" setakat pakwe keje posmen, jangan nak berangan la nak hidup senang! " wahhhh gile panas status ni, tak baik tau awak kutuk orang keje posmen. cube kau pikir kalau posmen takde, sume orang taknak jadi posmen, sape nak hantar barang kau? nanti kau beli cream pemutih ketiak melalui online, sape nak hantar kat kau? abang posmen jugakk.. make nye tak baik kutuk orang, biarlah selagi bukan kerja menipu, meragut, merogol dan se-jenayah yang lain, kire ok la. janji halal kan.. kau ingat pakwe datuk nanti hidup senang? satuk kawin lain, kau bermadu nanti tau.. HAHAAA.. ok2 gurau je.. make nye jangan la berstatus FB cenggini.. tak polite gittewww.. hormati la perasaan orang lain hokehh

3. STATUS MENGENAI APE SAYA MAKAN HARI NI
ok, ini rasenye tidak perlu. mungkin juge SANGAT TIDAK PERLU. kami rakyat FB tidak ingin tau ape anda makan kerane itu mengundang kelaparan pada kami. nanti kami tensen, terus log out dari FB. terus terlepas gossip terkini. -__- oh, status ni bukan yang sesekali bagitau makan kat mane, sesekali ok lagi, ni hari hariiiii bagi tau menu ape hari ni.. ape makan sarapan, ape makan tengah hari, makan malam. makan penampar nak tak??

3 dulu cukup la, letih dah la men-type. sebagai pelajar yang dedikasi, saya dah patut masuk tido ni, itu juge faktor, mungkin 3 dah terlebih cukup.

dulu - Bahasa melambangkan bangsa, sekarang Status FB melambangkan bangsa (?)

sehingga bertemu lagi di mase akan datang. oh nak bagi tau, tempat practical dah dapat ;) senang hati ;p

jangan marah kalau ade yang terase X) saling ingat mengingatkan. lihat dari sudut positive k 

byepyeeee ;p

Tuesday, February 8, 2011

[GAMBAR] Lisa Surihani Sedang Bercinta Dengan Shaheizy Sam!?

mari kita mulakan pagi hari ni dengan gossip terkini.. heheee ;p

eh eh, korang dengar tak pasal Lisa Surihani yang comel ni 
.
.
.
.

ImageShack, share photos of lisa surihani, lisa suriani, fouziah ghous, lisa surihani bogel, share pictures of lisa surihani, lisa suriani, fouziah ghous, lisa surihani bogel, share video of lisa surihani, lisa suriani, fouziah ghous, lisa surihani bogel, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting.
comel la kan dier ni?





sedang hangat bercinta dengan Shaheizy Sam, yang ni
.
.
.

http://3.bp.blogspot.com/_AK3N46cvG6o/S8cz559CLiI/AAAAAAAADtQ/bCwbNs344Y4/s1600/sam1.jpg
boleh tahan ganteng ;p
 haa ape kate juri? sepadan ke tak? mesti peminat kipas susah off diorang ni, mengamuk kan.. alaa, relax la, biar la diorg couple pun, comel ape kan.. korang mengamuk2 pun bukan dapat pun.. hahahaa

haa nak tengok bukti mereke seolah olah sedang menjalinkan kasih sayang tak? cehh ayat gile propa..HAHA


sayang nampak tak bukit tu? situ la tempat rumah free david teo bagi kat i..suke tak suke tak?


behave la syg..kang mak i reject u kang.. simpan lidah tu.. ishh


 hehehee ..err caption hanye tipuan semate mate ;p
walaumacammanepun, aku tetap rase trauma tengok Shaheizy Sam ni,
lakonan dier especially cite Asramadana kot tajuk dier,
yang kat TV3 dulu tu, yang dier bunuh2 family dier tu,
memang mentakutkan dan mentraumakan aku,
bile tengok dier, teringat dier gile.. HAHAA
tapi tau la tu lakonan je punnnn

HAHAAA..sebenarnye korang kene tipuuuu je..
ni semue Bang Nara la saje kenenkan mereke berdue..
tp serasi jugak kan?
ohh nk tau kisah lanjut and banyak lagi gmbr panaszz terjah SINI ok!

ok dh, byepye ;p

notabawahentry : jangan la doakan yang buruk buruk ok, doakan yang baik baik sahaje untuk mereke ;)

heheee ;p

Friday, February 4, 2011

Jom Like FB- Blog Nurul Ain

yuhuuuu saje nak eksen bagi tau ni,
blog kite kan dah ade FB sendiri!
yeeee~

jom la like kat FB blog kite ni ha,
ohoo, anda dialu alu kan untuk ping cerite cerite baru blog korang semue.
so senang boleh terjah blog korang dari sane ;)

yiehhhaaa~


mai la LIKE!

Thursday, February 3, 2011

[GAMBAR] Ronda Ronda Kota Raya

hello dunia!

rase lame pulak tak menjenguk blog sendiri.. awak ape khabar blog? sorry la lame tak belai awak, kite bukan ape,kite gerammmm dgn tuttt, ade ke patut dier tuka status kite dan potong kite punye tuttt.. kite tak salah pun kan.. kite ni jenis setie, selalu jadi mangse keadaan tau.. tapi takpelah. jangan diikut darah orang mude yang panas, kelak mungkin binase badan.. cheewaahhh..

ok la, disebabkan dah lame tak merepek di blog sendiri, maka tak tau ape nk cerite.. ape kata saye ceritakan pengalaman melancong ke Kuala Lumpur tempoh hari? WOWW ni dah macam karangan mase darjah 3.. muahahahaaaa.. jalan jalan Kuala Lumpur bersame sanak saudara ;)

jom layannnnn

agar entry ini kelihatan panjang, kite buat entry bergambar yawww. ;) heppp jangan merungut, senyum sajo okk


haaa nampak tak penganiayaan dah berlaku sedari memulakan perjalanan lagi?
lalu sajo lorong SMART.. jangan kedekut RM2 tu hai..
lalu sini kan senang, lurussss..
eh tau tak, mase balik dari KL kan, 
lebih kurang pukul 10 cm tu, angin kuattt sangat,
berdebar debar bawak kete, dah la bawak anak anak orang..
alhamdulillah sampai dengan selamat ;)
cume duit je la tak selamat..
HAHAHAAAmpehhhh


ni antara peserte yang terlibat.
ade sorang selaku photographer dier takde.
dah name pun juru gambar,
sila ambik gambar, bukan bergambar.
sebab tu saye prefer jadi model (?)
HAHAHAHAHAAA
jangan muntah ok, i gurauuu je ;p


disebabkan semue orang pun wajib ade gmbr kat sini.
make makk pun nak nokzz..
hahaha..
cube teke mane kami?
chewahh bajet kau kecik orang tak nmpk?
muahahahaaaa

 
peewwiitttt~
kemain lagi pakcik glitter ni,
ok, mereke ni cm ni tau fungsi mereke ni,
bile kite tak bayar, (RM2)
dier akan tegak je, tak bergerak.
takdenye buat peace,
muke pun harammm nak senyum.,
bile kau masukkan RM2 dalam tong depan tu,
terus dier goyang goyang,
ajak kite ambik gambar
haaa gitttewww..
ade 5 jenis pakcik glitter untuk dipilih
yang baran tu, pakcik glitter ni taknak bagi pinjam topi..
huwaaaaa nak topiiiii dier tu..
oo lagi satu, pose dier asyik buat peace je,
apo la kau ni pakcik glitter


haa, ni la jurugambar kite tadi,
ni adik kendong saye.
same tak same tak?
apee? dier kurus je? ain gemuk?
eh dulu, mase umur cm dier,
i lagi kurusss ok..
sekarang gemuk mungkin bahana mengejek adik gemuk.
damnn menyesal ah!

ehemmm ni gambar nak feeling2 model skinny
muahahhaa. haa nampak tak kitew macam kurus di situu?
haiii la metabolisme, ape kate kau tinggi seperti dulu?
bilekau rendah, tengok hasilnye sekarang
No good mehh
baiklah, saye tidak lagi bersaiz xs, kini beralah kepade size S 1/2
eh nak jugakk S.. hahaha


cantik kan diorang meng-graffiti kan wall ni?
menarik la..
cm ne nak buat ni?
lukis gune pencil pun gigil,
cm ne diorang buat ni ha??
aku rase diorang ni pakai jin ni (?)
korang rase tak?

bile dah lapar,
haruss berhenti makan,
takkan la lapa, pegi main bowling plak
kan tak separallel tu,
ni kite makan kat GASOLINE CAFE ;)
sodapppp n murahhh n cantikkk tempat dier
serius ni sedap
tak tipu, bile si kuat makan ni ckp sedap, sile la percaye.
chewahhh
kat sini pun penuh dgn lukisan comel2..
tp gelap skit la..
kasi feeling2 romantik
grrrrrrr


haa nampak tak menu dier pun cantikk?
hoii ape candid ni ha?
kihkihkihhh,
ok2 ni kite pakse dier ambik gambar ala ala candid.
muahahahaa
ohh kat sini ade 2 bahagian, satu bahagian ddk bersila,
satu lagi ddk kat meje,
tapi selaku muda mudi,
kami ofcoz ddk bersila sebab nak duduk bahagian dalam yang macam lebih chill
konooon la kau mude!
 gambar ni saje letak last,
sebab tetibe muke nampak sweet plak..
HAHAHAHAAA
ye laaa, kalau kite tak marketkan diri,
sape lagi kan?
ooo yangs sebelah yang comell tu,
adik sepupu kite.
comelll kan?
muahhhh satu kat ajirah ;)

kesimpulannya, berjalan bershopping memang ternyata therapy yang baik untuk minda, terutama bile anda boleh beli tanpe berpikir 2 kali. ohh, ye la kan, duit scholar baru masuk, feeling ni memang belarutan selame sebulan, nanti hujung bulan, musim pandang megi pun muak. hari hari megi. 2 minit saja siap dimakan. damnnn

ok dah. di kesempatan ni saya turut ingin pun mengucapkan pun,

HAPPY CHINESE NEW YEAR!
kepade keluarga yang sekian lame terpisah, mungkin kah abang/kakak nenek saya menteri di mane2? sile contact saya jika anda rase saye sedare anda yang terpisah..

tapi hati wa kuat mengatakan Lim Goh Tong tu atok sedare gua.
haishhhh..lu rase tak ape gua rase?

Wednesday, February 2, 2011

Baca Kalau Takut Perompak Jenis Moden!

Khas untuk pemandu dan yang dipandu.. Hatihati, sekarang orang lagi patut ditakuti dari hantuuuu!!

Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini. 


" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA "

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )
Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN !!
 source : http://myairul.blogspot.com/

Tuesday, February 1, 2011

Email Warning From MICROSOFT WINDOWS - benar atau spam?

 tadi mendapat email sebegini,
ni agak agak korang betul betul ke spam?
korang ade dapat tak email cm ni?
haishh nak percaye ke tak ni?
 .......................
Warning!
 From:
 MICROSOFT WINDOWS


Dear Account User,

This message is from the Office of the Information Technology Services (ITS) to
all account owners. Due to the incessant rate of Spam we are currently
performing maintenance and up-grading all yahoo accounts as well as the email
Servers for your convenience. All email services will be interrupted during this
period, To prevent your account from closing during this exercise you will have
to update it below to know it's status as a currently used account with a hard
spam protector.

This exercise will commence on February 15th to end of February 2011 beginning at 9:00 p.m. until
approximately 12:00 midnight to enable us increase the storage size of your
yahoo account. Be informed also that we will not hesitate to delete your
email account if not functioning to create more space for new users.

Confirm Your email account Details by clicking on the reply button and follow by
your;

*Email:
*Username:
*Password:

After upgrading, a password reset link will be sent to your email for new
password. Please understand that this is a security measure intended to help
protect your email Account.

Yahoo Support Team
Warning Code :ID67321434


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails